_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
Setelah hampir 20 minit memandu, dia tiba di sebuah restoran yang agak ramai penghuninya. Kalau diikutkan lokasi yang diberi lelaki itu, memang ini lah tempatnya. Not bad, high class punya restoran.Perlahan-lahan dia mengatur langkah menuju ke dalam restoran tersebut. Tiba-tiba pandangannya teralih ke suatu arah. Emin!
Tapi siapa pula perempuan yang duduk disampingnya itu? Ah! Teman wanita barunya kah?
Hish! Orked. Jangan buat andaian dulu. Dia mengatur langkah menuju ke arah mereka berdua. Nafas ditarik sedalam-dalamnya.
"Hai.. mesranya" Orked Haura sedaya upaya tersenyum. kelat!
Emin memandang gadis itu sambil tersengih. Macam lah dia tak tahu yang gadis itu sedang berpura-pura aje.
"Hey, Orked. Kenalkan, ini Natasha. Dia kawan sekerja i. Kebetulan i tunggu you tadi, terserempak dengan dia." jelas Emin.
"Tasha, meet my beautiful girlfriend, Orked." sambungnya lagi.
Masing-masing berjabat tangan acuh tak acuh.
"Oh, you ada girlfriend ke? Tak pernah cerita dekat i pun?" Natasha menjeling sekilas Orked Haura di sebelah lelaki itu. Cantik, tapi muslimah sangat. Tak matching. Natasha mencebik.
"Well, I'm speechless to answer that. Tapi, buat apa i nak bagitahu orang lain. Kita orang bahagia dengan cara kita orang sendiri. Betul tak sayang?" balas Emin sambil memandang wajah Orked Haura di sampingnya.
Orked haura sekadar mengangguk. Dijeling perempuan itu atas bawah. Huh! Pakaian tak cukup kain ada hati nak sailang boyfriend aku. Muka aje lawa, perangai macam.. Astaghfirullah, Orked!
"Good to hear that. Kalau macam tu, i gerak dulu lah. Banyak lagi kerja yang tunggu i dekat ofis tu." Natasha mula bangkit dari kerusi. Matanya tak henti-henti melirik Orked Haura.
Cucuk mata tu baru tau!
"Okay, see you again," ujar Emin dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
Natasha keluar dari restoran itu dengan wajah bengang.
"Ugh! Kacau la. Aku ingat dia single-mingle. Rupanya dah berpunya. Tak ada taste pulak tu. Perempuan macam tu pun dia suka. Ew.." Natasha memandang semula ke dalam restoran.
"Well, aku akan dapatkan dia walau apa cara sekalipun." Natasha tersenyum sumbing.
Orked Haura melihat Emin sambil menggumam mulutnya. Bukan main mesra lagi. Sedar tak kau tu boyfriend aku!
"Okay, see you again, bye! Bla bla.." Orked Haura mengajuk semula kata-kata Emin tadi dengan suara perlahan. Tapi malang, lelaki itu mendengarnya.
"Don't be jealous. Dia cuma kawan kerja i aje." Emin mengenyit mata.
"Please lah.. Saya tak jealous pon." Orked Haura mengalih pandangan ke tempat lain. Mengelak daripada mata mereka bertemu.
"Jadi, you tak kesah kalau i ada perempuan lain?" soal Emin Edryan sambil menjongketkan kening.
Diam. Tiada respon daripada Orked Haura. Gila aku tak cemburu! Kau tu boyfriend aku kot.
"Not sure. Tapi kalau betul awak ada perempuan lain, kita break up."
Emin terdiam.
"So, ada apa awak nak jumpa saya ni?" Orked Haura mengubah topik.
Emin menongkat dagu atas meja. Matanya merenung dalam anak mata gadis di hadapannya. Orked Haura jadi serba tak kena.
Dah kenapa pulak mamat ni. Dalam takut-takut, dia membalas renungan lelaki itu."Kenapa i nampak you lebih tua dari i ek?"
Puih! Haram betul. Aku ni punya la berdebar-debar ingatkan dia nak melamar aku. Harey punya jantan!
"Nampak tua? Excuse me, man. Awak ni saja nak sakitkan hati saya ke apa." nafas Orked Haura turun naik dengan laju. Marah benar nampaknya.
"Chill, girl. I saja je usik you. You nampak adorable bila marah. I suka."
Serta-merta hatinya kembali sejuk. Nasib baik kau puji balik. Kalau tak, ada yang makan kaki nanti.
"Kita duduk sini je ke? Tak nak pergi jalan-jalan? Kata nak dating" Orked Haura mencebik.
"Nope. i nak spend time dengan you macam ni aje. Borak-borak. Dah lama kita tak berbual macam dulu. Kadang-kadang i kesian juga dekat you ni. I asyik busy kerja sampai tak ada masa dengan you. Teruk betul i ni" Emin Edryan ketawa kecil.
YA ALLAH! Selama ni aku curiga dengan dia. Kata dia ada perempuan lain. Curang belakang aku. Tapi hakikatnya dia sibuk dengan kerja.
Berdosanya aku tuduh dia macam-macam. Orked Haura rasa simpati pula pada teman lelakinya.
Baru sahaja hendak bersuara, telefon bimbit milik Emin berdering. Belum sempat dia melihat nama yang tertera pada skrin, Emin sudah mencapai telefon tersebut dengan pantas.
"Excuse me for a while, I nak jawab call kejap." Emin Edryan berlalu ke tandas.
Perlu ke jawab call dalam tandas? Sampai nak lari bagai. Orked Haura mencebik. Fikir positif aje lah. Mungkin pasal kerja. Kot?
Ah! Otak. jangan la fikir yang bukan-bukan. Emin tak macam tu. Aku kenal dia.
5 minit berlalu, Emin muncul semula dengan tisu di tangan.
"Sorry Orked, I have to go. You datang sini drive sendiri kan? So, better you balik dulu."
Hah? Dia suruh aku balik? Baru 30 minit kut aku dekat sini. Orked Haura memandangnya minta penjelasan.
"I tahu you marahkan I. Tapi, ini panggilan dari rumah. Mama sakit and I have to go." Emin memandang gadis itu dengan perasaan serba salah.
Orked Haura akur. Dia bangkit dari kerusi dan mengatur langkah bersama lelaki itu.
"Nanti I call you ye. Bawa kereta elok-elok." Emin menghadiahkan senyuman manis, tapi macam tak ikhlas aje tengok.
Orked Haura mengangguk. Dia terus melangkah dan memasuki perut kereta.
Keluhan berat dilepaskan.
Kenapa aku tak pernah rasa bahagia dengan Emin? Adakah hubungan kami ini satu kesilapan?
*Vote cikit. Thank you! ily!*
YOU ARE READING
Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]
RandomJika Cinta telah Berkata, Maka Hati kan Menerima. ORKED HAURA seorang gadis yatim piatu. Sedang dilamun cinta dengan Emin Edryan, dia sering diburu rasa curiga dengan gerak-geri teman lelakinya. Dia bertekad untuk menyamar sebagai pembantu di rumah...