Bab 1 (rewrite)

1K 30 5
                                        

11 tahun lalu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

11 tahun lalu...

"Ina!"

Seorang gadis berlari sambil menjerit nama seorang gadis yang berdiri di tengah koridor. Gadis yang berdiri di tengah koridor itu di peluk oleh rakannya yang menjerit namanya tadi.

"Ina cuba kau tengok.... Aku dapat semua A!"

Ina tersenyum melihat keputusan rakannya yang begitu cemerlang lalu memeluk rakannya dengan bahagia. Kawan mana tak bahagia melihat kawan baik mendapat semua A dalam SPM. Tak sia-sia dia mengajar rakannya.

"Aku gembira dekat kau Yana!" Kata Ina.

Mereka berdua melepaskan pelukan mereka.

"So apa kata kita daftar Universiti sama-sama?" Cadang Yana.

Ina tersenyum dan mengangguk. Sudah pasti dia mau belajar di universiti bersama dengan satu-satunya rakan baiknya. Mesti seronok satu U dengan kawan baik.

"Janji yang kita tak akan pisah selama-lamanya?"

Ina mengeluarkan jari kelingkingnya dan menghulur ke Yana. Yana dengan gembira menyambung jari kelingkingnya ke jari kelingking Ina.

"Janji!"

Siapa sangka janji itu tidak akan kekal sampai bila-bila. Api masa kecil menjadi kawan, apabila besar menjadi lawan.





2 tahun kemudian.........

PAK!

"Aku tak sangka yang aku boleh berkawan dengan perempuan yang jijik macam kau ni!"

Ina menyentuh pipinya yang di tampar oleh rakan baik sejak kecilnya. Ina pandang wajah Yana dengan kesal dan sedih melihat rakan baiknya sanggup menamparnya hanya kerana khabar angin yang sudah tentu tidak betul. Seorang gadis bersama gadis-gadis lain di belakangnya tersenyum jahat melihat Ina yang di tampar itu.

Tidak sangka sahabat kecilnya dahulu seorang yang sangat baik dan sopan telah berubah sejak berkawan dengan gadis-gadis di universiti ini.

Dan kecewa melihat perubahan rakannya. Ina menatap wajah Yana dengan hati yang sakit. Sakit! Kerana percaya fitnah yang di buat oleh gadis yang bernama Mia.

Mia Liana. Gadis yang kaya raya dan popular di universiti. Namun muncul Ina di universiti ni. Kepopularan dia di ambil oleh Ina kerana semua lelaki di universiti itu tertarik dan mendekati dengan Ina.

"Yana...."

Ina pegang tangan Yana namun di tepis tangannya dengan kasar oleh Yana.

"Aku.... Aku tak niat pun nak rampas Harris dari kau pun...... Aku tak suka pun dekat dia.... Dia yang datang dekat aku Yana. Tolong percaya dekat aku." Kata Ina.

Bukan dia nak sangat layan Harris itu tapi Harris selalu kacau dia ketika dia sedang berseorangan. Sudah banyak kali dia merayu kepada Harris jangan kacau dia tapi Harris tetap kacau dia. Dasar Playboy!.

Bidadari Mr.AldoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang