LAYLEEN HAILURA di Tanah Perkuburan Islam bersama Alven.
"Mia...saya rindu awak.." kataku luluh sambil mengusap batu nisan Mia. Jujur saat ini aku menangis teruk.
"Kalau saya balik awal...mesti benda ni semua tak akan jadi! Mesti kita dah borak sampai pagi! Mesti awak... masih hidup.." Air mataku jatuh di atas batu-batuan kubur Mia.
"Awak nak tahu tak Mia? ... Kematian awak.. sama macam kematian mak ayah saya. Saya budak berumur 4 tahun masa tu.. dengan bodohnya suruh mereka angkat saya. Merengek bila diaorang tk dukung saya, atau lebih tepatnya lagi... diaorang memang tak boleh nak dukung saya. Sebab diaorang.. d-diaorang dah mati bunuh diri..." Ceritaku tersedu-sedu apabila teringat kembali kisah silam itu. Air mata yang menitis di pipi cepat ku seka. Aku tak peduli dengan orang sekeliling. Biarlah aku luahkan semuanya dekat Mia...
ALVEN MATHEO... terkejut. Tak sangka... perempuan ni menderita begitu sekali. Ini sangat diluar tekaanku. Aku sangkakan.. dia hanya menghadapi derita yang kecil. Tetapi... tekaanku jauh tersasar. Jadi.. selama ni dia hidup keseorangan? Bagaimana dengan.. senyuman yang dia tunjukkan depan Ariela, Mia dan.. orang lain? Tak mungkin itu hanya senyuman biasa. Dan tak mungkin juga dia boleh menutupi luka itu.
Rancangan ku untuk menghalangnya dari flight ke England gagal. Aku tak mahu dia lebih menderita melihat keadaan Ariela yang masih koma itu.. Tapi.. aku tak nak jururawat dekat hospital tadi mati dicekik olehnya! Sudah cukuplah aku tahan malu masa dia paksa jururawat itu dischargekan dia. Nasib baik aku halang. Seriau muka Jururawat tu tadi. Trauma agaknya.
"Leen, jom? Kita ada masa lagi 4 jam sebelum penerbangan ke England." Aku tepuk bahunya perlahan.
Dia berdiri perlahan dan pergi ke kereta. Aku mengikutinya ke kereta BMW berwarna hitam yang diparkir di seberang jalan itu.
Aku membuka pintu dan membiarkannya masuk. Aku menutup pintu kembali dan pergi ke tempat duduk pemandu and aku terus memecut BMW ku ke rumahnya.
2 jam perjalanan, di perkarangan rumahnya.
"Aku pergi ambil pasport dengan beg baju." Katanya lalu terus keluar dan berjalan masuk ke rumahnya. Melihat dia dengan pakaian hospital dan berselendang hitam menutupi kepalanya. Itulah tadi tergesa-gesa, tukar baju pun tak sempat. Tapi... bila dia pakai selendang hitam yang tutup kepala dia tu. Nampak cantik.... Eh!? Apa aku pikir ni? Apahal aku pikir dia pulak ni? Gila lah kau ni Alven.
Beberapa minit kemudian dia keluar dengan bagasi dan beg sandang. Dia mengenakan hoodie oversize berwarna putih dan palazo hitam. Cantik dan .. comel? Tapi.. kenapa dia pakai topi? Lepastu ikat rambut. Dah macam laki dah!
"Maaf lambat." Katanya perlahan lalu masuk ke dalam kereta. Terus aku pecut laju ke KLIA 2.
Dalam perjalanan kami hanya diam. Sesekali aku menoleh padanya, kelihatan mukanya yang penat dan bibir yang kering. Mungkin sedang memikirkan sesuatu...
YOU ARE READING
Best Friend Forever
RandomLayleen Hailura- Seorang wanita introvert yang mempunyai masa lalu yang menghantuinya. Kehidupannya yang gelap akan menemui cahaya daripada dua malaikat yang merupakan rakan sebiliknya. Namun... Adakah dua malaikat itu mampu membahagiakannya hingga...