《 Bab 1 》

4 0 0
                                    

LAYLEEN HAILURA bergegas ke tempat pengambilan kunci hostel. Manakan tidak? Dia tertidur di kelas akhir dan kini sudah lambat 1 jam. Manalah nak tidur lepas ni!

"Akak! Huft...hufft... kunci hostel ada lagi?" Tercungap-cungap nafasnya, maklumlah lari tak cukup tanah tadi.

"Terkejut saya! By the way, ada lagi 3 kunci nasib awak sampai,kalau tak saya dh lame tutup." Kata kakak senior yang bertugas untuk membagi kunci hostel kepada junior.

"Sorry kak!" Sengihku seperti kerang busuk.Tanpa berlengah, aku terus ke bilik hostel ku.
Sebaik sahaja membuka pintu bilik, aku melihat seorang perempuan dengan rambut ponytail diikat kemas dan memakai cermin mata. Dia sedang menyusun tempatnya dan tidak sedar akan kehadiranku.

"Hai?" Entah dengar atau tidak, aku pun tak pasti.

Sekali perempuan itu menoleh dan terkejut beruk melihat ku betul-betul di belakangnya.

"WAAAAARGHH!?"Terbeliak mata perempuan itu.

"T-Terkejut saya! Isyyy! Awak ni! By the way, hai! Saya Lailatul Mia, just call me Mia! Your roommates!" Tersenyum manis. Terlihat bahagia sekali.
"Hehe... Hai! Saya Layleen Hailura,call me Layleen." Tersenyum dan berjabat tangan dengan Mia.

"Awak baru ke lama disini?" Soalku

"Hm? Oh, baru lagi! Awak pun barukan? I see your ID card! Hehe!" Kata Mia yang teruja.

MALAM tepat pukul 11.00 pm.Bunyi ketukan pintu bilik. Seperti ada yang masuk. Mia? Kedengaran dengkurnya yang menandakan dia sedang tidur nyenyak. Kembali kepada seorang perempuan yang baru masuk dan kedengaran keluhannya.

"Hish! Apa ni? Tak same dengan luar negara! Dah lah panas! Tak suke betul!" Kedengaran marahnya. Panas? Malam ni? Aku pun tengah selubong satu badan sebab sejuk. Tapi kedengaran beg bagasi yang dibawanya seperti orang kaya.

"Kalau awak panas,kuatkan jelah air conditioner tu." Dengan pandangan yang malap dalam kegelapan ini, dia boleh melihat perempuan itu berada di katilnyasedang mengipas dirinya. Entah apa yang buat dia panas pun tak tahulah.

Best Friend ForeverWhere stories live. Discover now