Cinta Bersaksikan Langit (BAB 5)

167 13 0
                                    

_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
Pagi itu, jam menunjukkan pukul 10.00 pagi. Orked Haura sibuk mengangkat beg baju sambil dibantu oleh Sofia. Sahabatnya itu tidak henti-henti buat drama air mata. Puas dipujuk. Sudahnya, dia membiarkan saja.

"Kau ni, aku nak pergi kerja lah. Bukannya nak pergi berperang. Yang kau beria melalak-lalak ni dah kenapa." Orked Haura memandang Sofia hairan. Sejujurnya dia juga tidak sanggup nak berjauhan dari sahabatnya. Tapi apakan daya, misinya perlu diteruskan.

"Kalau aku rindu nanti macam mana?" ujar Sofia dengan tangisan yang masih tersisa.

"Pergi je lah jumpa aku. Bukannya jauh pun. Entah-entah belum sempat punggung kau petak, dah sampai dah pun." mengekek dia ketawa.

"Yelah, apa-apa nanti call aku tau. Manalah tau kalau misi kau tu gagal." giliran Sofia pula ketawa.

Orked Haura mencebik. Gagal pun gagal lah. Yang penting aku dah cuba.

Kereta memecut laju meninggalkan kawasan perumahan itu. Dalam hatinya dia berdoa agar segala urusannya dipermudahkan.

Tiba sahaja di rumah itu, dia mengangkat beg galasnya masuk ke dalam. Kelihatan gadis semalam sedang menunggunya di muka pintu.

"Assalamualaikum," Orked Haura memberi salam.

"Waalaikumussalam, cik Orked" balas gadis itu sambil tersenyum. Manisnya.

"Cik Orked ikut saya, saya nak tunjukkan bilik." kata gadis itu lagi.

Orked Haura mengangguk. Dia mengikut sahaja langkah gadis itu sambil mata melilau mencari kelibat Emin Edryan. Minta dijauhkanlah dari bertembung dengan lelaki itu. Kalau tak, gagal lah misi dia nanti.

"Baiklah cik Orked, ini biliknya. Cik Orked kemas la dulu apa yang patut. Lepastu nanti cik Orked cari saya dekat depan tu" Gadis itu menyerahkan plastik yang masih cantik berbalut kepadanya.

Orked Haura memandang setiap sudut ruangan bilik itu. Boleh tahan. Normal lah kalau bilik orang gaji ni kecil sikit. Yang penting, ada ruang untuk dia solat. Itu pun dah cukup.

"Terima kasih.. Cik..?"

"Suraya. Panggil je Su. Saya PA Puan Sri." balas gadis itu ramah.

Orked Haura membalas senyuman. Muka cantik, perangai cantik, nama pun cantik. Untung siapa yang beristerikan dia nanti.

Setelah selesai berkemas, dia mencapai pula plastik yang diberi Suraya tadi. Dibuka perlahan-lahan plastik itu dan mengeluarkan isi dalamnya.

Oh.. barang untuk kemas rumah. Okey, letak tepi dulu yang itu. Dia bangkit dari katil dan melangkah keluar.

Merata dia mencari kelibat Suraya namun gadis itu tiba-tiba ghaib. Sudahnya, dia tunggu sahaja di ruang tamu yang luas itu.

"Cik Orked dah lama ke tunggu? Maaf, saya pergi tandas tadi." tegur Suraya yang baru muncul.

"Eh, tak apa. Saya baru aje siap kemas baju. Err.. cik Su nak suruh saya buat apa dulu?" tanya Orked Haura. Dia pun sudah tidak sabar nak mulakan kerjanya hari ini.

"Tak payah lah bercik-cik dengan saya. Panggil Su aje."

"Kalau macam tu, Su pun panggil saya Orked aje lah. Tak payah cik."

Suraya tersenyum seraya mengangguk.

"Jom Su kenalkan Orked dekat pembantu rumah yang lain. Dia orang pun dah tak sabar nak jumpa dengan Orked"

Orked Haura terkejut. Lah.. aku ingat aku sorang aje yang kerja dekat sini. Tapi, macam tak logik pulak rumah besar orang gaji sorang.

Seorang demi seorang pembantu rumah yang Suraya kenalkan padanya. Semuanya ramah belaka. Cuma adalah sorang dua yang kurang senang dengan kehadirannya. Period mungkin.

"Ha Orked, ini Mak Yam. Pembantu rumah yang paling lama bekerja dekat sini. Salah seorang favourite Maid Puan Sri. Sebab nama mereka sama." jelas Suraya.

Orked Haura menyalam tangan wanita yang sudah separuh abad itu. Tiba-tiba dada rasa sesak. Teringat pula akan arwah ibunya.

"MashaAllah, cantik orangnya." Mak Yam menyentuh lembut pipi Orked Haura.

Ya ALLAH, rindu arwah ibu. Aci tak kalau aku jadikan Mak Yam ni ibu aku?

Setelah berkenal-kenalan dengan semua orang, dia memulakan kerjanya. Disebabkan dia pekerja baru, dia dibantu oleh Mak Yam. Mak Yam pula ringan tangan membantunya. Biasalah Senior.

"Mak Yam, Orked nak tanya boleh?" ujar Orked Haura sambil tangannya lincah membasuh pinggan.

Mak yam mengangguk.

"Puan Sri tu garang tak?"

Terhambur ketawa Mak Yam. Dah kenapa? Lawak ke soalan yang aku tanya?

"Puan Sri tidaklah garang. Cuma dia tegas. Orked jangan risau, dia tak akan marahkan Orked kalau Orked tak buat salah. Kalau dia marah tu, mesti Orked ada buat silap." jelas Mak Yam.

Jangan risau, tak akan ada silap kalau Orked Haura yang buat. Bangga sekejap.

"Err.. suami Puan Sri mana?" tanyanya lagi.

"Puan Sri tu janda. Suami dia dah meninggal lapan tahu dulu."

Innalillah..

"Nasib baik Puan Sri ada dua orang anak lelaki. Boleh la juga tengok-tengokkan syarikat arwah suaminya. Yang si Emery, jaga Syarikat Arwah papanya dekat luar negara. Si Emin pula jaga Syarikat yang ada dekat sini" kata Mak Yam lagi.

"Emery tu siapa, Mak Yam?" eh, banyak tanya pula aku ni.

"Anak sulong keluarga ni. Dia sekarang ada dekat luar negara. Tengah uruskan hal syarikat dekat sana. Dengar cerita, dia balik esok atau lusa."

Orked Haura mengangguk-angguk. Dah macam burung belatuk. Jadi, Emery tu Abang kepada Emin? Kenapa Emin tak pernah cerita yang dia ada abang? Orked Haura mengeluh.

Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]Where stories live. Discover now