_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
"Awal balik?" Sofia mengangkat kening memandang Orked Haura yang baru melangkah masuk ke dalam rumah itu.Tapi dia pelik, muka Orked Haura nampak sembab. Macam baru lepas menangis.
"Kau okay tak ni? Emin ada buat apa-apa yang tak elok dekat kau ke?" tanya Sofia cemas. Dia bingkas bangun dari sofa dan merapati Orked Haura.
Orked Haura masih membisu. Keluhan berat perlahan-lahan dilepaskan. Dia melangkah longai ke arah sofa dan duduk bersandar lesu.
"Aku rasa hubungan kitaorang ni satu kesilapan." setelah lama dia mendiamkan diri akhirnya dia bersuara.
"Apa maksud kau?"
"Entah la. Aku rasa tak bahagia dengan Emin. Dah puas aku tanam cinta aku untuk dia tapi macam tak ada hasil." Orked Haura mengeluh lagi.
"So, hubungan 4 tahun ni semua sia-sia ajelah?"
Orked Haura angkat bahu. Sia-sia? Mungkin ya. Selama 4 tahun mereka mencipta hubungan, belum pernah lagi dia merasa bahagia.
Cuma terkadang tu, ada la juga dia rasa Emin melayannya dengan baik. Tapi rasa bahagia tu langsung tak ada. Ibarat macam layanan itu sebatas adik-beradik aje.
"Jadi, apa keputusan kau? Nak break off?"
"Emin mesti tak setuju. Lagipun aku tengok dia tu macam ada sesuatu yang dia tengah sorokkan daripada aku." Orked Haura memuncung mulutnya.
"Maksud kau?"
"Entah la. Aku rasa macam ada benda yang tak kena dengan dia tu. perangai dia dah tak macam dulu. Dia lebih banyak berahsia dengan aku."
Sofia terdiam seperti memikirkan sesuatu.
"Apa kata kau siasat dia. Mana lah tahu kalau dia betul-betul ada hubungan dengan perempuan lain ke." cadang Sofia.
Menarik. Tapi aku nak mula dari mana? Kalau tersilap langkah nanti, mati aku.
"Kalau kau tolong aku boleh?" Orked Haura mengedip-ngedip matanya. Minta simpati.
"Malas lah. Aku tak nak masuk campur hal korang. Nanti kena tuduh bersubahat pulak." ujar Sofia sambil melangkah ke dapur.
Orked Haura jadi mati kutu. Puas dia memikirkan jalan yang terbaik dalam hubungannya. Sampai nak pecah otak.
Sofia kembali semula ke ruang tamu bersama 2 gelas fresh oren di tangan. Satu diletakkan di atas meja, satu lagi diambil bersama.
"Kau kan tak ada kerja, pergi lah cari kerja."
Ah! Kerja. Orked Haura tiba-tiba mendapat idea. Entah bernas atau tidak. Tapi belum cuba belum tahu.
"Terima kasih sahabatku," Orked Haura mencium pipi Sofia dan terus berlari naik ke bilik. Wajah dia pun dah bertukar ceria.
Sofia terpempan. Tak faham dengan tingkah laku Orked Haura yang tiba-tiba itu. Tadi bukan main murung, sekarang ni lain pulak. Cepat betul gadis itu berubah.
Dalam bilik, Orked Haura sedang duduk di meja kerja sambil menghadap laptop. 2 jam juga dia duduk di situ berperang dengan otak.
Nak buat resume pun susah. Tapi.. kerja ni mintak resume ke? Entah-entah SPM pun dia tak mintak.
Orked Haura meletakkan kepala di atas meja. Entah sejak bila dia terlelap. Bangun-bangun aje dia terdengar sayup-sayup azan maghrib sedang berkumandang.
Dilihat jam di dinding. Pukul 7.30. Lama juga dia tidur.
"Orked! Bangun solat maghrib!" Suara Sofia kedengaran kuat dari tingkat bawah memanggilnya.
