Cinta Bersaksikan Langit (Bab 17)

57 8 0
                                    

_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
Luluhnya hati Emery melihat mata Orked Haura yang bengkak akibat menangis.

Bayangkanlah.. sejak mereka dikejutkan dengan kedatangan lima orang pegawai agama, sehinggalah kes mereka selesai dilaporkan di balai polis ini, Orked Haura tak henti-henti menangis. Dia sudah hilang kata mahu memujuk gadis itu.

Shahrul sudah berada di balai polis untuk menjaminnya pulang. Oleh kerana Puan Sri Maryam masih berada di Pahang, terpaksalah dia meminta Shahrul datang untuk mengikat jaminnya.

Entah apa reaksi Puan Sri Maryam nanti kalau berita ni sampai ke telinga dia. Niatnya mahu membantu, tak sangka pula boleh jadi macam ni. Kepala yang berdenyut diurut perlahan.

"Ni saya nak nasihatkan sikit. Apa yang berlaku ni, jadikan ia sebagai pengajaran untuk kamu berdua. Jangan diulang lagi perkara maksiat ni. Balik ni segeralah buat solat sunat taubat. ALLAH tu Maha Pengampun." Pesan Ustaz Syam yang mengetuai kumpulan pencegah maksiat itu.

Emery hanya mengangguk. Malas nak memanjang-manjangkan cerita. Selepas 'dicekup' tadi, sudah puas dia menerangkan hal yang sebenar. Tapi langsung tak dilayan.

Sudahnya, dia diam sahaja. Buang masa mempertahankan diri, tapi tetap akan didakwa juga.

Orked Haura lebih suka membisu dan kerap menangis. Hatinya hancur lebur. Mengenangkan arwah ibu dan ayahnya, dia bertambah pilu.

Ayah.. Ibu.. maafkan Orked. Orked gagal jadi anak yang baik. Orked dah kecewakan ibu ayah. Orked minta maaf. Air mata yang mengalir dibiarkan tanpa menyekanya.

Melihat pegawai-pegawai agama tadi sudah berlalu dari situ, Emery memandang Orked Haura yang masih tunduk menekur lantai.

Pakaian gadis itu sudah bertukar dengan pakaiannya yang basah tadi. Kesian Orked.

"Thanks Shah. Aku tak tahu nak buat apa kalau kau tak ada." Emery memandang pula Shahrul yang masih setia berdiri di sampingnya.

Dia sudah memberitahu Shahrul yang dia dan Orked tidak bersalah, cuma belum sempat terangkan dengan lebih terperinci. Kemudian sajalah.

"Tak apa, Em. Aku faham." Shahrul menepuk lembut bahu sahabatnya. Dia tahu semua ini berpunca daripada Emin. Terkilan benar dia dengan sikap Emin. Sanggup Emin menganiaya abangnya sendiri.

"Orked.. Aku.. aku.. Minta maaf. Aku tak ada..."

"Cukup!" tegas suara Orked Haura walaupun perlahan. Langsung tak dipandang wajah Emery. Dia benci dengan Emery. Dia akan jadi bahan umpatan orang. Orang akan mencacinya. Ni semua disebabkan Emery!

Emery mengeluh perlahan. Gadis itu langsung tak nak dengar perkataan maaf darinya. Dia sanggup membawa Orked Haura lari dari hotel itu. Dia sanggup meredah hujan semata-mata ingin membawa Orked jauh daripada Emin.

Dia buat semua tu sebab.. Sebab.. Dia sayangkan Orked. Entahlah.. Tapi itulah yang dia rasa.

Beberapa minit kemudian, Sofia masuk ke dalam balai polis dengan wajah gusar. Sebaik sahaja dia melihat wajah Orked Haura, air matanya jatuh berderai.

"Kenapa kau buat aku macam ni, Orked." Sofia mendakap gadis itu sambil teresak-esak. Betapa terkejutnya dia mendapat panggilan daripada pegawai polis yang Orked Haura berada di balai kerana kes khalwat.

Semakin lebat air mata Orked Haura apabila terpandang wajah Sofia. Rasa bersalah menyerbu dirinya ketika ini. Kalau lah dia dengar cakap Sofia, semua ni takkan berlaku.

Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]Where stories live. Discover now