_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
Masa terus berlalu. Orked Haura sedang membersihkan meja makan dan mencuci pinggan yang kotor di dapur.Setelah selesai mengemas, dia berkira-kira ingin masuk ke bilik untuk menunaikan solat zohor. Semasa dia melalui ruang tamu, dia mendekati sofa.
Kelihatan Emery sedang tidur. Wajah kacak itu ditenung. Tiba-tiba bibirnya menguntum senyuman. Berbanding dalam potret, wajah lelaki itu kelihatan lebih tampan bila dilihat secara berdepan.
Eh! Tenung anak teruna orang pulak. Orked Haura cepat-cepat menepuk pipinya.
Bagasi milik Emery dibawa naik ke atas. Senang! Nama Emery dah terukir pada pintu. Tak adalah dia pening kepala mencari bilik lelaki itu dalam rumah yang keluasan macam 10 ekar ni.
Sebaik sahaja daun pintu dibuka, dia ternganga. Ni bilik ke apa? Baju bersepah atas lantai, katil pun tak kemas. Pengotor!
“Banyak la kerja aku lepas ni” keluh Orked Haura.
_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
Emery menggeliat. Terasa belakang badannya sakit. Mesti lama dia tidur atas sofa ni. Dia melihat bagasinya sudah tiada di situ. Mungkin mama sudah bawa naik ke atas.
Terus dia mencapai telefon bimbitnya dan menaiki tangga ke tingkat atas. Pintu biliknya dibuka perlahan. Akhirnya, bilik yang dirindui sudah berada di hadapannya.
Tapi ada sesuatu yang mengganggunya. Bilik dia bersepah teruk! Bau busuk pula tu. Ni mesti kerja Emin.
“Bertuah punya budak! Tunggu lah kau nanti.” gumam Emery.
Sambil bersiul, dia membuka satu demi satu butang baju. Dia mencapai tuala dan melangkah menuju ke bilik air.
Baru saja tangannya ingin membuka pintu bilik air, daun pintu terbuka. Terkejut kedua-duanya. Orked Haura ingin menutup pintu itu kembali. Namun, Emery lebih pantas. Dia terlebih dahulu menahan pintu dengan kakinya.
“Kau buat apa dalam bilik aku hah!” ujar Emery dengan suara keras.
Orked Haura serta merta menggigil ketakutan. Lagi-lagi melihat tubuh Emery yang tidak berbaju itu.
“Aku tanya, kau buat apa dalam bilik aku ni. Kau mencuri?” Soal Emery lagi.
Orked Haura menggeleng. Disebabkan kudrat wanitanya lemah, pintu tersebut gagal ditahan dan menyebabkan Emery dapat membuka pintu itu dengan luas.
Dia ingin melarikan diri namun, Emery dengan pantas melekapkan tangannya pada muka pintu. Jarak mereka yang hanya beberapa inci itu membuatkan dia jadi tidak keruan.
“Aku tak suka ulang soalan yang sama. Jawab cepat!” mata perang cair itu merenung gadis itu tajam.
“Sa.. saya.. Err..” Orked Haura jadi lemah satu badan. Tiada perkataan yang keluar dari mulutnya. Pandangan ditunduk ke bawah. Matanya mula berair.
Emery mendengus kasar.
“Dah la, pergi keluar. Lepas ni, jangan suka hati masuk bilik aku. Faham!” Ujar Emery dengan suara mendatar.
Orked Haura pantas mengangguk dan melangkah laju keluar dari bilik lelaki itu. Tanpa sedar, setitis air mata jatuh ke cerun pipinya.
Baru hari pertama kerja dah jadi macam ni. Esok, lusa apa pula yang harus dia berdepan?
_________.·:*¨༺ ༻¨*:·._________
“Uik, wajah yang pernah kukenali dulu sudah muncul di depan mata,” tegur Emin yang baru muncul di muka pintu utama itu.
Dah isyak baru reti nak balik!
Emery yang sedang menonton tv itu tersengih.
Emin menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan abangnya. Huluran tangan disambut. Pantas penumbuk melekat di perut Emin.
“Aduh.. sakit lah ****!” berkerut muka Emin menahan sakit. Dah la dia belum makan, balik-balik kena penumbuk petala ke-7. Celaka punya abang!
“Kau kacau bilik Aku siapa suruh. Itulah hukumannya.” ujar Emery selamba.
“Pinjam takkan tak boleh kut. Kedekut!” Emin mencebik.
“Nak pinjam buat cara nak pinjam. Bukan sepahkan bilik orang. Kalau dah tahu diri tu pengotor, jangan babitkan orang lain dengan kekotoran kau tu. sengal!” bebel Emery. Memang pantang betul dia kalau orang masuk bilik dia sesuka hati.
Tiba-tiba dia teringatkan Orked Haura. Apa tujuan sebenar gadis itu masuk ke biliknya? Hal itu masih lagi menjadi tanda tanya dalam fikirannya.
“Yelah, yelah. Lain kali aku tak kacau bilik kau yang terpaling bersih tu.” Emin menjeling.
Emery menjeling dia kembali.
“Kenapa balik?” Soal Emin.
“Rumah aku” balas Emery.
“Tck.. Rumah papa”
“Papa wariskan dekat aku”
Emin mengalah. Dia tahu kalau dia berdebat dengan Emery dia takkan menang.
“Yang kau dah kenapa isyak baru nak balik? Aku ingat kau dah lupa jalan balik rumah.” Emery memandangnya sambil kening terjongket.
“Kerja” jawab Emin sepatah. Dia masih setia berdiri di sebelah abangnya. Baru aje nak melepas rindu. Alih-alih kena bebel!
“Kerja menonggeng anak dara orang?” ujar Emery sinis.
Emin terkejut besar. Air liur terasa kesat di kerongkong. Nak telan pun rasa berpasir.
“Hish! Benda kau mengarut ni? Takkan la aku nak buat benda tu pulak. Agak-agaklah!” bahu Emery menjadi sasaran penumbuknya.
Emery ketawa besar.
“Bukan dulu kau buat benda tu ke? Takkan sekarang dah berhenti kut.” ujar Emery lagi. Kali ini betul-betul pedas. Dia tahu adiknya pernah ditangkap khalwat beberapa kali. Puas dia nasihat, tapi Emin tetap tak berubah.
Tahulah dia yang adiknya seorang ini bernafsu kuat. Dah tahap tak boleh kawal langsung! Penawarnya sekarang adalah doa.
Semoga adiknya mendapat hidayah dan tinggalkan perbuatan maksiat itu.
“Dah la, malas aku nak cakap pasal ni lagi. Aku lapar. Kau masak tak?” Soal Emin sambil mendekati meja makan. Kosong. Parah.. Aku dah la tengah kebulur ni.
“Dekat dapur. Melati masak tadi”
Emin berkerut. Dia menoleh semula memandang Emery.
“Siapa Melati?” soal Emin dengan muka blur.
“Orang gaji baru.” Emery tidak berniat untuk sertai adiknya. Dia ingin ke atas menunaikan solat isyak.
YOU ARE READING
Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]
RandomJika Cinta telah Berkata, Maka Hati kan Menerima. ORKED HAURA seorang gadis yatim piatu. Sedang dilamun cinta dengan Emin Edryan, dia sering diburu rasa curiga dengan gerak-geri teman lelakinya. Dia bertekad untuk menyamar sebagai pembantu di rumah...