_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
“Emery Edrean.”
Emery yang sedang bermalas-malasan di atas katil itu, menoleh perlahan.
“Hm” jawab Emery.
Dia tahu bila Emin memanggil nama penuhnya, pasti disebabkan sesuatu yang serius. Tapi dia tak nak ambil tahu. Tak penting!
“Kau tak rasa ke perangai kau beberapa hari ni agak…”
“Cool?” pintas Emery.
“Cool acik kau. Annoying gila!”
Emery tersengih. Mata masih menatap telefon bimbitnya.
Emin mendekati katil dan langsung merebahkan diri di sebelah Emery. Syiling putih direnung kosong.
“Along,”
“Hm”
“Bila kau dah tawar hati dengan perempuan tu kan, apa kau akan buat?” Soal Emin. Bucu baju Emery ditarik dengan jarinya.
“Apa maksud kau tawar hati?” Emery menyoalnya semula.
“No feeling, No love, something like that? Come on bro, takkan kau tak tahu kut” Emin berkerut.
“Entah, aku mana pernah bercinta.” Emery kembali menghadap telefon bimbitnya. Malas melayan soalan adiknya yang entah apa-apa tu.
Emin menggaru kepala yang tak gatal. Pelik memikirkan abang yang seorang ini.
“Sedihlah kau ni!” Emin menepuk bahu Emery kuat hingga telefon bimbit yang dipegang tadi tersembam atas muka.
Pok! Kepala Emin diketuk dengan siku.
“Aduh! Pecah tengkorak aku. Kau ni, main kasar nampak!” Mencerlung dia memandang abangnya.
“Kau main kasar tak apa pulak. Aku tak kira, salah tetap salah!” Bantal yang berada di tangannya di libas ke muka Emin. Tepat!
Emin pula tidak mahu mengalah. Bantal yang dia buat tidur tadi diambil dan di libas ke muka Emery. Malangnya, Emery lebih pantas mengelak serangannya.
Maka, tercetuslah perang bantal antara Emery dan Emin.
Ketika itu Orked Haura sedang menunaikan solat Zohor. Setelah selesai, dia duduk sebentar atas sejadah. Teringat peristiwa semalam.
Lelaki itu langsung tak perasan kehadirannya di situ. Rupanya Emin tidur berjalan. Tabiat dia kah? Dalam diam dia ketawa.
Tapi apa yang mengganggunya ialah Emery. Lepas Emin muncul di pintu dapur, Emery menarik lengannya mendekati tubuh badan sasa itu. Menyembunyikan dia dari dilihat Emin.
Tapi kenapa? Emery dah tahu kah? Ah! Tak mungkinlah dia tahu.
Bunyi telefon menyedarkan dia dari lamunan. Pantas dicapai telefon bimbit yang berada tidak jauh darinya itu.
“Assalamualaikum, Pia.” Orked Haura memberi salam.
Sofia menjawab salamnya dengan nada ceria. Seronok nampak.
“Macam mana kerja dekat sana? Okay? Kau jumpa Emin tak?” soal Sofia.
“Overall okay. Emin pun ada je dekat rumah, tapi aku tak terserempak lagi dengan dia. Cuma..” Orked Haura berfikir sekejap. Nak cerita dekat Sofia ke pasal semalam? Rasanya tak perlu kot.
“Cuma apa?” Sofia masih menunggu Orked Haura bersuara.
“Tak ada apalah. Tapi kau nak tahu tak, Emin sebenarnya ada abang.”
Sofia bersahaja. Mungkin itu penting bagi Orked, tapi tak penting bagi dia.
“Abang Emin? Handsome tak? Kalau handsome boleh la aku try” Sofia bergurau.
Orked Haura tertawa. Minah ni, pantang betul! Ada je perangai buaya dia.
“Not bad, handsome la jugak. Lagi-lagi mata perang cair dia tu. Lama-lama kau tenung boleh jatuh cinta tau.” ujar Orked Haura dengan ketawa yang masih tersisa.
“Habistu kau jumpa hari-hari dengan dia tak jatuh cinta ke?”
Aku? Jatuh cinta dengan Emery? Huh! Jauh langit dari bumi lah.
“Hish kau ni! Takkan aku nak jatuh cinta dengan majikan aku pulak. Agak-agaklah. Lagipun aku tengok dia tu macam dah berpunya aje. Tak mungkinlah orang yang handsome dan hot macam dia tak laku.” ujar Orked Haura tersengih.
“Kau dapat tangkap tak Emin tu ada betina lain?” soal Sofia tiba-tiba.
“Err.. belum” Orked Haura mengeluh perlahan. Perbualan antara Emery dengan Emin yang dia dengar haritu pun masih belum kukuh untuk mengatakan yang Emin curang.
“Kau rasa, salah ke aku buat macam ni? Kerja semata-mata nak menghendap boyfriend sendiri.” Tanya Orked Haura dengan suara mendatar. Entah kenapa dia tiba-tiba rasa menyesal dengan apa yang dia buat sekarang.
Terdengar Sofia mengeluh di hujung talian.
“Bagi aku tak salah. Sebab kau buat semua ni untuk hubungan kau dan juga diri kau. Kalau aku jadi kau pun, mungkin aku akan buat perkara yang sama. Aku tahu kau buat semua ni sebab kau tak nak kecewa untuk kali kedua. Tapi aku nak pesan awal-awal. Bila kau dapat tahu yang Emin ada perempuan lain, balik pada aku. Aku tak nak disebabkan kau kecewa, kau buat benda bodoh pada diri kau” ujar Sofia panjang lebar.
Orked Haura tersenyum. Untung dia mempunyai sahabat seperti Sofia. Selalu mengambil berat pasalnya.
“Kau janganlah risau. Selagi aku bersujud pada Allah, aku takkan buat perkara bodoh tu walau putus cinta sekalipun. Tak berbaloi.”
“Yelah, Apa-apa call aku tau. Kau panggil, aku datang. Kau tak panggil pun aku nak datang jugak.” Sofia ketawa terkekeh-kekeh.
Orked Haura juga ikut sama ketawa. Selepas masing-masing sudah mengucap salam, dia berkira-kira untuk menyambung kerjanya di dapur.
Disebabkan Mak Yam sudah pulang ke kampung, makin bertimbunlah kerja yang dia kena hadap.
Sebaik sahaja pintu terbuka, dia melompat terkejut. Diurut dadanya perlahan-lahan. Ya ALLAH, aku ingat jembalang mana lah tiba-tiba muncul tadi.
Dia melihat Emery sedang terpacak di hadapan pintu sambil merenungnya dengan wajah keruh. Macam nak telan orang aje.
“T..Tuan nak makan ke? Nanti saya masakkan. Saya baru lepas solat tadi” Orked Haura mengalih pandangan ke tempat lain. Tak berani bertentang mata dengan lelaki itu. Tajam macam bilah sabit!
“Tell me the truth, Melati. I heard everything!” suara Emery perlahan namun masih kedengaran tegas.
Orked Haura memandangnya tak berkelip. Badan tersandar lemah ke pintu. Dah kantoi? Bodohnya aku!
YOU ARE READING
Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]
RandomJika Cinta telah Berkata, Maka Hati kan Menerima. ORKED HAURA seorang gadis yatim piatu. Sedang dilamun cinta dengan Emin Edryan, dia sering diburu rasa curiga dengan gerak-geri teman lelakinya. Dia bertekad untuk menyamar sebagai pembantu di rumah...