Cinta Bersaksikan langit (Bab 15)

64 10 1
                                    

_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
   Emin mendengus kasar. Air syaitan diteguk dengan muka cemberut. Bunyi musik yang kuat itu langsung tak dihiraukannya. 

   Sakit hati dia mendengar Emery membebel pasal Orked Haura. Ingatkan hal yang lepas tu dia dah lupa. Alih-alih diungkit lagi.. lagi.. dan lagi. Semak!

     “Asyik nak menangkan perempuan tu aje! Macamlah bagus sangat.” Air syaitan di atas meja, sekali lagi diteguk.

     “You cakap pasal siapa Emin? Dari tadi I tengok you asyik bercakap sorang-sorang.” soal Natasha sambil memeluk erat Emin dari belakang.

     “Abang i tu lah. Tak habis-habis nak back-up ex-girlfriend i. Sakit hati dengar.”

     “Orked?”

   Emin mengangguk perlahan. 

     “I rasa abang you tu suka ex-girlfriend you la. Tengok la cara dia pertahankan perempuan tu lebih dari you. Padahal you adik dia.” ujar Natasha.

   Emin menggenggam penumbuknya. Memang nahaslah kau, Orked! Bayang-bayang hidup ni akan sentiasa menghantui hidup kau. Sampai bila-bila pun!

   Meja bar ditumbuk kuat. Dia bangkit dari kerusi dan melangkah laju ke luar Zouk dengan muka masam mencuka. Telefon bimbit dibawa keluar dari saku poket. Didail nombor seseorang.

     “Zach! Aku perlukan bantuan kau.”

   Dalam Zouk, Natasha tersengih. Sengaja dia menyimbah minyak pada api yang sedang marak. Memang dah lama aku nak tengok kau menderita, perempuan sial. Mungkin sekarang misi aku dah tercapai.

     “Aku dah menang, Orked. Aku dah lama menang. Emin will be mine, Forever!” Natasha ketawa jahat. Sampai terhenjut-henjut bahunya.


_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
   Emery duduk termenung di sudut restoran. Agak terpinggir daripada pelanggan-pelanggan yang lain. Sesekali dia mengerling jam di tangan. Sudah hampir 20 minit dia menunggu, orang yang ditunggu masih belum tiba.
  
   Air yang dipesannya juga sudah habis diminum.

    Jari diketuk-ketuk di atas meja tanda bosan. Dipandang sekilas sekumpulan gadis yang asyik tersengih-sengih memandangnya dari tadi. Pantang nampak orang handsome.

   Cuba kalau aku botak? Huh! jeling pun tidak.

     “Gedik” bibir dijuih ke depan.

     “Assalamualaikum, sahabat lama ku” tegur Shahrul yang muncul entah dari mana.

   Emery buat muka bosan. Ni lah orang melayu, janji pukul 8 tadi. Ni dah pukul 8.30.

     “You’re late. Kalau aku tau kena sidai lama macam ni, baik aku balik rumah. Tidur lagi bagus.” ujar Emery dingin.

   Terhambur ketawa Shahrul. 

     “Sorry Em, bini aku buat hal pulak dekat rumah. Tapi aku datang kan, bukannya tak datang langsung.” Shahrul mengangkat tangan, memanggil pelayan untuk membuat pesanan.

     “Kau nak makan apa-apa tak?” tanya Shahrul.

   Emery menggeleng. Tiba-tiba hilang selera makan. 

     “Sampai hati kau tak bagitahu aku yang kau dah balik Malaysia. Macam mana perniagaan dekat Zurich tu. Okay?” soal Shahrul. 

     “Just nice. Tapi aku tak puas hati dengan perniagaan dekat sini. Entah apa yang Emin buat sampai syarikat tu hampir jatuh muflis.” Emery mengeluh. Baru beberapa hari dia masuk pejabat, dah bertimbun masalah.

Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]Where stories live. Discover now