《 Bab 3 》

1 0 0
                                    

LAYLEEN HAILURA baru sahaja keluar dari cafe dengan caramel machiato di tangan dengan handphone di sebelah.

"Fuh... banyak juga jadual esok.." keluhku sambil berjalan keluar.

Baru beberapa langkah dari cafe,tiba-tiba seorang lelaki menyimbah coffee kepadaku dari belakang. Aku terkejut lalu melihat ke belakang dan terlihat seorang lelaki dengan muka innocent nya dan tersenyum sinis kepadaku.

Dia mula berjalan ke arah ku dengan kedua tanganya di simpan di dalam poket hoodienya.

Tampan?

Ya..sedikit.

Sikap?

Sangat biadap!

"Apa masalah kau ni!?" Aku menolak dada lelaki itu ke belakang. Terdorong lelaki itu kebelakang dengan gelak tawanya. Sungguh menjengkelkan.

"Hahaha.. watch where you going,girl. Don't just focus on your phone." Katanya sinis.

"Kau ni! Saje je nak bagi aku marah!?" Aku ketap bibir, menahan dari perkataan yang lain keluar.

"Kenapa kau..." Tak sempat nak menghabiskan kata, dia mengambil coffee caramel machiatoku dan dituangkan di atas kepala ku. Reaksiku pada itu hanya tergamam. Kenapa?

ITULAH yang terjadi kepada ku dan penyebab ku marah seperti ini adalah berpunca dari lelaki itu.

"Lepas!! Dia ni memang biadap!" Semua menahan ku dari menendang lelaki itu.

"Sudah Layleen!! Tenang!" Mia cuba tenangkan ku dan menahanku dari menendang lelaki itu tapi gagal.

Lelaki itu? Of course! Sedang melihat ke arah ku sambil tersenyum sinis di bibirnya dan terlihat di sebelah bibirnya yang sedikit lebam akibat di tumbuk oleh ku tadi.

Setelah Mia menenangkan ku dan keadaan beransur tenang. Lelaki itu berjalan di sebelah ku sambil membisikkan sesuatu.

"You should be thanks for me later." Katanya dingin dan berlalu pergi.

Terima kasih? Dia buta ke? Dengan apa yang dia sudah buat!?

Ku melihat Mia sedang bercakap dengan seorang lelaki dan kelihatan lelaki itu mengangguk sebelum berlalu pergi.

"Hey, kenapa ni!?" Perempuan yang berebut bilik air dengan ku pagi tadi datang menghampiri kami. Cepat betul berita aku mengamuk tersebar...

"Layleen okay, cuma basah sikit." Kata Mia sambil membantuku berdiri.

"Oh, okay now lets go back to hostel. Kesejukan pula nanti." Kata perempuan itu dan kami berjalan ke balik ke hostel.

Sedang perempuan itu berjalan rapat di belakang ku dia terlihat sesuatu dan cepat-cepat menanggalkan cardigannya dan mengikatnya di pinggangku yang sedang basah dan melekit.

"Eh! Apa awak buat ni!?" Kataku sedikit terkejut dengan tindakannya yang tiba-tiba.Kalau ya pun, letaklah dekat bahu bukan dekat pinggang.

"Awak bocor.." kata perempuan itu berbisik.

Mataku terbuntang dan segera menarik rapat cardigannya.Macam manalah aku tk perasan!?

Mia juga turut terkejut mendengarnya. Cepat-cepat dia berjalan rapat di sebelahku bagi menutupi diriku.

"Lets go on faster to our hostel!" Kata perempuan itu dan kami berjalan laju ke bilik hostel.

Best Friend ForeverWhere stories live. Discover now