SPIDER VOICE| 18⚔️

4.1K 241 18
                                    

Terangkat kepala Ikram dari menunduk. Kepala dia dongak, dan berpusing untuk melihat gerangan yang masuk ke bilik komputer.

"Rai,"

Tegur Ikram sedikit terkejut. Fawwaz senyum, meletak fail atas meja. Sebelah meja Ikram.

"Jangan panggil saya Rai. Saya bukan Hulubalang Murai."

Riak Ikram berubah. Entah kenapa dia tak sedap hati. Sisi Fawwaz dijeling dengan ekor mata. Sejak akhir- akhir ini Ustaz selalu menyendiri.

"Ustaz..ok ke?"

Perlahan Ikram lantun soalan. Fawwaz angkat kedua kening. Tak faham.

"Ok. Kenapa? Nampak saya tak ok ke?"

Fawwaz ketawa kecil. Seperti terhibur dengan riak risau Ikram. Ikram garu pelipis wajah. Aduh, makin gelisah hatinya.

"Taklah. Aku tengok kau sekarang suka buat kerja seorang- seorang dekat lab. Buat apa?? Ada tugas yang Kapten bagi ke??"

Banyak Ikram bertanya. Dia tak jadi beriak risau. Dia kembali pada rutin hariannya menjadi lelaki yang suka membawang.

"Uh. Tak ada. Saya buat kerja biasa je. Laporan macam biasa..operasi minggu depan, Kapten dah confirm kan ke hari apa nak pergi?"

Ikram perhati tangan Fawwaz yang laju menulis atas fail. Tulis tanpa tengok kertasnya. Dahsyat.

"Belum. Kapten kita kut..macam biasalah. Hari esok nak gerak, hari ini baru bagitau."

Ikram ketawa sambil tutup buku kerjanya. Dia masih jeling sisi Fawwaz dari ekor matanya. Fawwaz angguk kepala.

"Fish rasa..kenapa agaknya Peacock letak jawatan?"

Terdiam sejenak otak Ikram apabila disoal perihal Peacock. Dia jadi musykil. Kenapa pula Ustaz sibuk nak tahu hal peribadi orang?

"Tak tahu. Cuma Kapten Spider yang tahu. Kalau ada selain Kapten pun mesti cuma Hulu,"

Jawab Ikram setelah lama berdiam. Dia dapat lihat raut Fawwaz seakan lain. Tidak kelihatan manis dan baik seperti selalu.

"Lepas ni, cuma saya seorang sniper yang tinggal dalam Cathartica. Saya tak faham kenapa Kapten nak rekrut KJ."

Suara Fawwaz lemah. Ikram terkebil- kebil. Tak sangka Ustaz Raisin berani persoalkan keputusan Kapten. Ingatkan dia je haritu sewel sekejap berani lawan Kapten.

"Leftenen Jeneral Scorpion bukan orang bawahan. Mesti ada banyak sebab kenapa Kapten rekrut dia. Kita tak ada hak nak bantah—"

"Tapi sniper? Dia bukan sniper. Siapa nak ganti Peacock? Cuma seorang sniper untuk Cathartica. Takkan semuanya saya nak cover seorang."

Terkedu Ikram dengan riak sedih Fawwaz. Dia bagaikan kena kejutan budaya. Tak pernah- pernah Fawwaz potong ayat orang bila bercakap.

"Kapten kan ada."

Jelas Fawwaz tersentak. Suara Ikram tiba- tiba jadi agak tegas berbaur serius. Ikram senyum.

"Selagi Inspektor Kapten Spider yang jadi Kapten Cathartica. Cathartica takkan pernah kalah,"

Ujar Ikram dengan yakin. Fawwaz terdiam. Gayanya seperti mahu membantah. Ikram gelak tak berbunyi.

"Ustaz lupa ke? Kapten kita tak ada position selain Kapten. Sebab Kapten boleh buat semua apa yang kita mahir,"

Sambungnya lagi dengan tenang. Mata Fawwaz naik melanggar mata Ikram yang seakan bersinar. Pelik. Sejak dapat warning, Ikram terus jadi soleh.

"Oh ya. Ini, pen kesayangan Ustaz yang saya pinjam semalam. Sorry sebab pinjam tak bagitau. Saya rushing—"

SPIDER VOICE [COMPLETE]Where stories live. Discover now