SPIDER VOICE| 20⚔️

4.2K 227 11
                                    

"Stop Allamanda. Stop."

Mencemik muka Allamanda. Tubir matanya terasa panas. Terasa hati dengan suara tegang Haider yang menyeru nama penuhnya.

"Kenapa Spider marah??"

Lengan keras Haider ditampar lemah. Berpinar- pinar matanya melihat Haider berjalan laju ke arah sana dan sini.

"SIAL!"

Bergema bilik hotel dengan suara baran Haider. Nafasnya laju sehingga dada mula berombak ganas. Anak rambut yang jatuh ke dahi kelihatan kacak dan menarik perhatian Allamanda.

"Spider..Voice panas,"

Adu Allamanda perlahan. Tangannya mula ganas tarik selendang yang masih terletak elok menutupi kepala. Terbeliak mata Haider. Berkali- kali dia menelan liur dengan keras.

"Diam Allamanda. Diam! Jangan bergerak!"

Kuat sekali Haider menyergah. Berkaca- kaca mata Allamanda dengar. Kedua lengan dipegang Haider kuat hanya dengan satu tangan kiri. Allamanda tak meronta kerana dia sudah mula tersebik mahu menangis.

Tangan kanan lelaki itu masih tangkas menekan- nekan kekunci skrin telefon, sebelum dilekapkan penuh pada telinga kanan.

"Emerald. Aku nak kau tangkap pembelot Cathartica, SEKARANG. Yeah. Murai and Fish sibuk. Ini kerja kau. Buat SEKARANG. Aku nak dia. Hidup- hidup. Settlekan SEKARANG."

Usai itu dia menamatkan panggilan. Dada Haider berombak kencang. Dia memejam mata erat.

RAISIN..

RAISIN..

RAISIN..

Lelaki itu. Si bangsat itu yang punya angkara.

Skrin telefon ditatap lagi. Kosong mata Haider tembus rakaman CCTV yang terpapar. Memang Fawwaz yang jadi pengkhianat negara sendiri.

Dah lama Haider tahu. Cuma Haider belum mahu tangkap Fawwaz. Siapa sangka Fawwaz dah rancang untuk mengenakan Sofea di sini?

Jam sudah tepat pukul lapan malam. Allamanda masih ketawa meracau di atas katil dengan berselimut tebal. Dada kiri Haider yang terasa perit ditumbuk lemah.

Ahh.. tak guna kau Raisin.

"Spider..."

Suara serak Allamanda menyesakkan kepala Haider yang sudah kusut. Nak balik rumah bagaimana?

Ramai lagi rakan satu sekolah mereka yang anjak majlis sehingga dua belas malam. Allamanda sudah terminum ubat khayal yang sepatutnya diminum Sofea.

Ini semua angkara Fawwaz.

Tak guna. Memang tak guna.. Sepatutnya aku dah perasan dari awal! Sepatutnya aku ikut naluri hati jahat aku yang selalu betul ini! Berkali jiwa Haider mencarut.

Berdentum bunyi hasil dari tumbukan Haider yang bertemu dengan dinding bilik. Sengal bisa sakit ini tak sedahsyat sakit hatinya.

SPIDER VOICE [COMPLETE]Where stories live. Discover now