《 Bab 2 》

1 0 0
                                    

ARIELA MARINA tiba-tiba melihat seorang perempuan yang berambut sedikit panjang berkata seperti menyindirnya. Hampir tercabut jantung,ingatkan hantu tadi.

"Remote ada dekat meja saya." Dengan itu, dia terus menjatuhkan tubuhnya dan sambung tidurnya yang terbantut tadi. Sebentar, perempuan yang tidur berdengkur ni tak boleh nak diam ke apa? Nyenyak betul tidurnya. Tak semena-mena mata pun turut terpejam sekali dan terus dibuai mimpi.

LAYLEEN HAILURA. Keesokan harinya, mulalah berebut bilik air. Mia tentunya sudah siap kerana bangun awal dan hanya terkekeh-kekeh dari tadi melihat aku dan perempuan lagi sorang ni berebut bilik air. Si perempuan ni kata dia kena cepat sebab nak buat routine skincare dia tu! Ni aku tengah sedang menahan sakit perut yang tiba-tiba memulas pagi ini. Tak senang-senang betul! Dan akhirnya alpha kalah dan perempuan itu berjaya masuk dalam bilik air. Panas betul hati ini! Tak lama dah ni nak meletup dah! Tunggu jelah.

LAILATUL MIA. Pukul 3.00pm. Leganya lepas dah selesai class. Dah lah tak sempat lunch. Nak ajak Layleen, nanti ganggu pula. Nak ajak Ariela pula... baru sahaja kenal takkan nak kacau dia pula.Tak sabar mahu berbual dengan Ariela lagi. Tak sangka pula Layleen dah kenal dia dulu malam tadi. Fyuhh... panasnya... kalau dapat minum ice latte ni mesti sedap. Singgah la cafe kejap.
Sedang elok berjalan pulang ke hostel,tiba-tiba ada pula lelaki terlanggarnya. Habis ice latte yang baru dibeli tadi. Dah lah penat tak sempat nak nikmati lagi ice latte ni.

Aku tunduk mahu mengambil bekasnya yang tersisa air. Sedang tangan mahu mengambil bekas air itu.Tiba-tiba ada tangan menahan dari mengambil bekas air itu.

"I'm sorry! Don't take that! I can buy you the new one!" Katanya dan terus ku mengangkat kepala melihat wajahnya yang tampan dengan riak muka bersalah. Aku terpaku.

"Hey? Are you mad?" Sambil melambai tangannya ke muka ku apabila dia melihatku hanya tergamam.

"H-hah? Oh tak-tak! Its okay!" Kataku tersipu malu.

"Jom? Saya bayar balik ice latte awak ni?" Kata lelaki itu.

Aku hanya mengangguk dan mengikutinya ke cafe dan dia terus memesan ice latte dan cappocino. Kemudian kami duduk meja yang berada di tepi tingkap dan mula bersembang.

"Oh ya,my name is Haziq Azrael just call me Azra." Setelah lama berborak baru nak cakap nama.

"Nice name! Mine is Lailatul Mia. Call me Mia." Kataku sambil tersenyum manis .Haziq Azrael nama dia rupanya...

"Cantik." Alangkah terkejutnya aku bila jejaka itu memujinya cantik. Berbunga hatinya.

"Eh! Takdelah!" Kataku dengan langsung mukaku sedikit memerah.

"Azra berapa umur?" soalku sambil menghirul ice latte ku. Entahlah kepenatan yang dirasa tadi bagaikan hilang selepas melihat jejaka ini.

"Umur I 20." Bibirnya mengoyak senyum kepada ku.

"Kiranya saya junior la ni?" Kataku sambil ketawa kecil.

"Hahaha yes you are~" jawabnya.

"Masih lame ke you kat sini?" Tidak tahu soalan dan topik apa yang mahu dibicarakan, redah jelah.

"Hm? Mungkin 2 tahun or setahun lebih lagi." Kening sebelahnya dijongketkan tanda tidak pasti.

"Oh... mesti you ramai peminatkan?" Tersembur air dari mulut lelaki itu. Alamak,tersalah cakap kah? Wajah tampan dan berkarisma seperti ini mesti banyak yang suka.

"Nape you tanye? You nak jadi peminat I ke?" Eh, soalan di balas jawapan, bukan soalan!

"Err.. mana ada! I tanya je. Lagi pun you dah lama kat sini and muka you pun handsome! Mustahil tidak ada secret admirer~" gelak halus kedengaran di bibir ku dan dia.

"Ada la sikit..." katanya sambil tersenyum kepada ku. Mahu pengsan dibuatnya disitu. Ketampanan dia memang idaman para wanita.

Sedang aku dan Azra berborak-borak. Di luar tingkap kelihatan seorang lelaki bergelut mulut dengan seorang perempuan. Dan ya, perempuan itu.. Layleen!?

Terkejut aku melihat ramai orang sedang menahan Layleen, dengan kakinya yang mahu menendang lelaki itu. Dengan secepat yang boleh aku berlari keluar dari cafe dan diikuti oleh Azra.

Best Friend ForeverWhere stories live. Discover now