Cinta Bersaksikan Langit (BAB 6)

172 13 0
                                    

 _________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________ 
   Emery Edrean keluar dari kereta Ford Mustang hitam miliknya. Kediaman yang dirindui sepanjang tempoh dia berada di luar negara di hadapan, direnung dengan rasa penat, tapi puas. Bagasinya ditarik masuk ke dalam rumah.

   Sempat lagi dia menjeling ke kolam ikan lalu tersenyum nipis.

     “Assalamualaikum manusia yang diberkati ALLAH..” ucap Emery.

   Tiada jawapan. Mana penghuni-penghuni dalam rumah ni?

   Emery menuju ke ruang tamu dan meletakkan bagasinya di atas sofa. Sambil melabuhkan punggung, dia mengurut belakang tengkuknya. Penat betul.

   Dia baru dapat berehat selepas penerbangan dari Zurich. Konon nak buat kejutan dekat semua orang. Alih-alih seorang pun tak ada!

   Tiba-tiba dia terhidu bau wangi dari arah dapur. Perutnya mula berkeroncong. Ni mesti Mak Yam. Bau sedap ni tak lain tak bukan, masakan Mak Yam lah.

     “Mak Yam! Buatkan saya kopi!” dia malas pergi ke dapur. Jadi, dia memanggil saja Mak Yam dari ruang tamu. Macam biasa. 

   Di dapur, pergerakkan Orked Haura terhenti mendengar suara itu. Kedengaran suara garau milik lelaki. Emin kah? Minta-minta lah jangan. Tapi kalau Emery, Mak Yam kata dia balik esok atau lusa. Jadi siapa?  

   Beberapa minit kemudian, Orked Haura melangkah ke ruang tamu. Bukan main terkejut lagi dia. Betul lah, Emery yang memanggil tadi.

   Walaupun dia belum pernah jumpa, tapi dia kenal sebab potret yang tergantung kemarin. Rupanya lelaki yang berdiri di samping Emin itu adalah Emery.

     “Ni kopi yang Tuan minta tadi” Orked Haura meletakkan cawan di atas meja berdekatan dengan lelaki itu.

   Emery segera menoleh ke arah gadis itu dengan dahi berkerut.

     “Kejap. Kau bukan Mak Yam. Orang gaji baru ke?” soal Emery, mahukan kepastian.

     “Ya, baru masuk kerja hari ni.” balas Orked Haura.

   Emery memandang gadis itu atas bawah. Macam mana perempuan lawa macam ni boleh kerja maid? Hairan!

     “Mana Mak Yam?” soal Emery lagi.

     “Pergi pasar.” jawab Orked Haura, ringkas.

     “Okey, Thanks for the coffee. Nanti dah siap masak tolong hidang pada aku kat luar.” arah Emery. 

   Orked Haura mengangguk menerima arahan dari majikannya. Baru beberapa langkah, Emery memanggilnya semula.

     “By the way, orang gaji..”

   Suara garau itu kedengaran lagi di telinganya. Deras dia menoleh ke belakang. Dilihatnya anak mata perang cair itu sedang merenungnya tajam dengan kening terangkat sebelah.

     “Apa nama kau?” soal Emery.

   Orked Haura menggigit bibir. Nak bagi nama betul ke samaran? Eh, tapi apa bezanya?

     “Orked”

     “I see. Teruskan memasak, Orked.” ujar Emery sebelum menoleh semula membaca surat khabar Sinar Hariannya.

   Orked Haura terus berlalu ke dapur. Nafas perlahan-lahan dilepaskan.

     “Em dah balik? Tak bagi tahu mama pun?” kedengaran suara Puan Sri Maryam dari arah tangga. 

   Emery yang mendengar itu segera menoleh. Oh ada orang rupanya. Tadi bukan main senyap.

     “Tadi lagi ma. Em bagi salam tak ada siapa pun jawab. Nasib baik ada orang gaji baru tu.” Emery mencebik.

     “Oh, jadi Em dah jumpa ye orang gaji baru tu? Okey tak dia layan Em? Manalah tau kalau dia makan gaji buta ke.” Puan Sri Maryam melabuhkan punggung di sebelah Emery. Ditatap anaknya penuh kerinduan. Dah 2 tahun dia menanggung rindu terhadap anak sulungnya itu.

