SPIDER VOICE| 43⚔️

1.2K 100 5
                                    

DEWAN PROCYON, SRI CIRY,
EMRIYAL.

"Allam,"

Seruan dari ayah mengejutkan Allamanda. Terus dia berdiri tegak gaya tentera.

"Are you okay? Kenapa pucat?"

Gibran sentuh bahu Allamanda. Wajah anaknya tidak berseri. Tiada senyuman. Kelihatan pudar tanpa semangat. Gaya bukan seperti seorang Allam G yang dia kenal.

"Orang rindu Eder,"

Adu Allamanda dengan senyuman kosong. Gibran juih mulut. Dah agak dah!

"Lagi sepuluh minit Allam nak lawan. Get ready. Jangan risau sangat pasal Eder. Labah awak tu mesti tak apa- apa,"

Pujuk Gibran menepuk bahu Allamanda. Kepala Allamanda jatuh mengangguk. Matanya perhati redup sosok ayah keluar dari bilik persiapan.

Cincin pemberian Haider dibuka perlahan. Bibirnya singgah ke situ. Lama.

Why? Why aku tak sedap hati sangat? Mata Allamanda pejam rapat. Sambil dia genggam erat cincin perkahwinannya.

Tidak sempat Allamanda mahu bertenang, masa sepuluh minitnya sudah tamat. Pintu bilik telah diketuk dari luar. Isyarat untuk pertandingan bermula.

"Allam G?"

"Yess! On my way!"

Sahut Allamanda seraya menyimpan cincin dan barang peribadinya ke dalam loker. Pintu loker dihempas sedikit. Nafas dihela kuat.

"Kalau Allam menang, Voice yang dapat abang."

Kata- kata Haider sebelum dia bertolak pergi diulang dalam kepala. Mencari semangat. Terpejam lagi mata Allamanda sebelum bibir bekunya ukir senyuman lebar.

"Aku akan menang untuk kau, Spider."

Beg sandang disangkut pada bahu kanan. Dengan lafaz bismillah Allamanda mengorak langkah yakin keluar bilik.

-

Getaran telefon yang berada dalam poket mengerutkan dahi Gibran. Dia terkejut baca nama pemanggil tersebut. Kausar? Ini kali keempat Kausar memanggil Gibran. Ada apa?

"Sayang, tak silent phone ke? Allam dah nak start lawan kot."

Terjegil mata Lestari perhati riak serba salah Gibran. Ini tak lain dan tidak bukan, mesti Kausar yang ganggu. Dasar orang ketiga.

"Saya dah silent. Tapi banyak sangat Ausar try call. Saya nak angkat call sekejap boleh? Sekejap je tak sampai lima minit pun."

Nada Gibran seperti memujuk. Tahu dengan riak marah sang isteri. Akhirnya Lestari memberi keizinan. Dengan terpaksa dia mengangguk.

"Ok, hurry up,"

Arah Lestari seraya buat isyarat menghalau. Setelah sosok suaminya beredar, sepasang mata Lestari kembali ke atas gelanggang.

Prestasi Allam dalam keadaan yang baik. Allam telah berjaya memenangi pusingan pertama dengan mudah. Senyuman manis Lestari ukir tatkala bertembung dengan pandangan Allam.

"Ayah angkat call."

Sejelas yang boleh Lestari bercakap melalui pergerakkan mulut. Tersenyum lagi Lestari lihat mata Allamanda mengerlip tanda faham.

SPIDER VOICE [COMPLETE]Where stories live. Discover now