LAYLEEN HAILURA.
"Mommy? ..." Aku melihat ibuku tergantung bersama ayahku dengan muka yang pucat. Aku menggoncangkan badan ibuku lalu ayahku dengan perasaan bingung.
"Mommy! Daddy! Macam mana mommy dengan Daddy terapung? Lura pon nak terapung! Angkatlah Lura! Daddy!! Mommy!!" Budak 4 tahun itu aku. Sedang merengek di hadapan mayat ibu bapanya yang tergantung.
"Ya Allah! Hailura!!" Lantas Mak longku mendukung ku and menjauh dari mayat itu.
"Ya Allah..." aku mendengar Mak longku beristigfar dan menangis.
Aku kebingungan, apa yang terjadi?
...
"Mommy!!! Daddy!!!!" Lantas aku bangun dari perbaringan.Mimpi memori lama kembali lagi... setelah sekian lama.
Hospital?
Aku melihat sekeliling dan tiba-tiba pintu bilik wad aku terbuka luas.
Alven. Dia terkejut melihatku terseda. Dan dengan pantas dia menuju ke arahku.
"Kenapa kau jerit? Kau sakit mana-mana ke!? Kejap! Aku panggil doktor-" sebelum dia memanggil doktor aku menarik hujung hoodienya dan menggelengkan kepala.
"... Dua hari kau tak sedar. P-pasal Mia... kau jangan risau. Polis kata Mia bunuh diri pada waktu petang selepas luahkan perasaan dekat Azra pada pagi haritu."
"Lelaki tu!! Dia punca!!! Dia!!!" Aku menolak Alven kasar dan serta merta bahu ku di genggam.
"Bukan Azra! Tapi... his fans...peminat dia punca dia dah tak ada! Kau jangan risau.. diaorang semua akan dijatuhkan hukuman penjara atau hukuman gantung." Kata Alven sambil menenangkan ku.
"Ada lagi satu... aku nak bagitahu kau.." kata Alven perlahan. Dapat aku lihat setitis air matanya jatuh ke pipi.
"Ariela... koma lepas mengalami kemalangan dekat sana." Kata Alven perlahan. Hampir gugur jantung ku buat kesekian kali. Apakah dia bergurau?
"You're joking right? Janganlah main-main Alven!" Marahku.
Serentak itu, Alven kembali menggenggam bahuku.
"Aku tak main-main! Leen! Dia kakak aku!" Kata Alven keras.Aku terdiam dan tertunduk lemah.
"Aku akan pergi ke England besok.." belum sempat dia menghabiskan ayatnya, aku mencantas.
"Aku ikut!" Kataku yakin sambil menggenggam lengan hoodienya. Jelas dia terkejut.
"T-tapi kau..." kata Alven dengan suara perlahan seperti menghalangku.
"Aku akan ikut walau macam mana sekali pun!" Aku memandangnya dalam dan tepat ke arah mata tajamnya.
"Baiklah.." katanya pasrah.
"Tapi sebelum tu.. aku nak ziarah Mia." Kataku perlahan sambil menunduk dengan titisan air mata.
Dia mengelap air mataku dengan tisu dan mengangguk.
YOU ARE READING
Best Friend Forever
SonstigesLayleen Hailura- Seorang wanita introvert yang mempunyai masa lalu yang menghantuinya. Kehidupannya yang gelap akan menemui cahaya daripada dua malaikat yang merupakan rakan sebiliknya. Namun... Adakah dua malaikat itu mampu membahagiakannya hingga...