Balai Polis Emriyal,
Pertama kali dalam sejarah lima tahun, Qissai dapat duduk satu meja dalam keadaan senyap. Lebih lima belas minit. Sangat luar biasa.
Mata Aiman menjerling Qisstina. Kebetulan juga Qisstina sedang perhati sisi wajah Aiman. Terus terbeliak mata Aiman. Kantoi lah Qisstina usyar dia dari tadi!
"Apasal pandang aku?"
Sakit tekak dan suara serak tak dapat halang mulut murai Aiman cari pasal. Qisstina terjegil.
"Perasan. Aku tengok telinga kau. Makin lama makin capang."
Tembak Qisstina tak bertapis. Aiman terdiam. Perlahan tangannya naik pegang telinga. Capang sangat ke?
Bunyi pintu bilik siasatan menarik perhatian Qissai. Serentak mereka berdiri tanda hormat pada tuan Inspektor Zadden. Polis yang bertugas untuk jaga budak sekolah.
"Kawan- kawan awak semua dah balik. Awak berdua kenapa tak balik lagi?"
Jelas riak Inspektor Zadden kehairanan. Qissai berdua orang senyum tak bersalah.
"Kami tunggu budak special dua orang tu. Haider dengan Allamanda,"
Tutur Aiman mewakilkan Qisstina sekali. Mahu terberak Qisstina dengar perkataan 'kami' itu.
Inspektor Zadden hambur ketawa. Ohh..faham. Budak dua ini mesti pengapit anak tuan Gibran.
"Itu, diorang pun dah siap soal siasat."
Panjang muncung mulut Zadden tunjuk arah pintu bilik siasatan di hujung sana. Mata Qisstina tuju pada sosok Allamanda dan Haider yang jalan serentak bersaing Komander Gibran.
"Perghh, golongan keras. Tangan pun macam kaki."
Suara perlahan Aiman tersapa pada sistem pendengaran Qisstina. Dalam diam Qisstina angguk setuju. Lihat saja lengan bapak Allamanda. Macam kaki Aiman besarnya. Seram!
"Mekasih tunggu aku."
Allamanda sapa Qisstina sebelum duduk. Cepat saja Haider tarik kerusi untuk si tempangnya.
"Dah settle ke semua?"
Aiman lempar soalan pertama pada Haider. Laju kepala Haider angguk. Semua urusan dah selesai.
"Aiman ok? Demam dah kebah?"
Garau suara Gibran sentakkan Aiman. Perghh, seksi gila bapak Aman.
"Dah Komander. Alhamdulillah malam tadi umi saya sumbat ubat busuk dalam mulut saya. Bangun tidur je dah sihat dah."
Mendengar cerita Aiman itu, Allamanda ketawa besar. Lol. Tak dapat bayang cikgu Zanara yang sumbat ubat dalam mulut murai Aiman.
"Apahal pula panggil saya Komander. Panggil uncle sudahlah. Macam tak biasa aje."
Tergeleng- geleng kepala Gibran. Dia tahu perangai suka mengusik Aiman. Sebiji Adam.
"Kalau semua tak ada apa- apa biar saya jelah hantarkan korang berdua balik sama. Lagipun jalannya sama aje,"
Ujar Gibran memecah kesunyian. Hairan dia lihat situasi sekarang. Senyap sepi entah kenapa.
"Oh. Boleh! Boleh! Saya pun kena halau umi dengan abah tadi. Diorang nak dating berdua,"
Seloroh Aiman buat Gibran ketawa. Qisstina mencebik. Tadi bukan dia ke yang beria gaduh dengan ustaz Adam tak nak balik. Dasar..
"Ok. Kalau gitu korang semua tunggu ayah dekat sini sekejap. Ayah nak jumpa kawan dekat office. Nanti kita balik sama- sama,"
![](https://img.wattpad.com/cover/359762765-288-k618757.jpg)
YOU ARE READING
SPIDER VOICE [COMPLETE]
Ficción General[ BOOK 2 ] Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka. "Voice." Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai pe...