《 Bab 17 》

1 0 0
                                    

LAYLEEN HAILURA tergamam ketika masuk ke dalam bilik yang penuh dengan wayar yang melekat pada Ariela. Sungguh luluh jantungku, badanku terasa longlai dan hampir jatuh ke bawah tapi sempat ku berpaut pada katil pesakit.

"A..Ariela.." kata ku serak sambil air mata tak habis-habis jatuh ke pipi.

"Macam mana boleh jadi macam ni? ... Ariela?" Terhenjut-henjut bahuku kerana tangisan ku. Bergetar tangan ku apabila menyentuh tangan Ariela yang dipenuhi wayar.

"Ariela.. kenapa kau tinggalkan aku?.. Jangan lah macam ni.. kau kata nak belikan coklat dan makanan sedap-sedap?" Soalku sambil menangis.

"Bangunlah..." Aku menggoncangkan badan Ariela.

"Isyy! Kenapa awak tak nak bangun!" Kataku emosi. Alven yang tersentak terus menghalangku dari memukul Ariela.

"B-best.. Friend.." Ujarku tersekat-sekat. Takut menuturkan kata-kata itu.

"Best Friend Forever?" Kataku sambil menunduk ke bawah dengan air mata yang menitis tak terseka.

"Kita dah hilang satu... kau janganlah tinggalkan aku.." kataku perlahan.

Setelah beberapa jam disitu, Alven menghantarku ke rumahnya di England dan membiarkan ku berehat.

BEBERAPA MINGGU KEMUDIAN, aku datang ke hospital bersama Alven seperti biasa. Aku menapak perlahan di sisi Ariela yang terlantar koma. Entah bila nak sedar..

"Ariela... janganlah buat saya terseksa macam ni.." kataku perlahan sambil duduk sisinya dan memegang tangannya.

"Bila awak nak sedar... Eh! Saya ada bawa coklat ni! Alven beli untuk saya... tapi saya tak makan pun! Saya nak tunggu awak sedar! Lepastu kita makan sama-sama? Tak sabarnya nak makan coklat ni dengan awak! Oh! Family awak baru je balik tadi... Mama awak baik! Abang tiri awak pun sama! .... Ariela.. saya sunyi.. bangunlah.. Kenapa takdir saya macam ni?.. Ariela! Kalau saya teman awak dekat sana boleh tak!? Nanti saya dapat jumpa Mia! Lepastu kita tiga boleh bersama dekat sana! Mak ayah saya pun mesti ada dekat sana sekali! Ariela.. Mia.. Mommy.. Daddy... korang tunggu saya tau!" Kataku teruja. Entah apa yang aku pikirkan, aku terus bergegas ke tingkat paling atas dalam bangunan hospital ini.

Alven yang melihat aku berada diluar tadi terkejut melihataku berlari keluar. Alven terus menaiki tangga apabila lif yang dimasuki oleh Layleen tadi sudah tertutup dan dia pergi ke tingkat paling atas.

Tatkala itu, Ariela. Matanya mempunyai air jernih yang mengalir dan tangannya bergerak sedikit demi sedikit. Seperti... menghalang.

Best Friend ForeverWhere stories live. Discover now