_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
Orked Haura sedang bersiap. Dia menilik dirinya di cermin. Cantik! Mata bundar itulah yang menambahkan lagi keserian wajahnya.Setelah berpuas hati, dia mencapai beg tangan lalu menuruni anak tangga. Semasa menjejakkan kaki ke ruang tamu, dia tidak nampak kelibat Sofia.
Jam menunjukkan pukul 9.00 pagi. Mungkin Sofia dah pergi kerja. Tanpa berlengah lagi, dia keluar dari rumah dan mengunci pintu. Setelah itu, keretanya laju memecut ke lokasi pertamanya hari ini. Tak sabar!
Sampai sahaja di destinasi, dia memandang ke setiap sudut rumah berwarna kuning itu. Mak ai.. Mewah betul rumah dia.
Dalam gambar semalam tak ada lah cantik mana. Sekali tengok depan-depan, dah macam Rumah Agam. Besar gila!
Tapi tak hairanlah kalau penghuninya merupakan pengarah syarikat yang terkenal.
Dalam takut-takut, dia melangkah masuk ke dalam rumah itu dengan debaran di dada. YA ALLAH, permudahkanlah urusan aku hari ini. Doanya dalam hati.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk, dia mengamati setiap sudut ruangan rumah itu. Rasa nak menangis aje.
Perabot-perabot di susun rapi. Berkilat-kilat pula tu. Potret besar yang tergantung di dinding itu ditatap dengan senyuman di bibir. Dia kenal dengan insan yang berada di dalam itu. Emin Edryan!
"Sebab saya sayang awaklah saya buat macam ni, Emin." ujarnya perlahan.
Sedang dia menatap Potret itu, dia terpandang lelaki yang juga berada dalam potret itu. Boleh tahan kacak juga mukanya.
"Cik buat apa dekat sini?" muncul satu suara dari belakangnya.
Kus semangat. Nasib baik dia tak buka silat petala ke-7 dekat situ. Kalau tak buat malu aje.
"Err.. katanya ada kerja kosong dekat sini. Jadi, saya nak mohon" kata Orked Haura.
"Kalau macam tu, ikut saya." Gadis ayu bertudung labuh itu mesra melayannya. Tak tahu lagi siapa namanya.
Orked Haura tidak membantah. Dia mengikut sahaja gadis itu, ke mana pun dia tak tahu. Mungkin house tour?
"Cik tunggu sini kejap ye, saya masuk jumpa Puan Sri." Gadis itu terus melangkah masuk ke sebuah ruangan. Macam bilik kerja.
Puan Sri? Nampak macam orang atasan ni. Okey, Orked. Bertenang. Tinggi mana pun jawatan dia, dia tetap manusia biasa. Cuma kena lebih hormatkan dia.
Beberapa minit kemudian, gadis tadi keluar semula.
"Cik silalah masuk. Puan Sri Maryam ada dekat dalam."
Tanpa berlengah lagi, dia melangkah masuk ke ruangan tersebut. Dia terpandang sosok wanita yang sedang membelakanginya.
"Assalamualaikum, Puan Sri." Orked Haura memberi salam.
Wanita dalam lingkungan 50-an itu berpusing menghadapnya. Langsung tiada senyuman pada wajah tua itu. Tak ada mood kot.
"Duduk" ujar Puan Sri Maryam, tegas.
Orked Haura mengambil tempat di hadapan Puan Sri Maryam. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di atas kerusi.
"Puan Sri nak tengok resume saya?"
"Tak perlu. Setakat kerja ni, saya cuma nak tahu pengalaman sahaja."
Orked Haura mengangguk. Nafas ditarik dalam-dalam sebelum memulakan bicaranya.
_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
Kereta memecut laju pulang ke rumah dengan senyuman yang tidak pernah lekang di bibir. Tak sangka! Akhirnya tuhan kabulkan doanya.
Bermula esok, dia akan berpindah ke rumah mewah itu. Biarlah orang kata kerja dia dipandang rendah sekalipun. Janji halal! Itu yang penting.
