[ BOOK 2 ]
Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka.
"Voice."
Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai pe...
Debaran dada Allamanda kian menggila. Diapit Qisstina yang cantik jelita, automatik dia menggeletis dalam diam.
"Kau tak rasa muka aku macam badut kan?"
Soal Allamanda, separa berbisik ke telinga Qisstina. Qisstina berkerut. Dia geleng kepala dengan serius.
"Badut kebenda lawa nak mampus macam ni? Habislah Haider, mesti ramai yang suka dekat kau nanti,"
Gelak Qisstina dengan tak malu. Bukan main dia ketawa kuat. Happy sangat tengok muka cantik Allamanda yang dia mekapkan tadi.
"Lebih ramai yang takut dari suka,"
Bidas Allamanda, bangga. Dia sangat suka bila rata- rata kaum lelaki benci dan takut dengan diri 'Allam'. Sangat memuaskan hati.
"Nak masuk dulu ke? Aku takut kalau diorang tak datang. Malu je tak ada partner,"
Ujar Qisstina serba salah. Dia tengok tadi ramai budak- budak kelas sebelah mereka dah kahwin. Paling rendah pun dah tunang.
"Malu apahal? Bukannya kita bogel pun—"
"Aman. Janganlah cakap benda tak senonoh,"
Tegur Qisstina dengan muka marah. Allamanda mencebik. Dia penat nak berlakon jadi waniter lemah- lembut dan sopan. Tak biasa.
Deringan telefon Allamanda menarik perhatian Qisstina. Mereka berdua berpandangan sebelum Allamanda mengangkat panggilan.
"Der. Kau dekat mana?"
Sapa Allamanda tanpa salam. Matanya meliar ke sana sini. Masih mencari sosok Haider. Berapa minggu tak jumpa Haider. Rindu.
"Turn around, Voice."
Membesar anak mata Allamanda. Perlahan dia berpusing hala ke belakang. Qisstina ikut sama. Masing- masing tergamam.
"Kau dah balik,"
Gumam Allamanda, dapat dibaca Haider. Haider angguk kepala. Mata Qisstina sedikit berkaca. Dia tiba- tiba sedih dapat tengok gummy smiles Aiman lagi.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Boleh I duduk sini?"
Mata Allamanda dan Qisstina naik pada wajah cantik Sofea. Gelas tinggi Sofea sudah diletak atas meja. Allamanda jungkit kening. Ekor mata jeling ke arah meja belakang.
Memang betul guys. Nadia dan Syasya memang dah tak geng dengan Sofea. Keadaan ini sangat- sangat janggal buat semua hadirin yang hadir.
"Asalkan bukan atas Haider, duduklah."
Tersedak Haider yang leka mengunyah rojak. Merah matanya kerana perit. Aiman ketawa dulu sebelum bantu tepuk belakang badan Haider.