"Ya, aku dah bangun!" sahutnya.
Tanpa berlengah lagi, dia terus bangkit menuju ke bilik air. Niatnya ingin mandi, tapi sifat malas menghantui dirinya lagi. Esok ajelah.
Selepas mengambil wuduk, dia terus menunaikan solat maghrib.
Selesai sahaja solat, dia duduk berteleku sebentar di atas sejadah. Peristiwa Emin Edryan curang masih segar dalam ingatannya. Mujur dia mempunyai hati yang nurani. Peluang kedua diberikan buat Emin. Lelaki itu pun sudah berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Disebabkan hal itulah dia sering berasa curiga terhadap teman lelakinya.
Orked Haura mencapai telefon bimbitnya. Nombor Emin Edryan didail.
Lama dia menunggu lelaki itu mengangkat panggilannya. Setelah itu, terdengar suara memberi salam di hujung talian. Dia menjawab salam.
"Hey, Orked. Ada apa you call i?"
Orked Haura pelik. Emin buat apa sampai termengah-mengah ni? Takkan joging kut.
"Awak okey tak ni? Berat semacam aje saya dengar awak bernafas. Awak sakit ke? Dah pergi klinik?" Orked Haura soal macam-macam. Risau sangat nampaknya.
"No, I'm fine. Err.. Ada apa you call i, Orked?"
"Saja. Saya nak berbual dengan boyfriend saya. Tak boleh ke?" Orked Haura tersenyum. Tawar!
"Bukan tak boleh. I ada kerja lagi ni. Kan i dah cakap nanti i call." Suara Emin Edryan bertukar nada. Tegas. Marahkah?
"Yelah, saya minta maaf sebab ganggu awak. Tapi saya cuma nak tanya awak dah makan ke belum. Tadi tak sempat nak tanya." Orked Haura menjuihkan bibir.
Diam. Tiada respon dari lelaki itu. Masih marahkah?
"Emin, awak dengar tak saya cakap ni? Hello?" Orked Haura memandang skrin telefon. Ada lagi mamat ni. Tapi kenapa tak jawab?
"Y-Ya, saya dengar. Kan boleh aje awak chat saya." balas Emin Edryan setelah lama berdiam diri.
"Yelah, kalau macam tu awak kerja lah dulu." Orked Haura mengalah. Risau juga kalau tiba-tiba timbul pergaduhan.
Tut.. talian segera dimatikan.
Tersentak Orked Haura. Teruknya Emin! Sebelum ni tak pernah pun dia buat macam tu. Kenapa tiba-tiba ni?
Emin Edryan memandang kosong telefon bimbitnya. Keluhan berat dilepaskan. Dia tahu perbuatannya tadi melukakan hati Orked Haura.
Dipandang wajah Natasha yang sedang tersengih di sebelahnya.
"Sayang, you can't do that. Kalau girlfriend i dengar macam mana?"
"Bukan masalah i." Natasha buat muka tak bersalah. 'Aku dah menang, Orked. Your boyfriend will be mine!' getus Natasha dalam hati.
Emin Edryan meliriknya atas bawah dengan senyuman tipis. Biasalah kalau lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam bilik. Nafsu lelakinya senipis tisu.
"Well then, you akan dihukum atas perbuatan you tadi tu. We're not done yet" ujar Emin Edryan dengan wajah nakal.
Natasha langsung tidak menunjukkan wajah takut. Sebaliknya dia memberikan lirikan menggoda kepada lelaki itu. Akhirnya mereka sama-sama tenggelam dalam kenikmatan.
YOU ARE READING
Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]
RandomJika Cinta telah Berkata, Maka Hati kan Menerima. ORKED HAURA seorang gadis yatim piatu. Sedang dilamun cinta dengan Emin Edryan, dia sering diburu rasa curiga dengan gerak-geri teman lelakinya. Dia bertekad untuk menyamar sebagai pembantu di rumah...