SPIDER VOICE| 31⚔️

1.5K 107 15
                                    

Sudah lebih sepuluh minit ruang tamu rumah ibu bapa Allamanda sepi. Lestari jeling riak anak dan suaminya yang sama- sama dingin.

"Well..korang sembanglah anak beranak. Aku nak buat air sekejap."

Perlahan ekor mata Gibran menghantar sosok Lestari ke dapur. Kemudian pandangannya pasak tepat pada Allamanda.

"Dah lama Allam tak jumpa ayah. Allam ok tak?"

Perlahan nada Gibran lantun soalan. Redup dia menatap wajah kosong anak tunggalnya.

"Tak."

"Ha?"

Gibran seakan tak mengerti jawapan Allamanda. Dia kaget melihat pandangan Allamanda yang berubah tajam.

"Kenapa Komander pukul Haider?"

Gibran tergamam. Liur ditelan. Baru dia perasan sepasang mata Allamanda merah.

"Apa Allam cakap—"

"KENAPA PUKUL HAIDER??"

Kuat jerkahan Allamanda. Bergema dalam rumah mereka. Gibran terkejut melihat sosok Allamanda berdiri.

"Itu semua bukan urusan Allam. Itu hal kerja ayah sebagai Komander Gibran dengan Spider—"

"Tapi yang luka, tetap muka Haider."

Sekali lagi Allamanda mencantas keras bicara ayahnya. Gibran terkedu lagi. Dia terkedu kerana kelopak mata anaknya kelihatan bertakung.

"Kenapa mesti ayah yang pukul Haider? Kalau bukan ayah, Allam sendiri dah bunuh orang yang sentuh Haider."

Bergetar suara Allamanda. Seiring pandangan membunuhnya. Tepat ke wajah Gibran.

"Ayah tak ada hak untuk sentuh Haider. Walau sebagai Komander Gibran pun. Haider suami Allam. He's mine,"

Tutur Allamanda perlahan. Dia tidak lagi memandang Gibran. Kedua tangannya mengepal kuat.

"Kalau ayah sentuh Haider juga?"

Suara datar Gibran bagai menuang minyak ke api yang sedang marak. Langkah Allamanda terhenti di depan pintu. Langsung dia tak menoleh arah belakang.

"Komander dah lupa agaknya..."

Meleret bicara Allamanda sewaktu badannya berpusing menghala Gibran. Gibran telan liur.
Rupa Allamanda tak ubah seperti Lestari. Sebiji.

"Allam anak kandung Koperal Lestari. Apa yang ibu buat, Allam boleh buat. Apa yang ibu ajar, semuanya Allam ingat. Allam tahu semua rahsia negara. Semua kelemahan tentera udara dan laut Emriyal pun Allam tahu. Jangan paksa Allam jadi pengkhianat negara sebab Haider."

Sebutir- sebutir, dengan jelas bicara datar Allamanda keluar dari mulut.

DUM!!

Ibarat ada tangan besar yang menampar kepala Gibran. Berpinar matanya menerima ugutan dari anak sendiri.

"ALLAMANDA!"

Jeritan Lestari dari ruangan dapur tak ubah reaksi kosong Allamanda. Tak dipeduli dengan tubuh Gibran yang terduduk lemah atas kerusi.

"Kau sanggup jadi pengkhianat sebab lelaki?? Are you crazy?? Kau pilih dia dari ibu ayah kau?!"

"YA! Aku gila! Sebab lelaki itu namanya HAIDER! Dan kalau bukan sebab HAIDER, Allam takkan jadi perempuan baik lah bu!!"

Teriak Allamanda sekuat hati. Dadanya berombak laju. Kosong dia renung wajah terpana Lestari.

"Dari kecil Allam hidup seorang! Tak ada ibu, tak ada ayah nak temankan Allam main dekat taman! Ibu ayah Allam sibuk jaga negara!! Jaga Emriyal! Tapi anak?? Anak perempuan seorang pun tak boleh nak jaga!!"

SPIDER VOICE [COMPLETE]Where stories live. Discover now