LAYLEEN HAILURA terkelu.
"Jadi selama ni...kau lah yang ikut aku?" Soalku terkejut. Dia mengangguk mengiakan.
"Aku ingat Ariela dah... lupakan tentang kami." Bercucuran air mata jatuh ke pipi.
"Tak.. dia tak pernah lupakan korang. Dia ingatkan aku dengan pos surat untuk bagitahu aku jaga Mia dengan kau. Family pun dia tak lupa." Kata Alven sambil menyeka tangisanku dengan tisu.
"Hehe... kau mesti dah dengar cerita aku kan? ... aku cemburu dengan kau. Kau ada family yang bahagia... care to each other.it must be fun right?" Soalku sambil menunduk ke bawah.
"Tak." Kata Alven tegas. Cepat-cepat aku mendongakke arahnya.
"Ariela dan aku hanyalah anak angkat dari keluarga tu.. mak ayah sebenar kitaorang tinggalkan kitaorang dekat rumah panti asuhan di Malaysia. Lepastu mama dan papa bawa kami pergi england. Diaoranglah keluarga tiri aku dan Ariela. Nasib kitaorang baik dapat keluarga macam tu." Terang Alven dengan beriak wajah dingin.
"Kau bernasib baik. Aku? Lepas Mak long aku tiada, Mak su aku pula yang jaga aku. Anak-anak dia bully aku dan rampas semua harta mommy dan daddy. Even syarikat daddy pun diaorang tukar nama ke atas diaorang. Tak habis sampai situ je. Diaorang kutuk aku pembawa sial... kau rasa?" Aku hanya tersenyum pahit sambil bercerita.
"P-pembawa... sial?" Soalnya ragu-ragu. Aku angguk.
"Tengoklah nasib aku macam mana... mommy.. daddy.. Mak long, diusir dari rumah, di ambil harta. Lepastu baru nak mula hidup baru Mia pergi... Ariela koma... Apa lagi lepas ni? Aku dah hilang dua bidadari yang hampir menyinarkan hidup aku Alven..." Kataku sayu. Dia hanya diam. Mungkin tergamam dengan kutukan aku atau mungkin lepasni dia jauhkan diri dia dari aku.
"Kau mesti nak jauhkan diri kau dari aku kan? Maklumlah aku kan..." belum sempat menghabiskan kata. Tiba-tiba dia bersuara.
"I'll never leave you. I'll stay by your side. I'll protect you." Lantang sekali alven bersuara sambil matanya tajam memandangku.
Aku? Aku sudah terpana akibat kemachoannya. Bertambah merah pipi ku apabila dia mengambil kepala ku dan menyandarkan ke bahunya.
"My shoulder always here for you to relay on." Bisiknya bersama senyuman dibibirnya. Senyuman ikhlas.
"Thank you..." Tak lama lepas itu aku terlelap.
YOU ARE READING
Best Friend Forever
RandomLayleen Hailura- Seorang wanita introvert yang mempunyai masa lalu yang menghantuinya. Kehidupannya yang gelap akan menemui cahaya daripada dua malaikat yang merupakan rakan sebiliknya. Namun... Adakah dua malaikat itu mampu membahagiakannya hingga...