TING! TING!Berkedut dahi Allamanda. Matanya berkalih pada pengadil yang tiba- tiba membunyikan loceng.
"Foul!"
Tangan pengadil wanita itu menghala Allamanda. Menggeletuk rahang Allamanda bila pihak lawan ukir senyum mengejek.
"Stupid ass umpire.."
Perlahan kata carutan meniti bibir Allamanda. Dari tadi, pengadil berat sebelah. Ada sahaja bantahan untuk pergerakan Allamanda yang tidak masuk akal.
Mata Allamanda terpejam sesaat. Mencari nafas dalam- dalam. Kau nak main lagi satu round guna cara tipu ya?
Tceh, lemah!
Bunyi loceng untuk kembali berlawan tidak dibazirkan Allamanda. Pantas penumbuk Allamanda mencium pipi Rimauzah. Tindak balas Rimauzah juga dapat dipatahkan dengan mudah. Sekali lagi tangan kiri Allamanda dihayun tepat mengena pipinya.
Jangan harap kau boleh kalahkan aku! Jiwa Allamanda menjerit marah.
BUK!
Berkali- kali pipi Rimauzah ditumbuk. Sengaja balas perbuatan awal pihak lawannya tadi. Suka sangat pukul setempat kan?
"Aaarghhh!"
Tak tertahan Rimauzah menjerit. Kaki kirinya yang mahu menendang juga ditepis mudah. Sekali lagi penumbuk tangan kanan Allamanda melayang ke pipi Rimauzah, gadis itu rebah ke atas gelanggang.
Belum sempat Rimauzah bersedia, tubuhnya terlebih dahulu ditindih Allamanda. Penuh aura dendam dan ganas. Bertubi- tubi serangan Allamanda tak mampu ditahan Rimauzah.
BUK!
"Bangun, tiger. Fight me like a tiger..kill me like a hunter, Rimauzah,"
Keras Allamanda berbisik. Tak berhati perut dia tenung mata merah Rimauzah. Puas hati melihat anak mata Rimauzah yang jelas bergerak- gerak kerana takut.
BUK!
Tersembur darah dari mulut Rimauzah. Allamanda masih tak berganjak.
"Kau cakap siapa menang dapat Haider kan?"
Sinis soalan Allamanda. Badannya masih menggigil dan panas. Dia tak sangka lima minit sebelum naik gelanggang tadi, Rimauzah berani beri amaran dan berani bercakap soal Haider padanya.
Tak sangka benar Rimauzah ada crush pada anak Dato' Raudah. Ada crush pada Haider aku.
" 'Haider suka perempuan ganas macam aku' ohh please lah Rimauzah. HE'S MINE!!"
Allamanda diasak marah. Berkali- kali tumbukan melayang pada wajah berdarah Rimauzah. Tanpa henti dan tanpa belas kasihan. Walaupun bunyi loceng sudah kedengaran.
Hingga akhirnya dua orang pengadil terpaksa menarik tubuh Allamanda dari terus menindih Rimauzah. Tak tahan bibir Allamanda untuk ukir senyuman lebar.
Pengiraan sudah lebih dari sepuluh saat. Jasad lemah Rimauzah langsung tak dapat melakukan apa- apa pergerakan. Bunyi wisel akhirnya kedengaran.
YOU ARE READING
SPIDER VOICE [COMPLETE]
General Fiction[ BOOK 2 ] Sejak dalam kandungan mereka sudah berteman. Menurun dari legasi ibu bapa, ada darah pahlawan yang mengalir dalam tubuh mereka. "Voice." Nama gedik Allamanda yang hanya boleh disebut Haider. Tapi bukan Allam. Itu nama pentasnya sebagai pe...