Berombak kuat dada Allamanda. Segala ototnya terasa sengal dan bisa. Anak mata bergerak- gerak merenung bumbung gelanggang. Rasa nak meninggal.
"Dah mengaku kalah ke Allam?"
Suara garau ayah menyentakkan Allamanda. Pantas dia duduk bersila. Wajah garang Gibran dipandang sekilas. Laju kepala Allamanda bergeleng.
Kalah? Allamanda kalah? Huh. Sampai mati pun aku takkan mengaku kalah! Lama Allamanda menunduk memicit kaki yang juga rasa sengal. Dah lama tak rasa sakit gini.
Sakit kena tikam sebulan lepas pun tak begini.
"Selalu sangat Haider manjakan Allam. Buat- buat kalah. Sebab tu Allam rasa Allam dah hebat sangat."
Lagi suara Gibran berleter. Allamanda tahan rasa nak mendengus. Ini semua salah Haider! Tak guna.
"Ayah kan Inspektor Komander. Mana aci lawan orang. Orang baru lima belas tahun."
Jelingan tajam ayah membuatkan Allamanda menundukkan pandangan. Alamak, seram..
"Haider..dari mana?"
Tubuh Allamanda tersentak. Pantas dia menoleh Haider yang baru tiba dan bersalam dengan ayah di depan pintu. Mata Allamanda nak terkeluar melihat Haider tak memakai baju. Whoa—
"Hoi! Baju mana baju?"
Pantas saja refleks Haider mengelak botol air mineral yang dibaling Allamanda. Dasar budak ganas.
"Kejap. Tadi aku tak sempat pakai.."
Tshirt hitam dikeluarkan dari dalam beg. Gibran hanya menggeleng kepala. Anaknya memang berangan gangster. Padahal tetap aje perempuan gedik. Pipi pun dah merah usyar roti Haider.
"Lagi empat hari Allam lawan Yuna. Haider tau tak?"
Pergerakkan tangan Haider terhenti. Terlepas kain pembalut dari tangan. Wajah Allamanda dipandang sekilas.
"Tau. Voice dah ready ke?"
Haider pulang soalan pada Allamanda yang sedang enak berbaring atas gelanggang.
"Hm.."
Jawapan Allamanda sangat tidak ramah. Haider bermain mata dengan ayah Allamanda. Meminta izin untuk menggangu suaranya itu.
"Pergilah,"
Ujar ayah cukup perlahan. Haider senyum lebar. Laju dia menghampiri gelanggang.
"Nak practice dengan aku tak?"
Allamanda mendongak bosan menatap Haider yang sudah berdiri tegak di hadapannya.
"Tak nak. Nanti kau buat- buat kalah."
Kening kiri Haider naik meninggi. Ini mesti ayah pecah rahsia.
"Tak Voice. Kau memang kuat. Kalini kita practice je. Bukan lawan."
Haider cuba pujuk dengan suara yang tak seberapa lembut. Depan ayah kot, lebih- lebih mahu mati kena pijak.
"Nak pakai mouth guard ke?"
Berkerut dahi Haider melihat Allamanda memakai pelindung mulut. Allamanda angguk kepala. Serius.
"Practice sampai kau mati."
Mata Allamanda terus berubah tajam. Terdiam Haider seketika sebelum akhirnya dia ikut turut tersenyum.
Thats my Voice!
Helmet dikepala dibetulkan sendiri. Haider masih tersenyum lebar melihat mata serius Allamanda.
"Dia nak boxing Haider. Bukan nak ajak kau tengok wayang. Stop smiling!"
![](https://img.wattpad.com/cover/359762765-288-k618757.jpg)
YOU ARE READING
SPIDER VOICE [COMPLETE]
General Fiction[ BOOK 2 ] Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka. "Voice." Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai pe...