_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
Malam itu, Emery tak boleh lelapkan mata. Mungkin sebab perutnya terlalu penuh dengan makanan.Jam di dinding dikerling. Baru pukul 1.00 pagi. Sudahnya, dia turun ke tingkat bawah dan mendekati sofa. Remote TV dicapai.
Cerita yang ditayang di TV langsung tak menarik minatnya. Dia menoleh pula ke arah pintu yang berdekatan dengan dapur itu. Bilik Orked Haura.
"Si Melati tu dah tidur ke belum? Cerah semacam aje bilik"
Baru sahaja dia ingin bangun, pintu utama rumah diketuk. Pelik. Siapa pulak yang datang malam-malam buta ni? Tak tahu ke sekarang masa orang tengah tidur?
Pintu sekali lagi diketuk. Tapi kali ini ada orang beri salam. Okay, dia dah tahu siapa punya kerja yang ketuk pintu tengah-tengah malam ni.
Tombol dipulas. Pintu dibuka seluas-luas alam. Tepat tekaannya!
"Hai.. Kata pergi holiday? Takkan setengah hari aje." Emery memeluk tubuh.
"Alamak! Aku ingat pembantu rumah yang buka pintu. Hm.. kantoi dah, sayang" Emin membuka kasut dan melangkah masuk ke dalam rumah.
Sayang? Emery memandang Emin pelik. Lepas tu baru dia perasan ada seorang perempuan mengikut langkah Emin dari belakang. Suka hati aje masuk rumah orang.
Terkebil-kebil matanya memandang perempuan itu. Dari atas sampai bawah. Hui.. seksinya. Ni betul-betul menggoda sampai naik katil ni. Detik hati Emery.
"Siapa ni, Emin?" soal Emery dengan wajah berkerut.
"Girlfriend aku. Kenapa?"
"Kau gila? Bawa masuk perempuan asing sesuka hati. Kau ingat apa? Rumah ni tempat untuk bermaksiat?" suara Emery mula meninggi.
Emin mendengus kasar.
"Suka hati aku lah! Kau tak payah nak menyibuk." Emin menarik tangan gadis itu untuk ke tingkat atas.
"Stop, Emin! Samaada kau halau perempuan tu keluar, atau aku sendiri yang humban. Ingat, kalau aku yang buat lagi teruk dia kena!" ugut Emery sambil mengepal penumbuknya.
"Aku dah cakap, just mind yourself! Aku tahu apa yang aku buat. Jom sayang" Emin melangkah lagi menuju ke tangga.
"Aku cuma-" Belum sempat Emery menghabiskan kata-kata, dia melihat Orked Haura berdiri tak jauh dari mereka.
"Jadi betullah..." Suara Orked Haura tersekat-sekat menahan sebak.
Emin terkedu. Perlahan-lahan dia menoleh memandang empunya suara itu. Hampir gugur jantungnya melihat Orked Haura. Kenapa dia di sini?
Genggaman tangan perempuan itu pantas dilepaskan. Dia melangkah mendekati Orked Haura. Lutut terasa lemah, namun dipaksa juga untuk berjalan.
"S..Sayang, you buat apa dekat sini? K..Kenapa you datang sini malam-malam?" Emin jadi gugup bila mata coklat gadis itu menikam pandangannya.
"Sayang, jangan macam ni. I.. I dengan dia cuma kawan. Kita orang datang sini nak siapkan kerja untuk pembentangan esok."
Kerja? Kerja dalam bilik? Dengan pakaian perempuan tu seksi nak mampos!
"Tak ada guna awak berdalih, Emin. Saya nampak dengan mata saya sendiri. Sampai hati awak curang dengan saya!" Nafas Orked Haura turun naik dengan laju. Antara marah dengan sedih. Tangannya sudah terketar-ketar. Mahu saja lelaki itu ditamparnya.
YOU ARE READING
Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]
RandomJika Cinta telah Berkata, Maka Hati kan Menerima. ORKED HAURA seorang gadis yatim piatu. Sedang dilamun cinta dengan Emin Edryan, dia sering diburu rasa curiga dengan gerak-geri teman lelakinya. Dia bertekad untuk menyamar sebagai pembantu di rumah...