Cinta Bersaksikan Langit (BAB 9)

223 13 1
                                    

_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________   
   Jam menunjukkan pukul 1.00 pagi. Bunyi perut berkeroncong membangunkan dia dari tidur. Tiba-tiba rasa lapar. Ni mesti sebab tak makan tadi. Tapi siapa nak teman aku makan?

   Nak tak nak, dia kena turun juga. Perut dah berbunyi untuk kali kedua minta diisi. Dia segera memulas tombol pintu bilik dan menuruni anak tangga sambil memegang perut.

   Sebaik sahaja kakinya memijak lantai dapur, dia bertembung dengan Orked Haura. Nasib baik dia sempat brek, kalau tak mesti dah terlanggar sesama mereka.

     “Buat apa dalam gelap ni? Kenapa tak buka lampu?” Soal Emery sambil melangkah ke suis utama. Suis ditekan, susana dapur terus menjadi terang benderang. Dia melihat Orked Haura masih lagi kaku berdiri disitu. Dah macam patung.

     “Aku tanya, kau buat apa dekat sini. Dalam gelap pulak tu. Buat-buat tak dengar pulak” Emery memandang gadis itu atas bawah. Baru dia perasan pakaian gadis itu agak nipis. Patutlah duduk dalam gelap.

   Bentuk tubuh Orked Haura yang cantik itu menghiasi pandangannya. Selagi dia bernama ‘Lelaki’, nafsu terhadap wanita itu masih wujud.

   Orked Haura merenung anak mata Emery. Jelas lelaki itu sedang memandang susuk tubuhnya. 

     “Tengok apa yang syok sangat tu?” Orked Haura menjeling Emery yang masih setia memandangnya.

     “Tck, tak berbaloi pun untuk aku tengok body kau” Emery berpaling ke arah lain. Cuba untuk menyembunyikan wajahnya yang sudah merah.

   Huh! Dasar lelaki mata perogol! 

   Orked Haura melangkah masuk ke dalam bilik menyarung sweater dan kembali semula ke dapur. Kalau dia tenung aku lagi siap lah!

   Tapi silap dia juga. Siapa suruh pakai baju nipis tengah malam buta ni. 

     “Tuan nak makan ye? Kalau macam tu, saya masak la kejap. Lauk tadi dah habis.” ujar Orked Haura sambil melangkah ke peti ais. Tapi aku nak masak apa? Setakat untuk Emery sorang, baik aku rebus mi segera aje.

   Emery tidak menunjukkan sebarang riak. Cuma dia pelik, tadi punyalah seperiuk lagi tinggal. Tup-tup dah habis. Ni mesti kerja Emin. Pelahap macam bela saka!

     “Tak payah la. Biar aku masak. Kau duduk diam teman aku makan kejap lagi.” kata Emery sambil mengambil alih tempat Orked Haura berdiri. Ditolak gadis itu perlahan dengan sikunya agar berganjak sedikit.

   Orked Haura akur. Tapi, takkan aku nak duduk termenung macam tunggul aje kat sini.

     “Sini lah saya tolong. Buatnya Puan Sri muncul kejap lagi cakap saya makan gaji buta pulak.” 

   Macam lah aku tak dengar kau mengumpat aku dengan Puan Sri Maryam petang tadi. Huh!

     “Tolong la kalau nak.” ujar Emery sambil tangannya lincah memotong bawang.

   Orked Haura melangkah ke singki untuk membasuh sayur. Dikerling Emery disebelah dengan anak mata.

   Tengok dari caranya pun dah boleh agak yang dia reti memasak. Not bad, ada ciri-ciri suami idaman. Orked Haura tersengih.

     “Lawak sangat ke rupa sayur tu sampai tersengih-sengih macam kerang busuk. Dah la buat kerja macam siput. Macam mana lah mama boleh hired kau ni” Emery merenung gadis itu sebelum menoleh kembali memotong bawang.

    Orked Haura menjuih bibir. Tak ada siapa yang upah. Aku sendiri yang sukarela.

     “Buat kerja macam siput,” Ajuk Orked Haura perlahan dengan mulut senget ke kiri dan ke kanan, terencat.

     “Aku dengar” Mata perang lelaki itu sekali lagi menusuk tajam ke dalam retina matanya.

   Orked Haura buat tak tahu. Dia menyambung semula kerja membasuh sayur, abaikan pandangan mata lelaki itu.

   Pasta yang siap dimasak itu dihidang atas meja. Macam biasa, dia kena teman budak kecik ni makan. Kalau tak nanti sunyi. Perli Orked Haura dalam hati.

   Satu kali suap. Boleh tahan.

   Dua kali suap. Lain macam.

   Tiga kali suap. Sedap!    

     “By the way, Melati..”

     “Orked”

   Emery mengetuk kepala. Kenapalah aku asyik lupa nama dia ni. Mungkin lebih senang ingat kalau panggil sayang?

     “Yes, Orked. Kenapa kau pilih untuk jadi Maid?” soal Emery tiba-tiba.

   Soalan itu membuatkan Orked Haura tersedak. Dada perlahan-lahan diurut sambil nafas ditarik panjang.

     “Kenapa tanya?”

     “Saja. i just wonder if kau ada udang disebalik batu.” Ujar Emery sambil menyuap pasta ke dalam mulut.

   Kenapalah tekaan lelaki ni tepat-tepat belaka. Lama-lama rasa curiga pula.

     “Tak ada udang disebalik batu pun. Saya cuma nak kerja, cari duit. Sara hidup sendiri. That’s all

     “Glad to hear that. Tapi aku tengok kau macam boleh pergi jauh.” Emery mengangkat muka memandang wajah di hadapannya. Pinggan yang kosong ditolak ketengah sedikit.

     “Shah Alam dah cukup jauh bagi saya. Jauh dari kampung halaman, jauh dari ibu ayah.” Ujar Orked Haura dengan suara mendatar. Tiba-tiba rasa sebak di dada.

   Emery bersahaja. Walaupun bukan itu yang dimaksudkannya, tapi dia perasan mimik muka gadis itu berubah.

     “Dah tahu rindu, kenapa tak balik dekat ibu ayah kau?”

   Lelaki itu bersandar pada kerusi. Merenung gadis itu hairan.

   Orked Haura mengeluh perlahan. Kemudian dia bangkit dari duduknya.

      “Tuan dah siap makan kan. Pergilah naik berehat. Dah lewat ni.” Dia melangkah ke dapur sambil membawa pinggan-pinggan tadi untuk dibasuh. Dibiarkan soalan Emery tadi tak terjawab.

   Emery menurut langkah gadis itu ke dapur. Dia mendekatkan wajahnya ke telinga gadis itu.

     “You don’t answer my question yet, Melati” bisik Emery.

   Suara garau yang menusuk ke dalam telinga itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. Terasa bahang lelaki itu melekat pada bahagian belakang tubuhnya.

   Dekat sangat! Orked Haura menjauh beberapa tapak ke tepi. Pinggan yang sudah siap dicuci disimpan di rak. Cepat-cepat dia ingin mengatur langkah ke biliknya.

   Baru saja beberapa melangkah, Emin muncul dari pintu dapur dengan muka mamai. 

   Bak halilintar menyambar Orked Haura. Raut wajahnya sudah bertukar pucat lesi. Lemah segala urat saraf dalam badannya.

Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]Where stories live. Discover now