ANAK PEMILIK SYARIKAT NUSIA ASIA BAKAL DIDAKWA DI MAHKAHMAH HARI INI.
Tajuk berita pagi ini sangat menyenangkan hati Allamanda. Ekor mata jeling Haider yang turut ikut senyum nipis.
"Selatan Rom, Emriyal. Anak kepada Tan Sri Zuraih yang telah ditahan selasa lalu bakal dihadapkan ke mahkahmah besar Emriyal petang hari ini.
Menurut ketua polis Emriyal, Jeneral Abshah Mahmod Shahrul ; bapa kepada tertuduh, Tan Sri Zuraih Nusia telah mengaku bersalah atas semua pertuduhan yang didakwa. Termasuk jenayah penyelewengan duit, merasuah polis, serta memperdagang wanita seperti yang dikatakan peguam.
Beliau juga mengesahkan, pemilik syarikat Nusia Asia itu telah menyerahkan diri ke balai polis berdekatan atas semua pertuduhan yang dikenakan terhadapnya awal pagi tadi."
Tajam mata Haider renung wajah hodoh anak beranak yang terpampang di kaca televisyen itu.
"Mengikut pertuduhan, Suhair Bin Zuraih, telah didakwa memiliki lebih 100 000 dokumen berbentuk gambar lucah kanak- kanak serta wanita. Lebih 50 00 video lucah remaja bawah umur juga ditemukan dalam telefon bimbit, laptop dan semua komputer di tempat kerja dan di kediamannya sendiri."
Berdesing telinga Allamanda. Dia mula tak tahan sabar. Namun tak sempat dia mahu alihkan siaran lain, Haider dah mencapai remote control. Serta merta skrin TV gelap.
"Baran eh?"
Haider genggam tangan isterinya erat. Ada getaran halus. Bengis riak Allamanda angguk. Kekura tangannya diusap lembut Haider.
"Siapa tak baran? Jantan tak guna. Nasib baik laki aku dah taubat. Kalau tak, memang dah mati dia kena tembak!"
Kuat suara Allamanda menarik perhatian pelanggan lain. Biasalah, hari minggu. Ramai yang sarapan pagi di Cafe terkenal ini.
"Tak apa. Abang akan make sure, dia kena hukuman berat. Jeneral Abshah tu kawan papa. Jangan harap dia nak lepaskan mamat tu,"
Pujuk Haider sambil genggam empat jari Allamanda. Allamanda hela nafas sambil sedut ais krim coklat yang telah larut.
"Voice nak jumpa mama papa, ibu ayah tak?"
Tiba- tiba Haider tanya. Nadanya serius pula. Allamanda duduk tegak.
"Asal? Kenapa tanya macam tu?"
Soalan berbalas soalan. Haider tak menjawab. Telefon disua pada Allamanda. Bergerak- gerak anak mata Allamanda ke situ.
"Diorang otw ke sini. Nak jumpa kita. Kalau Voice tak nak jumpa diorang, kita boleh blah."
Lembut suara Haider. Sudah lima hari dia temankan isterinya healing sendirian. Dating dan honeymoon tanpa khabar dari ibu bapa mereka. Nasib baik papa masih sudi bagi cuti.
"Tunggu jelah. Voice malas nak lari lagi,"
Ujar Allamanda perlahan. Haider senyum kecil. Kepala isterinya dielus lembut.
"Kalau Voice marah, peluk abang. Jangan gaduh dengan ibu. Dapat pahala kalau peluk abang."
Teguran lembut Haider buat Allamanda sengih. Dengan senyuman dia angguk bersetuju.
"Assalamualaikum. Anak- anak mama!"
Suara mama Raudah ceria seperti biasa. Dari jauh dia dah lari anak menuju ke Allamanda. Serentak juga Allamanda dan Haider berdiri dari duduk.
"Waalaikumsalam ma."
Erat pelukan Raudah dibalas. Allamanda senyum mesra. Suka terbau haruman mama. Tenang.

YOU ARE READING
SPIDER VOICE [COMPLETE]
General Fiction[ BOOK 2 ] Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka. "Voice." Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai pe...