LAYLEEN HAILURA membuka pintu hostel dan perasaan keriangan dan senyumanku tadi berubah 100% apabila pandanganku tertumpu kepada seorang perempuan yang berdiri tegak tatapi kaki tidak menyentuh lantai. Dia.. terapung. Kelihatan lehernya di ikat pada kipas dan badan yang longlai. Kelihatan juga darah yang menitik di hujung jari perempuan itu.
Perlahan aku meletakkan coffee dan makanan di pintu. Mukaku sudah kelihatan pucat apabila melihat perempuan di dalam bilik hostelku kaku di tengah-tengah ruangan itu. Ketika itu, aku melihat sepucuk surat di atas meja belajar kami bertiga dan aku perlahan-lahan mengambil surat yang elok terletak di atas meja itu. Terdapat juga percikan darah di kertas itu.
Dengan tangan yang menggeletar, aku membuka surat itu perlahan dan membacanya dengan badanku yang bergetar-getar dan air mataku yang sudah bercucuran.
SURAT DARI MIA,
Assalamualaikum Layleen Hailura! Nama yang cantik seperti tuannya juga. Tatkala mu membaca surat ini, kemungkinan ku sudah tiada lagi di dunia yang penuh keperitan ini. Maafkan ku kerana tidak dapat menemani mu di saat ini. Maafkan ku tidak dapat menunggu kepulangan Ariela Marina. Maafkan ku tidak dapat bersama mu ketika susah dan senang selepas ini. Maafkan ku tidak dapat bersembang dengan mu selepas ini.Sesungguhnya, saya bersyukur dikurniakan kawan seperti mu dan Ariela. Saya hargai hubungan persahabatan kita bertiga.i have a good news! Azra accept luahan hati saya! Im so happy! Tapi... fans girl dia... fans girl dia kecam saya Layleen... saya dah tak tahan... diaorang bully saya! Diaorang kata saya tak sempurna untuk Azra! Diaorang benci saya Layleen! Saya penat... saya terfikir... adakah diri ini pantas untuk seorang Haziq Azrael? Adakah saya ni tak layak untuk sesiapa? Saya penat diperlaku begini Layleen... Kenapa diaorang buat saya macam ni? Adakah saya pantas untuk hidup di dalam dunia ini? Saya hanya minta satu ... kebahagiaan. Kebahagiaan yang tidak boleh dibeli dengan duit. Kebahagaiaan yang tak ternilai. Saya sayang awak dan Ariela. Saya minta maaf tak dapat bersama korang lagi lepas ni. Saya akan selalu ingat ... we.. are... best friends forever...
From,
Your BFF.
LAILATUL MIA BINTI PUTERA AL-HARR"MIA!!!!!!" Aku menjerit dengan air mata ku yang bercucuran selepas membaca surat itu.
Ya, perempuan yang berada di depanku kini ialah Mia. Perempuan yang sedang tergantung di kipas ini Mia! Perempuan yang akan dia bersembang sampai larut pagi pada hari ini. Perempuan yang menyayangi dan juga disayanginya.Perempuan yang menemaninya ketika Ariela pergi. Dia! Mia!
"Kenapa Mia... Kenapa!!!!??" Aku menjerit sambil air mataku gugur dan membasahi pipi.
Sedang aku menangis, seseorang datang kepada ku dan merangkul aku ke dalam pelukannya. Dapat aku rasai desah nafasnya yang naik turun dan mulutnya beristigfar perlahan. Dan di tangannya dia memegang... telefon ku? Aku mendongak melihat ke mukanya dan tekaan ku tepat. Dia... Alven!
"A-Alven.... Mia.... Mia dah tak ada...." Kataku terketar-ketar. Saat ini aku tak kisah tentang sekelilingku. Aku hanya melihat Mia.
"Sabar Leen... aku tahu kau kuat kan?" ujar Alven yang mahu menenangkan ku.
"Tapi itu kawan saya Alven! ITU MIA!! MIA!" Kataku sambil cuba memegang kaki Mia yang pucat itu tapi sempat ditepis oleh Alven.
"Jangan Leen!! Kau akan sukarkan kerja polis nanti!" Katanya tegas sambil menghalangku dari mendekati Mia. Atau lebih tepatnya lagi, mayat Mia.
Dan tak semena-mena, mataku mulai kabur dan akhirnya gelap. Sunyi. Sepi.
YOU ARE READING
Best Friend Forever
RandomLayleen Hailura- Seorang wanita introvert yang mempunyai masa lalu yang menghantuinya. Kehidupannya yang gelap akan menemui cahaya daripada dua malaikat yang merupakan rakan sebiliknya. Namun... Adakah dua malaikat itu mampu membahagiakannya hingga...