Cinta Bersaksikan Langit (BAB 1)

351 18 0
                                    

_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________

Kelopak mata perlahan-lahan dibuka apabila terdengar bunyi jam loceng yang membingitkan telinganya.

Tangan dipanjangkan ke sebuah meja kecil di tepi katil, mencapai telefon bimbit yang bersaiz tapak tangan. Loceng dimatikan.

Dikerling jam pada skrin telefon dengan mata kuyu. Pukul 3.00 petang.

"Alamak! Aku belum Zohor lagi."

Dia bingkas bangun dari katil dan cepat-cepat melangkah ke bilik air untuk mengambil wuduk.

Setelah selesai, dia mula membentangkan sejadah di atas karpet baldu lembut. Baru sahaja ingin mengangkat takbir, pintu dikuak dari luar. Terjegul muka Sofia, teman serumahnya.

"Kau belum solat lagi? Dah pukul berapa ni, Orked?" marah Sofia.

"Aku tertidur lah tadi. Kau pun satu, dah tak reti nak kejutkan aku?" jeling Orked Haura.

"Eh.. eh.. Dia salahkan kita pulak." Sofia tayang muka tak puas hati.

"Dah la, aku nak solat ni. Tutup pintu tu." Orked Haura kembali semula menghadap kiblat.

Sedang kusyuk dia solat, telefon bimbitnya berdering. Dua kali juga telefon bimbitnya berbunyi. Selepas itu, terus senyap.

Selesai menunaikan solat Zohor, dia beristighfar seketika. Mulutnya terkumat-kamit berzikir dan mengagung-agungkan sang pencipta.

Sesudah itu, dia menadah tangan memanjatkan doa untuk kedua arwah ibu bapanya. Tangan diraup ke muka berkali-kali sebelum bangkit dan melipat sejadah.

Telekung digantung rapi pada penyidai yang sudah tersedia di sudut kanan bilik. Dia melangkah pula menuju ke katil dan mencapai telefon bimbitnya.

Diperiksa satu persatu mesej dan panggilan yang masuk. Emin? Kenapa lelaki tu call aku masa-masa macam ni? Bukan dia kerja ke?

Sedang berteka-teki dengan fikirannya, telefon bimbit kembali berbunyi. Pantas dia menekan punat hijau.

"Assalamualaikum.." Si pemanggil memberi salam.

"Waalaikumussalam, Emin. Ada apa awak call saya? Bukan awak kerja ke?" tanya Orked Haura, Hairan.

"Memanglah i kerja. Tapi sekarang ni i free. Jom keluar."

Mimpi apa jantan ni? Sebelum ni punyalah payah aku nak ajak dia keluar. Ni tiba-tiba aje. Time kerja pulak tu. Pelik bin Ajaib!

"Okey, awak nak ambil saya ke?" tanya Orked Haura lagi.

"Hm.. you pergi sendiri boleh? Nanti i share location. i nak siapkan kerja dulu. Sikit lagi."

Nah.. Itulah Emin Edryan. Dia yang ajak aku keluar lepastu suruh aku drive sendiri jumpa dia. Huh! Tak gentle langsung.

"Okey" jawab aku sepatah. Sakit hati!

Tut.. Tut.. talian dimatikan.

Orked Haura menuruni anak tangga dan melalui ruang tamu utama. Langsung tak ada senyuman pada wajahnya. Hatinya sakit mengenangkan perbualannya dengan Emin Edryan sebentar tadi.

"Tak guna punya boyfriend. Dia layan aku nak tak nak aje? Memang nak kena" sempat lagi dia membebel sorang-sorang di dapur.

Sofia yang sedang menonton tv itu berpaling. Memandang sahaja gerak-geri gadis itu. Dari sudut pandangannya, jelas kelihatan Orked Haura sedang panas hati.

"Kau dah kenapa?" jerkah Sofia dari arah ruang tamu.

"Si Emin tu lah. Buang tebiat ajak aku keluar masa ni. Dulu aku ajak, macam-macam alasan dia bagi. Dah tu, suruh aku drive sendiri pulak tu pergi jumpa dia. Eii.. ada yang makan kaki ni kang." Orked Haura menggepal-gepal penumbuknya.

"Entah-entah dia nak melamar kau tak?" Sofia meneka.

Orked Haura jadi kaku seketika. Benarkah? Kalau ya, apa reaksi dia nanti? Ah! Itupun kalau ya. Kenal benar dia dengan Emin Edryan itu. Setiap kali dia membuka topik pasal kahwin, ada sahaja lelaki itu membangkang. Kononya nak cari duit dulu, tak habis enjoy lagi. Macam-macam alasan.

"Kalau ya pun, aku terima ajelah. Ni kan satu langkah yang baik dalam hubungan kitaorang."

Sofia memekakkan telinga. Dia berpaling semula menghadap tv sambil menikmati cekedis di tangan.

Orked Haura berjalan ke pintu utama dan mencapai kunci kereta.

"Jangan lupa kunci pintu." pesan Orked Haura sebelum hilang dari muka pintu.

"Ye mak nenek!"

Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]Where stories live. Discover now