     “Not bad. Dari pandangan Em, dia okey je dan tak nampak macam orang makan gaji buta pun.” Emery mengambil tangan Puan Sri Maryam lalu dikucupnya perlahan. Hilang segala rindu yang terbeban selama ini.

     “Baguslah kalau macam tu. Mama naik atas dulu ye. Nak solat zohor. Kamu tu jangan buat-buat lupa pulak.” pesan Puan Sri Maryam.

     “Mama tak nak makan dulu ke”

     “Tak apalah, Em. Mama makan kejap lagi. Lepas solat mama ingat mama nak lelap kejap. Nanti kamu ajaklah Mak Yam teman kamu makan ye.” tanpa berlengah lagi, Puan Sri Maryam mendaki anak tangga meninggalkan anak lelakinya sendirian di ruang tamu.

   Emery mengeluh. Dia tahu mamanya masih tenggelam dengan kesedihan selepas arwah papa pergi. Tapi tak sangka pula masih berlarutan sampai sekarang.



_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________

     “Melati! Sini kejap.” Panggil Emery.

   Orked Haura segera menoleh ke arah ruang tamu. Siapa Melati? Setahu aku, pembantu dalam rumah ni tak ada yang nama Melati.

   Tanpa menunggu, Orked Haura menapak ke ruang tamu. 

     “Tuan panggil saya ke?”

     “Ye lah. Siapa lagi Melati dalam rumah ni?” Emery merenungnya tajam.

     “Tapi.. saya Orked” Orked Haura menggaru kepala yang tak gatal. Emery ni cepat lupa kut.

     “Tck.. sama aje. Makanan aku dah siap? Aku dah lapar ni.”

   Ee.. dah la panggil aku Melati. Lepastu buat muka tak bersalah. Muka seposen aje aku tengok. Gomol kang baru tau. 

     “Dah Tuan, saya dah hidang atas meja makan.” ujar Orked Haura sambil mata melilau memandang sekeliling. Takut Emin tiba-tiba muncul. Habislah dia nanti.

   Emery segera bangkit dari duduknya dan melangkah ke meja makan sambil melipat lengan kemeja ke siku. Matanya tiba-tiba terpaku pada hidangan Tomyam yang masih panas itu. Nampak sedap.

   Dah lama dia tak merasa masakan Tomyam Puan Sri Maryam. Kali terakhir dia makan masa dia melangkah keluar dari rumah ini 2 tahun lalu. Kalau nak cari dekat luar negara tu jangankan jumpa, bau pun tidak. 

     “Kau masak semua ni?” Soal Emery.

   Orked Haura mengangguk perlahan. Siapa lagi yang ada dekat dapur tu selain dia? Soalan Emery ni pun boleh tahan bengap juga.

     “Well then, kau kena teman aku makan.” ucap Emery selamba.

   Orked Haura tercengang. Kau ingat kau budak kecik ke nak teman-teman bagai. Ish! Tak kuasa.

     “Kenapa saya pulak?” soal Orked Haura tak puas hati.

     “Ikut jelah. Kau ni banyak soal pulak. Aku pecat nanti baru tahu. Duduk makan!” ujar Emery sambil menyendok nasi untuknya. 

   Orked Haura terus melabuhkan punggung di kerusi berhadapan lelaki itu. Gerun juga dia mendengar perkataan ‘pecat’ tu.

   Tapi.. tak apa ke aku makan dengan dia ni? Silap-silap kang kena marah dengan Puan Sri Maryam. Aduh.. buat hal betul lah Emery ni!

     “Hmm.. Sedap”

   Orked Haura terkejut lalu memandang lelaki itu.

     “Betul sedap?” soal Orked Haura sambil tersenyum lebar.

   Emery terus menyuap nasi ke dalam mulut. 

     “Boleh tahanlah. Aku memang lapar, jadi tawar mana pun masakan ni, boleh dikira sedap.”

   Orked Haura mencebik. Baru je nak bangga orang puji masakan dia.

Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]Where stories live. Discover now