"Aku terima nikah, Qurratul Qisstina Binti Abdullah dengan mas kahwinnya sebentuk cincin tunai."
Tangan Aiman berjabat sekali dengan Fateh. Fateh menoleh arah tiga orang saksi lelaki.
"Sah?"
"SAH!!"
Bahu Aiman ternaik akibat suara gabungan saksi yang terdiri dari Haider, Kaidin dan Nuh Isyak. Bapak kuat suaranya..
"Alhamdulillah."
Bibir Aiman kemam bila Fateh tadahkan tangan baca doa. Rasa nak jerit. Dah sah halal! Aiman makin tunduk kepala bila doa Fateh menuju tamat.
"Aaaminnn."
Haider tahan ketawa tengok lagak malu- malu taik kucing Aiman. Hilang watak Omar yang selama ini baran bukan main.
"Pergilah sarung cincin dekat dalam bilik,"
Bisik Kaidin. Senggol bahu Aiman. Aiman menggeletis tak mahu. Rauf geleng kepala. Aiman sengal dah buat comeback.
"Umur kau dah dekat empat puluh, Man. Jangan buat perangai budak kecil. Pergi masuk,"
Arah Haider dengan tegas. Jabir, Juna, Dika dan Wira yang bersusun di tepi surau hanya perhati tingkah gedik suami umi.
"A-assalamualaikum!"
Tubuh Aiman nyaris tersungkur dalam bilik akibat tolakan kuat Kaidin. Dasar punya kawan.
"Waalaikumsalam. Masuklah. Aku nak blah."
Bontot Allamanda segera angkat dari kerusi. Tak sanggup nak tengok sesi batal wudhuk Qissai. Takut muntah! Haha.
Qisstina cemas bila Allamanda tutup pintu bilik. Siap hempas lagi. Tak guna..
"Duduklah,"
Tegur Qisstina pada Aiman yang tercegat di depan pintu. Aiman tak kena langsung dengan imej samsengnya. Konon mata kiri buta nampak ganas. Padahal masih badut comel.
"ALAMAK!"
Aiman gelabah menyiarap ke bawah kerusi. Cincin yang dia pegang terlepas. Sudahlah cuma satu cincin aje yang dia ada!
"Awak ni clumsy betul.."
Qisstina ikut melutut. Dia dah nampak cincin silver itu. Ada dilutut Aiman.
"Hehe. Sorry."
Sudahnya mereka berdua duduk atas lantai. Qisstina bersimpuh. Hulur tangan yang menggigil pada Aiman.
"Assalamualaikum, isteriku."
"Waalaikumsalam habibi."
WOW! Mulut Aiman melopong dengar suara lembut Qisstina. LEMBUTNYA! Tak pernah- pernah Aiman dengar Qisstina bersuara manja.
"Janganlah nganga..pakaikan cincin ni,"
Gelak Qisstina sambil tampar paha Aiman. Aiman berdehem. Ya tuhan..panjangkan umur hambaMu ini Ya Allah..
"Nak bukakan niqab saya tak? Nak tengok muka isteri habibi tak?"
Soal Qisstina sambil dongak. Renung Aiman dengan mata bulat. Aiman sesak nafas. Qisstina masih tahu kelemahan Aiman.
"B-boleh ke?"
Qisstina angguk. Sengetkan kepala buat Aiman leraikan tali niqab. Menggigil gais tangan Aiman sentuh kepala Qisstina.
"Allah.."
Tangan Aiman menekup wajah. Nak keluar biji mata lihat keindahan pipi merah Qisstina. Tak sempat Qisstina nak cakap apa, Aiman dah melompat dan berguling ke sekitar bilik.
![](https://img.wattpad.com/cover/359762765-288-k618757.jpg)
YOU ARE READING
SPIDER VOICE [COMPLETE]
General Fiction[ BOOK 2 ] Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka. "Voice." Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai pe...