Tak jauh mana pun, 30 minit memandu sahaja dia sudah sampai di rumah.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah, dia terhidu bau dari arah dapur. Sedap!
Tapi.. siapa yang masak? Sofia bukan dah pergi kerja ke? Bulu roma tiba-tiba terpacak. Janganlah ada sosok lain dalam rumah ni.
Dia perlahan-lahan melangkah ke dapur. Debaran di dada semakin kencang apabila kaki sudah menjejak lantai dapur.
Hah!
"Sofia? Bukan kau pergi kerja ke? Macam mana kau boleh ada dekat sini? Atau.. kau bukan Sofia." Tubuh badan Orked Haura serta merta mengeras. kaku tidak bergerak.
"Apa kau mengarut ni? Hari ni kan hari Ahad. Mana ada orang nak kerja." Sofia menepuk bahu gadis itu. Kuat! Nasib baik tak tercabut bahunya.
"Habistu, kenapa kau tak ada masa aku keluar tadi? Aku ingat kau pergi kerja" soal Orked Haura sambil menggosok bahu. pedih juga rasa.
"Aku pergi pasar lah beli barang dapur. Tu lah kau, tengok lagi cerita karut. Kan dah terikut sama."
Orked Haura mencebik. Memang dia suka pun tengok cerita seram daripada tengok cerita cintan-cintun yang entah apa tu.
"Kau pergi mana tadi? Awal betul keluar jumpa Emin." Soal Sofia ingin tahu.
"Mana ada aku jumpa dia. Aku pergi cari kerja lah." ujarnya dengan suara malas.
Mata Sofia terus bersinar-sinar.
"Dapat ke?"
Aku hanya angguk. Cukuplah dia faham. Tak perlu cakap banyak.
"Betul ke ni, Orked? Kau kerja apa?" nada Sofia kedengaran gembira sekali.
"Maid"
Terus mati senyuman Sofia yang lebar tadi. Tahu sangat dia kenapa Sofia berubah begitu.
"Sumpah la, Orked? Kau demam ke apa ni?" Sofia meraba-raba wajah Orked Haura. Tak panas pun.
"Ish! Aku okey. Dengar la aku cerita dulu."
Orked Haura memaut lengan Sofia dan membawanya ke ruang tamu.
"Sebenarnya, semalam aku tiba-tiba terfikir idea tu lepas kau cakap pasal kerja. So, aku cadang nak menyamar jadi maid dekat rumah Emin. Nak korek satu-satu rahsia dia. Aku dah buat keputusan. Kalau betul dia ada betina lain, aku fade up." jelas Orked Haura sambil mengepal penumbuknya.
"Geliga jugak otak kau ni. Tapi kau yakin ke Emin tak nampak kau nanti? Duduk serumah tu tak mungkinlah tak bertembung." Sofia menayang riak tidak percaya.
Orked Haura terdiam seketika.
"Yang itu, pandai-pandai aku lah nak cover nanti." jawabnya perlahan.
Dia sendiri pun tak pasti dengan apa yang dia buat. Betul juga cakap Sofia. Mustahil aku tak bertembung dengan Emin. Padahal duduk bawah satu bumbung.
"Ikut kau lah. Aku sokong je apa yang kau buat. Aku harap dalam hubungan kau orang ni ada baiknya. Mustahil 4 tahun ni semua tak ada hasil."
Orked Haura sekadar mengangguk. Jika ini jalan yang terbaik, dia rela mengambil risikonya. Biarlah nampak bangang sekalipun, dia tak kesah.
YOU ARE READING
Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]
RandomJika Cinta telah Berkata, Maka Hati kan Menerima. ORKED HAURA seorang gadis yatim piatu. Sedang dilamun cinta dengan Emin Edryan, dia sering diburu rasa curiga dengan gerak-geri teman lelakinya. Dia bertekad untuk menyamar sebagai pembantu di rumah...