Cinta Bersasikan Langit (Bab 21)

61 9 0
                                    

_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
   Air mata Orked Haura menitis perlahan sebaik sahaja Emery melafazkan akad nikah dan saksi mengatakan sah. Ya, kini dia sah sebagai isteri Emery Edrean.

   Disaksikan oleh Sofia, Shahrul, Puan Sri Maryam, Suraya, Mak Yam, Tok Imam, Pak Han dan pembantu rumah yang lain. Tapi dia tak nampak pula kelibat Emin. Biarlah, malas dia nak fikir.

   Dia segera menyeka air mata apabila Emery mahu menyarungkan cincin ke jarinya. Dan majlis selesai begitu saja. Tiada jamuan.

     “Tahniah Orked. Aku doakan kau bahagia hingga ke jannah. Amin..” Sofia menyalami tangan gadis itu.

   Orked Haura cuba tersenyum, walaupun terasa pahit.

     “Terima kasihlah sudi datang temankan aku. Kau memang kawan terbaik yang aku ada.” Dia memeluk Sofia dengan erat.

     “Tapi Orked.. Apa yang membuatkan kau nekad terima lamaran Emery? Kau tak cerita lagi dekat aku.”

   Orked Haura menarik nafas panjang.

     “Aku mimpi ibu ayah. Dalam mimpi tu, dia orang kata yang aku kena terima takdir. Mungkin dah tertulis jodoh aku dengan Emery.”

   Sofia mengangguk faham.

     “Ibu kata, cinta boleh dipupuk asalkan aku terima dia seadanya. Dari pertemuan yang singkat tu aku mula terfikir, takkan aku nak terus hidup bergantung pada kau. Kau pun mesti akan berkahwin dan tinggalkan aku lepas ni.” ujar Orked Haura dengan wajah suram. 

     “Alhamdulillah.. Aku bahagia dengar kau cakap macam tu. Aku yakin Emery boleh bahagiakan kau. Kau jaga diri baik-baik tau. Aku balik dulu.” Sofia meminta diri.

   Orked Haura menghantar pemergian Sofia dengan wajah sayu. Kini, dia keseorangan. Menanti drama yang bakal berlaku pada hari-hari seterusnya.  

    Kala dia menyarung kasut, Emery datang menghampirinya dari arah belakang.

     “Awak nak balik dah ke? Tak nak salam mama dulu?”

   Orked Haura menoleh. Pertama kali dia melihat Emery memakai baju melayu dengan bersampin. Nampak kacak pula. Tapi.. sejak bila si Emery pandai ber ‘awak-awak’ ni? Semalam bukan main ‘aku’ ‘kau’. Detik hatinya.

     “Oh.. sounds weird ek? Tapi saya rasa mulai dari sekarang, saya akan belajar cakap lembut dengan awak. Yalah, takkan nak cakap kasar kut dengan isteri saya?” Emery tersengih.

     “Manalah tahu harini saya awak, esok-esok abang sayang.. Kan?” ujar Emery lagi. Kalini siap dengan ketawa. 

   Makin sakit hati Orked Haura mendengar Emery ketawa. Entah apa yang lelaki itu merapu. Siapa tah nak panggil dia abang. Huh! Tak teringin!

     “Masuk la dulu, salam Mama. Jom saya teman”

   Aduh.. Apa la agaknya reaksi Puan Sri kalau dia jumpa aku? Kena tunjal lagi ke? Tolonglah jangan. 

   Orked Haura jadi kecut perut mengenangkan peristiwa di balai polis kelmarin. Dia sendiri terkejut Puan Sri Maryam menerkamnya secara tiba-tiba. Main kepala pula tu. 

     “Jom.. saya ada, jangan risau” Emery tanpa segan silu menggenggam tangan isterinya dan melangkah semula masuk semula ke dalam masjid.

   Sambil berjalan, Orked Haura memandang Emery sekilas. Selamba je pegang tangan orang. Dia tak tau ke aku masih marah dengan dia?   

   Dalam beberapa tapak lagi, dilihat Puan Sri Maryam sedang merenungnya tajam. Begisnya muka. Langsung tak tersenyum. 

     “Kalau Em tak tarik dia tadi mesti dia tak nak pun jumpa dengan Mama. Dah buat dosa kan. Orang yang banyak dosa ni dengan bayang-bayang sendiri pun takut. Itulah dia orang yang hidup penuh dengan dosa maksiat!” Puan Sri Maryam mengeraskan suara walau nadanya perlahan.

     “Mama ni.. Memanglah dia tak nak jumpa dengan mama kalau mama marah-marah tak tentu pasal macam ni. Cuba senyum sikit, ni kan hari bahagia Em.” Emery menggenggam tangan Puan Sri Maryam erat.

     “Em bahagia, tapi mama tak! Mama ingat mama boleh tengok Em kahwin dengan perempuan pilihan mama. Tapi dengan pelacur ni juga yang Em nak!” Puan Sri Maryam memandangnya dengan perasaan jijik. Marah benar nampaknya.

     Ya ALLAH.. Aku digelar pelacur dengan mak mertua sendiri? Serendah itukah martabat aku pada dia? Orked Haura mula berasa sebak.

     “Enough Ma! Em dah tak nak dengar apa-apa lagi dari mama. Mama juga yang suruh Em kahwin dengan dia kan? Sekarang tiba-tiba pula kata nak tengok Em kahwin dengan perempuan lain. Tolonglah hormat isteri Em ni.”

     “Em suruh Mama hormat dia? Hei! Mama ni lebih tua dari dia tau. Sepatutnya dia yang kena hormat Mama. Ini tidak, muka Mama pun dia tak pandang. Macam tulah pelacur, mana ada adab.”

     “Dahlah.. Em tak nak tinggi-tinggi suara dekat Mama. Nanti Em berdosa. Kalau Mama hormat orang, insha’ALLAH Orang pun akan hormat Mama. Dan lagi satu Em nak ingatkan Mama, jangan panggil isteri Em pelacur!” selesai berkata-kata, Emery menarik tangan Orked Haura keluar dari masjid. Lama-lama dia duduk dekat situ boleh naik hantu!

     “Tapi.. saya belum salam Mama lagi” Orked Haura bersuara.

     “Salam dekat rumah aje”

   Orked Haura hanya mengikut. Gerun pula dia melihat muka cemberut Emery. Dengan Mama sendiri pun Emery nak bertekak. Ya ALLAH.. Macam manalah hidup aku dalam rumah Emery nanti?    

     “Awak jangan simpan sangat apa yang Mama cakap tadi. Orang kalau marah, macam-macam boleh keluar. Maafkan dia ya?” Emery mengelus-elus lembut tangan Orked Haura.

   Orked Haura berkerut. Heleh.. Siapa kata aku simpan kata-kata tadi? Langsung tak! Orked Haura menjeling Emery sebelum masuk ke dalam perut kereta.

     “Hai.. tadi Mama jeling aku. Ni dia pulak yang menjeling. Hari jeling-menjeling ke apa hari ni?” bebel Emery sendiri.

Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]Where stories live. Discover now