DUA TAHUN LEPAS, ANARKA.
"Balik ke Emriyal?"
Rauf jeling Haider dan Aiman. Dua orang lelaki itu selalu sangat buat keputusan muktamad tanpa berbincang.
"Ya."
"Tapi kenapa?"
"Soalan apa kau tanya ni Wolf?"
Aiman berdiri dengan suara ganas. Meja kayu yang sedikit rapuh itu dihentak kuat.
"Spider dah buat keputusan. Jadi yang lain tak ada HAK untuk bantah!"
Tengking Aiman beremosi. Kaidin bawa mata ke arah lain. Tak berani nak tatap mata Aiman.
"Mereka dah tahu identiti kita semua, Wolf. Nama keluarga kita, keturunan kita, semuanya ada dalam genggaman tangan mereka."
Isyarat Haider dibaca sayu. Hanya sisa empat orang mereka Emporces yang tinggal. Sebelas tahun juga Haider hidup dalam kebisuan.
"Bawa rakyat Anarka ke Emriyal. Aku nak buat kampung kecil Anarka di Emriyal."
Berkerut renyuk dahi Kaidin. Tak faham dengan rancangan yang ketua mereka rancangkan.
"Kita mula semula dari bawah. Latih sisa rakyat dan orang kampung Anarka, Ghali, dan Emriyal yang masih hidup. Ajar mereka hidup dengan cara Emporces versi zaman batu."
Sosok tegap Haider berdiri. Buat Rauf dan Kaidin meremang. Mata kuyu Haider dah mati. Seolah tak berperasaan sebelas tahun lamanya.
"Ajar mereka semua untuk lawan Mahalaga, Camorrus atau apa jenis lanun pun yang ada."
Sunyi sepi bilik usang tempat mesyuarat mereka. Hanya pasang mata yang fokus pada isyarat tangan Spider.
"Cukup masa bila kita dah bersatu, kita akan merdeka."
Angguk. Rauf akhirnya faham maksud Haider. Dia patuh tak membantah. Dia melirik sedikit pada sisi Aiman yang beriak tegang.
"Aku yakin Raja Hilal masih hidup. Dia masih ada di penjara haram si sial Abraham."
Yakin bahasa tubuh Haider utarakan hal tersebut. Riak Kaidin berubah. Persoalan yang misteri. Tiada siapa tahu di mana anak raja ada.
"Aku nak Sajiri dan Tuah masuk ke penjara."
Arahan Spider buat Kaidin tercengang besar. HAH?
"Jabir baru sebelas tahun—"
"Kau nak bantah lagi ke??"
Mulut Rauf terkatup semula. Tegang benar suara Aiman yang jadi mulut Haider. Haih..
Akibat kejadian tsunami Mahalaga, sisa mereka berempat 'nazak' lima tahun. Sejak tragedi ngeri itu juga, roh Murai dan Spider seakan tertukar.
Aiman si tenang berubah jadi lelaki baran. Selalu naik angin dan mengamuk tak tentu pasal. Bertentangan pula dengan Haider yang bisu. Tak bereaksi apa. Malah asyik kekal tenang tak reti mengamuk.
Rauf agak, salah satu sebab utamanya emosi dan perangai mereka berubah adalah kerana tragedi ngeri itu.
Kerana tsunami Mahalaga. Haider hilang upaya separuh badan kut.
Lumpuh. Haider lumpuh kedua kakinya lima tahun. Manakala mata kiri Aiman buta. Cacat kekal. Hanya kecederaan parah Kaidin dan Rauf dapat dirawat dengan ubat-ubatan kampung.
Mereka berempat terpaksa hidup berpaksi keajaiban doa yang dikabul Dia. Dan siapa dapat sangka? Bayi kecil yang bernama Jabir itu selamat dari bencana alam.
YOU ARE READING
SPIDER VOICE [COMPLETE]
Fiksi Umum[ BOOK 2 ] Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka. "Voice." Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai pe...