Bab 13》
LAYLEEN HAILURA berada di dalam pesawat bersama Alven. Alven duduk disisiku dengan muka cemberut tak puas hati,selepas berebut tempat duduk tadi.
Imbas kembali sebentar tadi,
"Aku nak duduk sebelah tingkap!" Tergopoh-gapah aku lari ke bahagian tempat duduk kami. Dia pula sempat dihalang oleh beberapa penumpang yang sedang mencari tempat duduk.
"Yes! Dapat duduk!" Aku rebahkan badan di kerusi sebelah tingkap. Lega.
"Heh! Tu aku punya lah!" Kata Alven. Aku memandangnya dan menjelirkan lidah kepadanya.
"Tak boleh!" Tegasku lalu menyilangkan tangan dan memandangnya tajam.
"Oh~ tak boleh?" Sambil berkata itu, Alven dekatkan wajahnya kemuka ku. Dapat ku rasa desah nafasnya dan hidung kami hampir bersentuhan.
"O-oi!!" Tegasku. Pipiku sudah berona merah.
"If you not move, i'll kiss you dear~" katanya dengan nada yang menggoda. Aku tergamam dan kemudian menamparnya dengan buku novel yang ku pegang.
"Ha! Ambik kau! Dasar gatal!" Bersama gelak ku yang terhambur keluar. Dia pula menyeringai sakit. Dan duduk di sebelahku.
"Kau tunggu nanti! Aku balas dendam!" Katanya lagi tidak puas hati. Aku masih bergelak sakan.
Hampir 7 sudah lagi untuk sampai ke England. Aku melihat ke arah Alven, dia hanya khusyuk bersama telefonnya dengan dahi berkerut-kerut kerisauan. Tentu tentang Ariela... Familynya sudah berada disana semalam tapi dia masih berada di dalam pesawat kerana aku.
"Maaf.. sebab aku kau masih berada dalam pesawat, bukan disisi Ariela..." kataku dengan nada bersalah. Dia memandangku terkejut.
"Tak apa.. family aku ada dekat sana." Katanya.
"Lagipun, kakak aku arahkan aku untuk tengok-tengokkan kau dan Mia. Aku ingat Mia akan selamat dengan Azra,tapi tanggapan aku salah. Aku lalai... sampaikan Mia... haih... sekarang kau adalah tanggungjawab aku. Lebih-lebih lagi bila kau dalam kesusahan sekarang." Sambungnya lagi. Jadi selama ni? Alven lah yang selalu ikut aku? Arahan daripada Ariela? Aku ingat... Ariela dah lupakan... kitaorang...
YOU ARE READING
Best Friend Forever
De TodoLayleen Hailura- Seorang wanita introvert yang mempunyai masa lalu yang menghantuinya. Kehidupannya yang gelap akan menemui cahaya daripada dua malaikat yang merupakan rakan sebiliknya. Namun... Adakah dua malaikat itu mampu membahagiakannya hingga...