_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
Pagi itu, mereka sarapan bersama. Seperti biasa, ada saja yang tak kena di mata Puan Sri Maryam. Tak habis-habis membebel.
Lagi-lagi pasal accident semalam. Dia tak henti-henti menyalahkan Orked Haura. Baginya, Orked Haura lah punca Emery kemalangan.
Walaupun Emery sudah menceritakan hal yang sebenar, Puan Sri Maryam masih tak percaya. Sudahnya, dia mendiamkan diri. Penat melayan perangai Mamanya.
Orked Haura memandang wajah Suaminya. Tumpah rasa kasihannya bila terpandang luka di bibir Emery.
"Mak Yam tau kan apa nak kena buat esok?" Puan Sri Maryam bersuara tegas.
"Tau Puan Sri.." Mak Yam mengangguk lemah.
"Buat apa Ma?" Emery memandang Mak Yam dan Puan Sri Maryam silih berganti. Macam ada yang tak kena.
"Mama pecat semua pembantu rumah ni. Mama tak nak ada orang tu goyang kaki jadi Mem besar dalam rumah ni. Semua benda orang kena buat untuk dia. Sakit hati aje tengok!"
Terkejut besar mereka berdua. Lagi-lagi Orked Haura. Dia tahu orang yang dimaksudkan Puan Sri Maryam itu adalah dia. Ya ALLAH.. kesiannya Mak Yam. Mak Yam kena pecat sebab aku!
"Astaghfirullah Ma.. sampai hati mama kan? Cuba mama fikir, kalau dia orang tak kerja dekat sini, kat mana lagi dia orang nak dapat punca rezeki?" Emery mengeluh. Kesal dengan perangai Mamanya.
"Em diamlah. Keputusan Mama muktamad. Tak ada bangkangan!" Puan Sri Maryam bangkit dari kerusi dan terus berlalu ke tingkat atas. Hilang terus selera makannya.
"Mak Yam.. Orked minta maaf. Orked punca Mak Yam kena pecat." ujar Orked Haura menahan sebak.
"Jangan cakap macam tu. Orked tak salah apa pun. Mungkin Puan Sri masih marah dengan apa yang berlaku. Tak apa, Mak Yam terima."
"Mak Yam cubalah pujuk Mama. Mana tahu kalau dia tiba-tiba ubah fikiran?"
"Tak boleh, Orked. Mak Yam takut. Kalau Puan Sri dah cakap macam tu, kita kena ikut. Jangan tambahkan lagi masalah."
"Tapi.."
"Dah Orked. Tak apa, Mak Yam pun dah tua. Dah sampai masa Mak Yam berehat, jaga cucu-cucu Mak Yam dekat kampung. Duduk sini pun, Mak Yam asyik rindukan mereka aje."
Orked memandang pula Emery di sebelah, cuba meminta bantuan.
Emery seakan-akan mengerti. Dia menggeleng perlahan. Apa yang Mak Yam katakan tadi betul.
Hati mamanya bukanlah selembut sutera atau sekeras kerikil, namun apa yang dia sudah putuskan, kena terima dengan hati terbuka.
Orked Haura tertunduk lemah. Cepat sahaja air matanya bergenang di pelupuk mata. Ya ALLAH.. macam mana aku nak berpisah dengan Mak Yam, wanita yang aku dah anggap seperti Ibu sendiri.
_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
Sementara menunggu Emery, Orked Haura sempat membaca novel di ruang tamu. Itu hobinya. Sambil-sambil berangan dengan hero dalam novel itu.
Kalaulah Emery seperti watak hero dalam novel ni, betapa untungnya dia. Ini tidak, perangai macam budak OKU! Menyakitkan hati aje.
"Alah, barang murah biasalah. Dah kena tebuk tupai lah katakan"
Orked Haura terdengar bisikan suara sumbang menyindirnya dari arah belakang. Dia tahu siapa.
"Bukan murah tu, barang free." sampuk yang lagi sorang.
YOU ARE READING
Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]
RandomJika Cinta telah Berkata, Maka Hati kan Menerima. ORKED HAURA seorang gadis yatim piatu. Sedang dilamun cinta dengan Emin Edryan, dia sering diburu rasa curiga dengan gerak-geri teman lelakinya. Dia bertekad untuk menyamar sebagai pembantu di rumah...