SPIDER VOICE| 22⚔️

3.6K 242 18
                                    

Kosong.

Begitu kosong mata kuyunya renung siling. Ada beberapa titik air hangat yang mengalir lesu jatuh ke bantalnya.

Tsk..

Haider pejam mata. Dia geleng kepala. Lemah. Bahang yang mencucuk badan kian mereda. Namun dia masih buntu. Otaknya rasa kosong sejak minggu lalu.

kenapa? Kenapa hati aku jadi sakit sangat? Kenapa aku tak rasa happy lepas balas dendam untuk Haidar? Itu desis hatinya yang makin membarah. Soalan yang sama. Berulang dan ulang kalinya.

"Assalamualaikum."

Badan Haider tersentak. Dia menoleh pantas ke arah pintu. Ada Aiman. Tercongok dengan gummy smile-nya.

"Alhamdulillah. Kau dah nampak macam kau kenal aku."

Berkerut muka Haider. Tak faham apa maksud Aiman. Aiman tersengih busuk. Dia letak lipatan pakaian atas almari.

"Kau dah kenal aku kan?"

Aiman labuhkan punggung sebelah Haider. Belakang tapak tangan melekap selamba pada dahi Haider.

" 'Dah kenal aku' apa? Kau Aiman. Kenapa pulak aku tak kenal kau."

Sekali lagi muka Haider berkerut. Suaranya serak bercampur dingin. Aiman ketawa jelek.

"Kau tak sihat dah tiga hari, Der. Jangan kerek sangat. Aku yang basuh berak kencing kau. Jangan sampai Kaidin viralkan gambar aib kau."

Terbeliak mata Haider mendengar. Sepantas kilat dia terduduk. Berderau darah apabila riak Aiman serius.

"T-tiga hari..?"

"Yeah. Kau kena sampuk. Kena kacau dengan penjaga lanun sakata puak ombak. Jumpa Mejah aje kau terus gelabah. Terbakar sampai kau tak ingat Al- Fatihah. Kau menangis- nangis lepastu tertidur. Tiga hari."

Panjang Aiman bercakap. Senafas sahaja. Jadi kencang dada Haider. Tangan meraup muka.

Seriuslah tiga hari?

"Aku dengan Kaidin ada gambar bogel kau. Aib kau semua dalam poket aku. Kalau kau degil, aku viralkan semua—AAARGHH!"

Gelupur badan Aiman tatkala kolar bajunya dicengkam Haider secara tiba- tiba. Fuh, Haider masih gagah meragut lehernya dengan erat.

"Jangan tipu aku Aiman."

Bergetar suara Haider beri amaran. Aiman ketawa kuat sebelum meronta- ronta minta dilepaskan.

"YE YE! AKU TAK TIPU! DAH! LEPASKAN AKU! AKU MINTA SORRY, OK! SORRY!"

Usai itu Haider lepaskan kolar baju melayu Aiman. Aiman tarik nafas lega. Nyaris hijau muka dia tadi.

"Hehe. Pandai pulak otak kau fikir. Kau tak sedar tiga jam aje. Sekarang pukul sepuluh malam. Kita dekat rumah Mejah."

Kali ini Aiman jawab jujur. Haider hela nafas lega. Bibirnya beristighfar beberapa kali. Dia fikir dia dah sampai alam dimensi mana tadi.

Bodoh punya Aiman.

"Kau panas tak?"

Soal Aiman. Menatap Haider dengan pandangan yang Haider tak boleh tafsir. Kenapa..Aiman nampak macam abang- abang? Kelihatan seperti cowok kull. Tidak badut semacam selalu.

"Dah tak,"

Jawab Haider. Jujur. Aiman terhangguk- hangguk. Kemudian dia berganjak ke arah almari tepi katil. Mengambil sesuatu di situ.

"Nah. Pergi lap- lap badan sikit. Ambil wuduk. Mejah nak teman kau solat isyak. Tadi kau belum solat isyak."

Terpaku mata Haider pada tuala di tangan Aiman. Hamzah nak teman? Jantung Haider berdegup agak laju.

SPIDER VOICE [COMPLETE]Where stories live. Discover now