"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Itali,Rome...
"Wah.........."
Ina mendongak wajah untuk melihat bangunan yang besar dan tinggi dihadapannya. Ternganga mulutnya melihat menara yang begitu besar dihadapannya. Kini dia sudah berada dia bandar Rome, Itali. Tempat yang paling famous di dalam negara Itali.
Dan sebelum itu kenapa dia ada dekat Itali? Kerana Ina ada misi untuk mencari keluarga kandungnya. Dan macam mana dia tahu yang Keluarga kandungnya berada di Itali. Kerana dia melihat gambar keluarga kandungnya mengambil gambar dengan menara sama seperti menara di hadapannya.
Pada mula dia berada di sini agak kaku juga sebab ada di negara orang dan juga pertama kali dia menjejakkan kakinya di negara lain. Dengan semua orang pandang dia dengan tatapan mata yang... Agak seperti pelik atau judge dia sebab mungkin dia wanita berhijab. Tapi dia hanya buat tak tahu sahaja.
Ina mengambil keluar gambar dari poket bajunya dan mengarah ke hadapan. Sama seperti dalam gambar. Sedang Ina pandang menara itu dengan tangan masih mengarah ke hadapan. Seorang lelaki datang dan berdiri di sebelahnya.
"Hello..."
Ina berpaling apabila lelaki itu menegurnya. Ina pandang ke kiri dan ke kanan. Mana tahu lelaki itu panggil orang lain ke. Dan pertama kali orang di sini menegurnya. Dari dia di lapangan terbang hingga ke sini, tiada sesiapa pun tegur dia, semua pasang wajah macam marah setiap kali dia berjalan di kawasan situ.
"You...... I mean hello to you miss....."
Ina menuju dirinya sambil pandang dengan wajah blurnya lelaki itu. Lelaki itu tertawa kecil melihat kelakuan Ina yang lucu itu.
"Yes you miss...."
"Oh um...... Hello"
"Where you from miss?" Soal lelaki itu.
"Oh I from Malaysia...." Jawap Ina.
"Oh orang Malaysia ya?"
Terkejut Ina mendengar lelaki itu berbahasa Melayu dengannya. Ina pandang wajah lelaki itu dengan mata yang terbuka luas. Muka macam orang Itali tapi boleh cakap melayu.
"Awak boleh cakap melayu?"
Lelaki mengangguk dengan tersenyum manis tidak lepas.
"Sebab ayah saya orang Malaysia"
Ina mengangguk.
"Oh by the way. Nama saya Adzriel" Lelaki itu perkenalan dirinya.
"Nama saya Siti Aminah tapi panggil saya Ina je" kata Ina sambil pandang Adzriel dengan senyuman.
"So awak buat apa dekat sini? Holiday or just have fun in here"
"Oh saya datang dekat sini sebab nak cari keluarga kandung saya"