_________.·:*¨༺ ༻¨*:·.__________
Orked Haura duduk di birai katil sambil termenung. Fikirannya berserabut. Sebenarnya tadi dia terdengar perbualan antara Emin dengan Emery. Apa maksud Emery tentang ‘kerja menonggeng anak dara’ tu?Arghh.. Bukan! Bukan! Emin takkan buat macam tu. Nakal mana pun Emin, dia tak akan buat perkara terkutuk tu. Minta dijauhkan.
Sedang dia termenung, terdengar suara pintu diketuk. Orked Haura bangkit dan mendekatkan telinganya pada muka pintu. Ingin tahu siapa yang datang bertandang. Mana tau kalau Emin yang mengetuk pintu itu.
“Orked, boleh Mak Yam masuk kejap?”
Fuh! Nasib baik Mak Yam yang ketuk. Daun pintu dibuka perlahan. Matanya terarah ke arah ruang tamu. Kosong. Nafas ditarik panjang. Lega!
“Ada apa Mak Yam?”
“Mak Yam nak tumpang letak barang dekat bilik Orked boleh? Esok Mak Yam ambil semula.” Mak Yam menunjuk beberapa plastik yang berada di tangannya.
“Boleh Mak Yam. Tapi.. Barang apa tu?” soal Orked Haura ingin tahu.
Mak Yam tersenyum.
“Barang untuk cucu-cucu Mak Yam. Lusa Mak Yam nak balik kampung.” jelas Mak Yam.
Orked Haura mengangguk sambil tersenyum. Alahai.. Seronoknya rasa ada keluarga.
“Orked nak tanya Mak Yam boleh?”
Mak Yam angguk memberi izin dia bertanya.
“Emery tu memang mengada eh? Petang tadi dia suruh Orked teman dia makan. Orked ni takut Puan Sri marah aje. Lepastu tiba-tiba ugut nak pecat Orked.” Orked Haura mogok. Rasa macam tengah mengadu dekat ibu pulak.
Mak Yam tersenyum senang.
“Dulu, Tan sri yang selalu teman Em makan. Kalau ada Em dekat meja makan, mesti ada Tan sri sekali. Katanya, tak selesa makan sorang-sorang. Sunyi. Lepas Arwah Tan sri meninggal, dia dah jarang makan. Kalau dia nak makan pun, kalau tak Puan Sri, dia akan ajak Mak Yam. Boleh dikatakan itu tabiat dia lah. Orked jangan risau. Memang Puan Sri benarkan sesiapa saja teman dia makan. Tapi ikut pilihan dia lah. Kadang-kadang tu kalau bukan dengan Puan Sri atau Mak Yam, dia tak akan makan. Tak selesa dengan orang lain katanya. Tapi nampak macam dia dah selesa dengan kamu.” jelas Mak Yam panjang lebar.
Tabiat ke tu? Macam mengada-ngada je. Yang pelik-pelik aje si Emery ni.
"Lagi satu, Em tu ada ketumbuhan pada bahagian paru-paru. Dia memang kerap dapatkan rawatan dekat hospital. Cuma, 2 tahun dia berada di luar negara tu dia tak dapatkan apa-apa rawatan. Dia hanya bergantung pada ubat dia sahaja. Pernah juga Puan Sri mengupah doktor untuk rawat dia di sana. Tapi Em tolak. Dia tak mahu menyusahkan orang lain. Bila Mak Yam dengar yang Emery nak jalankan pembedahan buang ketumbuhan tu, Mak Yam bersyukur sangat." ujar Mak Yam sambil tersenyum.
Orked Haura terkedu! ketumbuhan? Parah juga keadaan Emery ni. Patutlah masa makan tadi dia asyik memegang dada. Mungkin masa tu dia sakit? Aduhai.. kesian!
"Orked tolong tengok-tengokkan Emery sepanjang Mak Yam tak ada dekat sini ya. Mak Yam cuma harapkan Orked aje."
“Insha'Allah Mak Yam” Orked Haura memberi senyuman lebar kepada orang tua itu. Mak Yam mengucup pipi gadis itu lalu meminta diri.
Hai! Senangnya dalam hati. Kalau dapat ibu macam Mak Yam. Terasa seperti Dunia aku yang punya! Orked Haura mendendang lagu arwah Tan Sri P.Ramlee dengan senyuman lebar.
Dia bergerak ke almari pakaian dan mengeluarkan beberapa helai baju tidur. Dia merenung satu persatu baju di tangannya. Akhirnya, baju satin baldu menjadi pilihannya untuk malam ini.
YOU ARE READING
Cinta Bersaksikan Langit [Rest For A While]
De TodoJika Cinta telah Berkata, Maka Hati kan Menerima. ORKED HAURA seorang gadis yatim piatu. Sedang dilamun cinta dengan Emin Edryan, dia sering diburu rasa curiga dengan gerak-geri teman lelakinya. Dia bertekad untuk menyamar sebagai pembantu di rumah...