SPIDER VOICE| 55⚔️

3K 259 47
                                    

KAMPUNG KECIL 'ANARKA',
EMRIYAL.

"Sajiri!"

Orang kampung Anarka mengerumuni sosok Kaidin yang baru langkah masuk ke pintu surau.

"Tuan putera hilang, Sajiri. Tak dapat dikesan. Ada yang nampak tuan putera lari naik ke atas Gunung Jong,"

Adu Satria. Beriak gusar. Kaidin cengang. Hampir nganga mulutnya kerana terkejut besar.

"Bagaimana boleh hilang? Kau tak iring putera kah Bayu??"

Kaidin tajamkan pandangan pada Bayu yang tunduk kepala. Ketua pemuda Anarka itu kelihatan resah bersalah. Tak menjawab apa.

"Masak jika Jebat tahu,"

Keluh Kaidin sambil geleng. Bertahun lama misi yang mereka rancang untuk selamatkan putera raja. Tapi jadi begini pula..

"Jebat dan Omar akan pulang dalam tempoh seminggu dua. Kita masih punya waktu untuk cari tuan putera."

Kepala Kaidin pusing arah Pekan yang baru selesai sembahyang.

"Aku minta maaf. Aku yang terlepas pandang dari tuan putera,"

Ucap Bayu perlahan. Pekan geleng kepala. Tanda tak mengapa.

"Aku yakin tuan putera selamat. Jika benar baginda naik ke Gunung Jong, maka..baginda akan dilindungi pahlawan Jong."

Suara tegas Pekan legakan mereka. Harapan jadi tinggi menggunung. Kaidin senyum kecil. 'Pekan' masih ada sisa Rauf.

"Kalian mulakan tadarus dahulu. Aku dan Sajiri mahu bercakap di luar,"

Ujar Pekan, atau nama sebenarnya Rauf seraya gamit Kaidin keluar surau.

"Kau ok?"

Rauf lantun soalan pertama buat Kaidin setelah beberapa minit mereka senyap di pondok luar.

"Kenapa? Nampak macam aku tak ok ke?"

Janggal Kaidin hambur tawa kosong. Rauf tatap mendung. Dah berbelas tahun dia hidup berdua sama Kaidin. Sudah arif dengan bahasa Kaidin.

"Sejak dua tiga hari ini. Aku perasan, kau asyik menung. Senyap sepi tak berbicara jenaka. Kau ada masalah ke di istana haram Abraham?"

Serius Rauf menanya. Kaidin geleng. Buang pandangan ke arah jauh.

"Aku cuma rindu Emriyal. Aku cuma rindu merdeka kita. Salah ke?"

Giliran Rauf bisu. Sesak dada lihat raut kecewa Kaidin. Perit yang ditelan mereka berbelas tahun.

"Kita sorok di sini. Kita bertahan hidup dengan merempat dekat negeri orang. Aku tak bahagia. Tak ada seorang pun rakyat Emriyal yang boleh hidup bahagia selagi Abraham hidup,"

Tutur Kaidin dengan sebak. Air matanya dah kering. Tak guna. Dah tak ada daya apa lagi.

"Kita tak menyorok. Kita sedang tunggu arahan Jebat. Bila masa yang sesuai tiba, Abraham akan mati di tangan kita."

Yakin benar Rauf bicara. Masih tak putus asa. Masih kekal tenang sebagai pengganti Spider.

"Aku rindu Haider. Aiman. Ikram. Daniel, Daus. Diorang semua, aku rindu Emporces. Aku rindu aku sebagai Kaidin. Aku bukan Sajiri. "

Jatuh pandangan Kaidin ke tanah. Dia tak kuat nak jadi pengawal diraja Abraham. Rasa sial dan bahang amarah selalu meluap- luap. Kalau bukan kerana arahan Jebat, dah lama Kaidin bunuh Abraham tanpa salam.

"Semua yang jadi, ada hikmahnya. Tak semua peperangan kita harus lawan dengan kekuatan. Kita harus punya iman dan sabar untuk menang. Ingat pesan Jebat. Percayakan Jebat."

SPIDER VOICE [COMPLETE]Where stories live. Discover now