_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
"Nama dia Sofia, kawan Orked" ujar Shahrul sebaik sahaja turun dari kereta.Emery menoleh memandang Shahrul dengan muka kosong.
"Yang kau bawa anak kau sekali ni dah kenapa? Bini kau tak marah?" Soal Emery bila terpandang Rayyan yang sedang tidur dalam dakapan Shahrul. Nampak nyenyak pula tu tidurnya.
"Show off" Shahrul tersengih.
Emery menjeling sebelum menoleh semula ke hadapan.
"Kau.. Sofia? Kawan Orked?" soal Emery kepada Sofia yang sedang berdiri di hadapannya.
Sofia mengangguk. Tak silap aku, mamat-mamat la ni yang dekat balai haritu. Apahal pula dia orang datang awal-awal pagi ni?
"Aku Emery. Aku yakin Orked ada cerita pasal aku dekat kau."
Sofia memandang lelaki itu atas bawah. Memang betul lah apa yang Orked cerita, mata perang cair tu boleh buat orang jatuh cinta!
Tapi dia tertanya-tanya siapa lelaki dibelakang Emery. Muka pun boleh tahan. Siap bawa budak lagi. Mungkin anak saudara?
Untung kau Orked, ada dua jejaka tampan yang ambil berat pasal kau. Detik Sofia dalam hati.
"Ya, memang Orked ada cerita. Tapi, kau orang buat apa dekat sini?" Soal Sofia dengan muka berkerut.
"Look, apa yang aku cerita ni, aku harap kau percaya. Aku tak reka cerita. Sumpah!"
"Yalah, apa bendanya. Cerita ajelah!" kata Sofia. Baran pula dia melihat Emery tak buka cerita lagi.
Emery memandang jauh ke langit. Lalu dia menceritakan kronologi peristiwa pada malam itu.
Melopong mulut Sofia mendengarnya. Antara percaya atau tidak. Shahrul pun tumpang mendengar. Kelmarin dia hanya mendengar ringkasan cerita Emery. Kali ini, Emery menceritakan keseluruhan isi cerita. Barulah dia faham jalan cerita sebenar.
"Astaghfirullah.." Sofia menekup mulut. Betul ke apa yang dia dengar ni? Kalau betul, memang teruk betul perangai Emin.
"Maknanya sekarang ni, aku nak tau keadaan Orked. Dia okay ke?" Tanya Emery.
Sofia menggeleng.
"Langsung tak okay. Dari semalam dia tak makan. Asyik menangis aje. Lagipun dia tengah demam tu."
Emery melepaskan keluhan berat.
"Dah pergi klinik?"
Sofia menggeleng lagi.
"Kau ambil ni, tolong bawa dia pergi klinik. Please.." Emery menghulurkan RM300 kepada Sofia.
"Lagi satu, kau boleh tolong aku?" Emery memandang Sofia dengan harapan permintaan dia diterima.
_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
"Kau macam mana? Tak okay lagi ke?" Sofia memegang dahi Orked Haura. Masih panas. Tapi keputusan klinik tadi menunjukkan gadis itu cuma demam biasa. Syukur alhamdulillah.
Orked Haura terbatuk-batuk. Rasa perit tekaknya mahu menelan air liur.
"Jom turun, aku ada buatkan bubur." Sofia menarik tangannya. Nak tak nak, dia terpaksa menurut.
Dia melabuhkan punggung di atas kerusi meja makan. Bau bubur yang masih panas itu menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Sedap!
"Bubur apa ni?" Soal Orked Haura.
YOU ARE READING
Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]
RandomJika Cinta telah Berkata, Maka Hati kan Menerima. ORKED HAURA seorang gadis yatim piatu. Sedang dilamun cinta dengan Emin Edryan, dia sering diburu rasa curiga dengan gerak-geri teman lelakinya. Dia bertekad untuk menyamar sebagai pembantu di rumah...