《 Bab 21 》

3 0 0
                                    

LAYLEEN HAILURA berada di Malaysia, Tanah Perkuburan Islam.

Aku melihat Ariela yang menangis dan memegang batu nisan Mia.

"Dah tengok kubur parents kau?" Soal Alven kepada ku. Aku mengangguk dan berbalas senyuman. Kemudian aku memeluk Ariela.

"Kita bertiga.. tetap Best Friend Forever." Kataku kepada Ariela. Dia hanya mengangguk dan tersenyum ke arah ku.

"Jom? Kita kena balik ruamh ni. Mama dah tunggu." Kata Alven yang sedari tadi memegang payung berwarna hitam dan berbaju melayu hitam.

Kelihatan elegan apabila dia memakai cermin mata hitam dengan rambut ala-ala oppa korea.

Aku dan Ariela mengangguk dan berdiri menuju ke kereta Vellfire yang menunggu.

TIBANYA di rumah Mama. Aku sekarang tinggal disini bersama mereka semua. Keluarga baru aku.

Mama mengambil keputusan untuk mengambil aku sebagai anak angkatnya.

"EH! My cute bunny dah balik!!" Kata Shao ceria dan menuju ke arah ku. Alven sudah tentu menghalang abang tirinya itu dari mendekat kepadaku dan seterusnya, mereka mula bergaduh mulut.

"Isyy! Tak habis-habis bergaduh bila jumpa Layleen. Kalau awak lah kan Layleen, awak pilih sapa antara diaorang berdua ni?" Soal Ariela kepada ku. Aku terkejut.

"Hah!? Err... t-tak tahu? Hehe..." Tergagap-gagap aku menjawab dengan pipi yang sudah berona merah.

"Of course he choose me. Right, Layleen?" Kata Shao yakin.

"NO!" Cepat saja Alven membantah. Ha, mulalah tu diaorang bergaduh lagi. Hish!

Ariela dan Mama sudah gelak sakan dari tadi. Suasana seperti ini... yang aku harapkan selepas kisah silam ku itu... Kini, merekalah keluarga baharu ku yang akan melindungi dan menyayangi satu sama lain. Semoga awak tenang disana.. Lailatul Mia. Layleen juga doakan untuk mommy dan daddy dekat sana...

'<¤《THE END》¤>'

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 27 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Best Friend ForeverWhere stories live. Discover now