LAYLEEN HAILURA. Sudah hampir setahun, Mia semakin dekat dengan Azra dan katanya Mia akan luahkan perasaannya harini! Gembira betul dia pagi ini . Aku turut tumpang gembira melihat dia. Aku pula, kadang-kala sibuk dwngan assigment yang banyak. Tapi masa untuk meluangkan masa dengan dengan Mia sudah semestinya ada! Hampir setiap hari juga rasanya kami bercerita hingga ke lewat pagi. Dan selepas hampir setahun, Ariela pergi ke England... Tak sangka tahun ini akan jadi yang memeritkan.
Petang ini, aku singgah sekejap di cafe untuk membeli minuman and makanan untuk di bawa sambil mendengar cerita luahan hati Mia. Maklumlah, kebelakangan ini mereka sangat rapat.
Selesai sahaja memesan, aku pergi mencari tempat duduk dan..
Buukk!
"Aduh!" Rintih ku selepas dilanggar di bahagian bahu. Aku melihat seorang lelaki sedang menghulur tangan kedapa ku yang kini jatuh terduduk.
"Sorry." Katanya perlahan. Baju Hoodie hitam dengan baju lengan pendek di dalamnya,.... siapa lagi kalau bukan...
"EH! Haram. Hishh, Langgar je tahu!" Kataku kepada Alven.
Ya, dia Alven.
"Alah, aku dah cakap sorry kan?" Katanya.
"Ya, aku maafkan." Kataku lalu pergi mengambil tempat duduk sambil menunggu orderku siap. Tiba-tiba aku melihat Alven juga turut duduk di hadapan ku dengan wajah tidak bersalahnya. Rasanya dia sudah siap memesan ordernya.
"Eh, eh!? Kau kenapa duduk sini? Tak ada tempat lain ke?" Kataku tidak berpuas hati.
"Hmm..." Jawabnya yang tidak menghiraukanku dan hanya memandang ke luar.
"Ish! Kalau ya pun nak duduk dengan perempuan, pergi lah duduk dengan perempuan lain dalam cafe ni!" Marahku.
Alven tiba-tiba mendekat ke mukaku dan meletakkan jarinya 2 centimeter dari mulutku. Aku tergamam.
"Kau ni, dah lah perempuan. Cuba act lembut sikit. Dengan aku je mesti kau marah-marah. Kalau dengan kakak aku kau okay je. Siap bersaya-awak lagi. Kan elok macam tu." Bebelnya panjang sambil merenung ke arahku dengan mata tajamnya.
"Eh? Muka kau merah. Are you blushing, Leen?" Ujarnya lagi sambil tersenyum sinis.
"M-mana ada." Kataku perlahan sambil menunduk ke bawah dan kedengaran tawanya.
"Kau ni comel juga kadang-kadang." Katanya lagi. Haduhh! Ni kalau dengan perempuan lain ni, mesti dah pengsan perempuan-perempuan tu.
"Stop teasing me.im not going to fall with that." Kataku tegas. Aku kemudiannya meletakkan telefonku di atas meja sambil itu aku mencari dompet supaya senang nanti, tidak perlu tergopoh-gopoh di hadapan kaunter.
Dengan pantas dia mengambil telefonku dan membelek isi dalamnya.
"Heh! Bagi balik!" Kau nak buat apa dengan telefon aku tu! Marah ku lagi. Dah lah tak ada password! Tak suka betul la!!
"Hmm... kau memang tak ada insta ke, facebook ke, tiktok pon tak ada? Bosannya.." Komennya sambil membelek telefonku lagi.
"Aku bukan macam kau!" Kataku.
"Hmm... kosong je... Eh! Kau ada twitter!... alahhh! Kosong!" Rungutnya lagi.
"Dah lah, bagi balik!" Belum sempat aku mahu mengambil telefonku, orderku kini sudah siap. Terus aku menuju ke kaunter dan melihat pesanan ku sudah siap. Aku terus membayarnya dan berlalu pergi.
YOU ARE READING
Best Friend Forever
RandomLayleen Hailura- Seorang wanita introvert yang mempunyai masa lalu yang menghantuinya. Kehidupannya yang gelap akan menemui cahaya daripada dua malaikat yang merupakan rakan sebiliknya. Namun... Adakah dua malaikat itu mampu membahagiakannya hingga...