Bab 28 (rewrite)

433 13 0
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.











Di dalam kereta Aldo sedang memandu kereta manakala di sebelahnya Ina yang pandang cermin hadapan sambil tersenyum lebar. Gembira jumpa dengan rakan sekolahnya.

Aldo yang sedar Ina senyum lebar dari tadi hingga kini mengerling pandang Ina dengan ekor matanya.

"Awak nampak gembira. Can you tell me why?"

Ina pandang Aldo dengan senyuman lebar masih terukir di bibirnya.

"Oh. Takde apa-apa lah. Mungkin jumpa kawan lama, terasa happy lah pula." Kata Ina.

Detak jantung Aldo berhenti tatkala mendengar itu. Dia tahu apa kawan lama yang dimasukkan oleh Ina. Saat itu lampu isyarat bertukar warna dan di hentikan kereta di jalan.

Senyuman sinis Haziq tadi itu menghantui dalam fikirannya. Degupan jantungnya mula laju dan dengan dahi mengalir peluh.

"Aldo......?" Panggil Ina dengan lembut membuatkan bahu tegap Aldo terhinjut.

Aldo pandang Ina dan menggosok wajahnya dengan tangan satunya.

"I-i'm so-soryy........." Maaf Aldo.

"Awak okay tak?"

Aldo mengangguk.

"No no I fine just thinking about my work at office" Kata Aldo.

Ina mengangguk perlahan dan menoleh ke depan.

"So Ina....... Can I ask you questions?"

Ina berpaling pandang Aldo dan mengangguk.

"Ye?"

"So um.... Macam mana awak kenal... Dia?" Soal Aldo yang ingin mengetahui tentang pertemuan dan hubungan Ina dan Haziq itu.

"Oh Haziq ke?saya kenal dia semasa saya sekolah menengah sama dengan dia"

Aldo mengangguk perlahan sambil memasang telinga mendengar segala cerita dari Ina.

"Saya dengar lah mak dia orang Malaysia dan ayah dia orang Spanish tapi mak ayah dia bercerai selepas itu kemudian ayah dia meninggal dalam beberapa bulan selepas penceraian."

Tiba-tiba wajahnya berubah menjadi sedih. Dia sedih apabila teringat masa lalu di mana Haziq menangis sambil menceritakan ayahnya yang mati kerana di bunuh.

"Awak tahu sebab kematian ayahnya?" Soal Aldo dengan rasa bimbang. Bimbang kerana takut yang Ina akan tahu siapa pembunuh itu.

Ina menggeleng.

"Tak, saya rasa kesian dekat dia. Mesti dia sayang sangat dekat ayah dia." Kata Ina.

Aldo mengangguk perlahan. Hatinya berasa lega tapi pada yang sama dia rasa sangat takut. Takut kalau suatu hari nanti, lelaki itu akan membuka segalanya.












Bidadari Mr.AldoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang