SPIDER VOICE| 45⚔️

2.6K 202 23
                                    

"Abang.."

Paha Haider dikuis. Haider menepis tidak kasar. Main tarik- tali. Allamanda perhati telinga Haider yang berubah warna. Baru lepas practice boxing pun nak blushing.

"Cepatnya abang blushing."

Komen Allamanda buat Haider mendengus. Kedua tangannya naik menekup sepasang telinga yang dah jadi merah. Menci!

"Abang comel. Tapi abang comel kalau comel depan Voice seorang ajelah. Jangan buat pasal pulak buat comel depan orang lain."

Serius Allamanda mengungkap. Panjang berbelit. Dia merehatkan kepala selesa atas dada Haider. Keras kejung badan Haider. Dia ketawa kecil.

"Jangan mati,"

Tegur Allamanda. Bunyi kencang dari dada Haider benar- benar merisaukan. Dahyat.

"Abang rela mati sebab Voice."

Seraya itu Allamanda terjerit kecil. Dia terjatuh dalam perangkap Spider! Tubuh Allamanda sudah dikepung Haider dari atas. Terperosok dia mengecilkan diri di bawah. Lah??

"Jahat!"

Dada Haider tumbuk kuat. Haider tak marah, malah dia semakin gila. Gilakan isterinya.

"Lusa kita sama- sama ada kerja,"

Ujar Haider sambil membuat tekan- tubi. Liur Allamanda tercekik. Setiap kali wajah Haider mendekat, nafasnya jadi hilang.

"Good luck to my Allam."

Kucupan ringan dilabuh pada dagu Allamanda. Tak tipu, Allamanda benar- benar diserang rasa gedik. Dagu? Unexpected!

"Good luck juga untuk my Spiderman."

Leher Haider dipeluk. Erat lengan Allamanda melingkar di situ. Gaya seperti mahu mencekik pun ada.

"Abang kuat tak buat push-ups kalau Voice duduk belakang abang?"

Berubah riak Haider dengar soalan itu. Apa punya soalan lah? Kasar benar.

"Voice ingat Voice berat sangat ke? Naik. Abang buat,"

Arah Haider, tegas. Allamanda tersengih- sengih. Yey! Dulu dia pernah minta nak buat dekat ayah. Tapi ayah kata dia berat nak mampus. Heh!

"Nak duduk ke nak baring eh?"

Selamba Allamanda berdiri memijak belakang Haider. Haider ketawa kegelian. Sakit? Tak langsung. Rasa geli adalah. Bergerak- gerak dekat belakang orang.

"Tak kisah. Nak baring, berdiri, duduk ke. Nak buat kuak lentang pun no problem."

Membahang kepala Allamanda. Akhirnya Allamanda pilih untuk baring melunjur. Melekap penuh pada belakang badan Haider. Pinggang Haider dipeluk erat. Sengaja.

"Whoaa, ringan lah Voice. Tak rasa pun ada orang dekat belakang."

Semangat Haider melakukan senam tekan tubi itu. Langsung tiada masalah. Kelajuan maksima! Laju hingga bergegar- gegar Allamanda di belakang badan.

"Nak duduk! Aku nak duduk! Rasa something wrong kalau aku baring dekat belakang!"

Bahu Haider ditampar kasar. Terhambur ketawa kuat suaminya. Wajah Allamanda sudah merah.

"KAU SENGAJA KAN?!"

Sekuat hati bahu Haider ditumbuk. Menyeringai Haider menahan perit. Sakit tak bermain.

"Sengaja apa? Voice yang otak kuning fikir bukan- bukan. HAHAHA!"

Galak Haider ketawakan Allamanda. Tidak rasa bila penumbuk Allam menyinggah kaki.

SPIDER VOICE [COMPLETE]Where stories live. Discover now