"Aireen, mari duduk sini." Panggil Puan Mariam lembut. Semua ahli keluarga mereka kini sedang berkumpul di ruang tamu selepas sahaja mereka semua selesai makan malam bersama.
Aireen berjalan kearah Andika. Tempat kosong di sebelah lelaki itu diisi olehnya.
"Esok kamu berdua nak gerak pukul berapa?" Soal Encik Affan membuka bicara. Mereka sudah sedia maklum yang Andika dan Aireen akan pergi bercuti selepas majlis mereka.
Andika mengerling sekilas Aireen di tepi. Tangan isterinya diusap sebelum memandang wajah ayahnya kembali.
"Pukul 8 kitorang gerak terus ke airport. Aurora dengan Rafiqi hantar." Ujar Andika menjawab soalan tadi. Dia menoleh ke arah isterinya selepas merasakan seperti seseorang memerhatinya.
"Kenapa?"
"Kita nak pergi mana? Perlu ke naik kapal terbang? Kalau naik kereta je tak boleh ke-" Soal Aireen bertubi-tubi sebelum mulutnya ditutup rapat dengan tapak tangan Andika.
Lelaki itu senyum sebelum geleng. Banyak pula soalan budak kecil ni. Gigit baru tahu.
"Takut naik kapal terbang?" Tanya Andika kembali. Aireen angguk perlahan membuatkan lelaki itu senyum nipis. Dia tahu soalan Aireen itu ada maksud tersirat, sebab itu dia tidak mahu menjawabnya.
"Tak ada apa lah yang nak takut, Aireen. Best tau boleh terbang ni." Ujar Aulia bernada bergurau. Sengaja ingin menghilangkan rasa gusar gadis itu.
"Abang kan ada. Tak nak lah takut."
"Puii. Sejak bila adik aku cakap lembut ni hah? Ni kalau pijak semut pun tak mati ni, confirm!" Ejek Aurora. Sempat dia buat gaya seperti ingin muntah selepas mendengar nada suara adik bongsunya tadi.
"Sibuk je lah minah gedik ni." Bantal yang tadi berada ditepi diambil sebelum dibaling kepada Aurora. Berkerut wajah Andika selepas melihat kakaknya itu menjelirkan lidah. Tidak ubah seperti budak-budak.
"Amboi, dengan aku bukan main kasar erh cakap!" Bebel Aurora tidak puas hati. Bantal tadi dibaling kembali kepada Andika.
"Kau bukan bini aku nak cakap lembut-lembut. Kalau nak sangat tu, minta dengan Raf." Rafiqi yang berada tidak jauh dari situ sudah membuat muka mendengar bidasan Andika. Dah apa pasal dia pun terlibat ni?
Aireen di sebelah sudah galak ketawa melihat pergaduhan manja dua beradik itu. Manakala yang lain pula menggeleng kepala. Sudah biasa melihat suasana itu.
"Pantang jumpa kan kamu berdua ni, gaduh je kerja."
"Kak Rara ni pa." Adu Andika tidak puas hati. Dia menjeling tajam wajah kakaknya itu sebelum memandang Aireen yang tersengih di sebelah.
"Jangan nak gelak sangat, gigit karang."
"Gedik." Kutuk Aurora lagi. Memang kerja dia cari gaduh dengan Andika. Tidak tenang hidupnya jika melihat adiknya itu dapat hidup bahagia tanpa gangguannya.
"Perangai mengalahkan anak dah kau ni." Ujar Arjuna. Bingit telinganya mendengar pergaduhan mulut adik-adiknya.
Fikirkan mereka sudah tua je, kalau budak lagi memang dia dah ketuk kepala dua-dua.
YOU ARE READING
[C] Cinta Kiriman Tuhan
RomanceSatu tragedi menjadi titik utama pertemuan mereka. "Andika tak buat semua ni." - Raden Andika "Encik siapa? Macam mana kita.." - Aireen Saffiya Atas dasar ingin bertanggungjawab, mereka akhirnya disatukan. Tanpa mengenali sesama mereka, dan tanpa m...