"Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam." Jawab semua yang berada di dalam rumah itu. Pandangan dialihkan memandang Andika dan Aireen yang berjalan masuk ke dalam rumah mewah itu.
"Abang Andika." Andika berundur sedikit tatkala seorang gadis seusia Aireen laju mendekatinya. Kepala digeleng apabila melihat gadis itu seperti ingin memeluk dirinya.
"Amanda." Gadis bernama Amanda itu mencebik tidak suka. Dia memandang tajam Aireen disebelah Andika sebelum kembali duduk di sebelah ibunya.
"Ayah su, maksu, dah lama ke sampai?" Soal Andika sebaik sahaja dia dan Aireen melabuhkan duduk. Wajah ibu bapa saudaranya dipandang.
"Tak ada lah lama sangat." Andika angguk. Dia menarik lembut pinggang Aireen agar merapati dirinya.
Bukan dia tidak sedar wajah Aireen seakan tidak selesa, lagi-lagi apabila direnung tajam oleh Amanda serta ibu saudarnya itu.
"Kamu apa khabar, Andika? Ayah su minta maaf lah sebab tak dapat datang majlis kamu haritu." Ujar lelaki itu sedikit bersalah.
Sewaktu majlis Andika dan Aireen, dia sekeluarga berada di luar negara atas urusan kerja. Jadi tidak ada kesempatan untuk dia menghadiri majlis anak saudaranya itu.
"Tak apa lah ayah su. Andika faham." Ujar Andika lembut. Tidak mahu lelaki tua itu terus berasa bersalah.
"Tak ada angin, tak ada ribut, tiba-tiba kahwin ni kenapa? Perempuan ni dah bunting ke?" Soal maksu sinis. Dia memandang malas wajah Aireen.
Apa yang istimewa gadis itu bagi Andika? Tampak biasa sahaja. Anaknya jauh lagi cantik.
"Allah, kau ni apa cakap macam tu hah." Tegur Encik Affan sedikit tegas. Dia memandang tajam wajah adik iparnya itu.
"Dah tu, kenapa tiba-tiba sangat."
"Nak buat macam mana, jodoh diorang dah sampai. Benda baik tak elok lambatkan." Jawab Puan Mariam pula, tidak mahu wanita itu terus mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan.
"Mana abang kutip perempuan ni? Nampak biasa je. Selekeh." Ujar Amanda sedikit bongkak. Aireen ditatap atas bawah dengan wajah sombongnya.
Dengan baju besar, skirt dan tudung labuh. Sangat kampung. Sejak bila taste abang sepupunya itu teruk sebegini.
Andika di sebelah mengusap lembut pinggang Aireen. Senyuman nipis bersama satu gelengan kecil diberikan buat gadis itu.
"Entah-entah nak korek harta keluarga kau je angah."
"Kalau maksu dan Amanda tak ada apa yang elok nak cakap, rasanya baik tutup je mulut tu. Makin banyak cakap, makin tebal buku dosa korang." Ujar Andika tenang namun dengan maksud yang dalam.
Senyuman nipis terpancar pada ulas bibirnya. Bahu Aireen dipeluk erat.
"Biar lah isteri aku ni selekeh ke apa, yang penting dia jaga maruah dia. Dia cantik pun untuk aku seorang je." Ujar Andika lagi membuatkan air muka Amanda sedikit berubah.
"Andika minta maaf kalau Andika kurang ajar. Tapi Andika tak suka bila ada orang cakap buruk tentang isteri Andika. Dan kalau betul dia nak korek harta kami, biarlah tu urusan kami je, maksu tak ada hak nak masuk campur urusan keluarga kami."
Andika bangun dari duduk, tangan Aireen ditarik dan digenggam kemas. Dia memandang wajah paksu yang hanya diam di situ.
"Andika minta maaf paksu. Andika dan Aireen minta diri naik dulu ya." Andika memandang Encik Affan dan Puan Mariam seperti memberi isyarat
Mendapat anggukan dari mereka, terus Andika membawa Aireen naik ke tingkat atas. Tidak mahu lama-lama disitu. Dia tahu Aireen dalam keadaan tidak selesa tika itu.
YOU ARE READING
[C] Cinta Kiriman Tuhan
RomanceSatu tragedi menjadi titik utama pertemuan mereka. "Andika tak buat semua ni." - Raden Andika "Encik siapa? Macam mana kita.." - Aireen Saffiya Atas dasar ingin bertanggungjawab, mereka akhirnya disatukan. Tanpa mengenali sesama mereka, dan tanpa m...