SPIDER VOICE| 30⚔️

3.9K 213 32
                                    

"EHEM!"

Deheman keras Allamanda menghinjutkan bahu Haider. Kejadian pagi tadi lesap bersama wajah Daniel. Tak sedar pula Haider mengelamun lepas solat.

Jam yang melekat pada dinding Haider jeling. Pukul lima pagi. Sudah dua jam dia duduk bersila atas sejadah.

"Menung apa? Abang solat apa?"

Dua kali Allamanda menyoal. Haider sengih dan geleng kepala. Menatap sosok halal yang menyandar di bingkai pintu itu dengan suka.

"Meh sini, duduk sebelah suami."

Haider pelawa dengan senyuman. Menepuk karpet sebelahnya. Gerak- geri Allamanda seperti kehairanan, tapi dia tak menolak.

Kaki Allamanda berhenti. Masih teragak-agak. Dia berdiri pegun di sebelah Haider. Haider jungkit kening.

"Duduklah sini,"

Tangan Haider menepuk lagi ruangan karpet di sebelah kanan. Gaya Allamanda semacam degil tak mahu menurut. Dasar..

"Voice nak duduk atas riba abang ke?"

Bila senyuman gatal Haider terbit, Allamanda cepat- cepat duduk bersila di sebelahnya.

"Kenapa tak nak duduk?"

Nada Haider tak puas hati. Nak juga dengar alasan Allamanda yang cantik ni.

"Voice tak pakai telekung. Masuk tempat solat pula. Rasa tak selesa."

Ohh. Haider angguk kepala. Ingatkan ada benda serius. Bibir Haider tak tahan ukir senyum. Sambil tatap isterinya lama- lama.

"Tak ada siapa pun dekat sini. Kita dalam rumah kita juga—"

"Abang bangun solat. Tapi tak kejut isteri abang! Dahlah orang tidur mati!"

Tiba- tiba suara Allamanda meninggi. Siap tumbuk lutut Haider lagi. Haider ketawa. Tak dapat jaga wuduk, pinggang Allamanda ditarik.

"Marah sebab abang tak kejut solat ke?"

Selesa dagu Haider rehat pada bahunya. Ringan tubuh Allamanda duduk atas riba Haider. Dia pun tak menolak.

"Tiba- tiba aje hilang. Takut tau tak? Rumah ni dahlah besar nak mampus."

Allamanda mengomel dengan marah. Haider ketawa besar. Comel tahap kuih koci isteri aku ni! Comel! Comel! Comel! Comel!! Comel—

PAP!

"Abang dengar tak??"

Tiba- tiba lengan Haider pedih. Kena tamparan padu dari Allam. Terkebil- kebil mata Haider.

"Hah?? Apa? Voice takut abang hilang? Rumah kita besar sangat ke?"

Cubaan Haider intai wajah marah Allamanda tak berjaya, Allamanda lebih pantas menanduk dagu Haider. Kuat sampai suaminya terdongak.

"Hahit lah Voice.."

Haider nak merajuk. Jadi Haider tolak bontot Allamanda jatuh dari ribanya. Namun isteri gangster dia makin bertindak agresif!

Tiba- tiba saja Allamanda bersila menghadap Haider. Kedua tangannya turut mencengkam pipi Haider agar berlanggar mata dengan dia.

Gulp.

"Orang tanya. Abang kenapa siang tadi? Abang cakap abang marah, pastu bawa orang balik rumah happy pula. Lepastu pagi buta bangun tinggalkan orang dalam bilik. Abang solat apa? Abang marah siapa siang tadi? Siapa buat abang dekat tempat kerja?"

Tak cukup tangan kanan Allamanda cekup rahang Haider, sebelah lagi tangannya mencengkam kolar baju melayu Haider.

Haider tergamam. Dia terlupa, Allamanda mengerti bahasa bisunya.

SPIDER VOICE [COMPLETE]Where stories live. Discover now