Ina POV...
Matanya perlahan dibuka dengan kepala terasa masih pening lagi. Ina tidak ingat apa yang telah terjadi, yang dia ingat, Haziq ada beri dia sebotol minuman kepada dia.
Selepas dia minum air itu, kepala secara tiba-tiba terasa pening. Terus dunianya jadi gelap. Ina mendongak wajahnya dan melihat suasana ruangan yang dia berada sekarang.
Dengan dinding berwang kelabu, dengan atas lantai penuh dengan pasir dan debu dan juga dengan plastik dan kertas berselerak di atas lantai. Sepertinya dia berada di dalam sebuah ruangan bangunan yang kosong.
Tapi macam mana dia boleh berada di sini?. Mana Haziq?. Kenapa dia tidak nampak kelibat Haziq bersama dengan dia.
Ina pandang ke bawah di belakangnya apabila terasa pergelangan tangannya diikat. Dengan mulut ditutup dengan kain putih.
Ina menggerakkan tangannya untuk melepaskan ikatan namun ikatan itu terlalu ketat sehingga tangan menjadi merah. Ina menjerit meminta tolong namun suaranya tidak kedengaran kerana kain yang menutupi mulutnya.
"Kau dah bangun?"
Ina mendongak wajahnya apabila mendengar suara orang lain dalam bilik itu juga.
Bunyi langkah kasut yang berjalan masuk bergema dalam ruang bilik itu. Mata Ina terbeliak besar kerana terkejut apabila lelaki yang berdiri di hadapannya ialah Haziq.
Haziq tersenyum sinis dan perlahan mendekati Ina. Dia bercangkung di hadapan Ina dan membuka kain yang menutupi mulut Ina dengan secara kasar.
"Haziq? Apa... Apa semua ni? Kenapa saya ada dekat sini? Kenapa saya diikat ni?" Tanya Ina dengan cemas dan takut.
"Shhhhh..."
Pisau di tangan Haziq dibawa ke arah pipi Ina. Ina tersentak apabila benda yang tajam itu menyentuh kulitnya. Haziq mengelus pipi Ina dengan pisau secara lembut.
Ina diam, lidahnya kelu dan suaranya seperti tersekat dalam tekak kerana ketakutan dalam dirinya apabila Haziq mengelus pipinya dengan pisau. Dia takut kalau Haziq apa-apa kan dia nanti kalau dia buka mulut.
Haziq hanya tertawa sinis melihat Ina senyap seperti anak patung. Dia perlahan bangun. Dia berdiri ke belakang dan berdiri di tengah-tengah ruang sambil bermain dengan pisau itu.
"Ina, Ina... Tak sangka,kan... Akhirnya aku dapat juga kau..." Kata Haziq.
"Apa maksud awak?" Ina cuba beranikan untuk mengeluarkan suaranya walaupun dengan nada getar.
Haziq pusing badannya dan pandang Ina dengan senyuman sinis.
"Kau ialah umpan aku untuk aku... Masuk dia dalam kandang aku"
Umpan? Apa maksud dia yang Ina ialah umpan dia? Dan siapa orang yang Haziq ingin masuk ke dalam kandang.
"Apa maksud awak yang saya ni umpan awak? Apa yang mengena saya dengan orang yang awak nak masuk dalam kandang awak?" Tanya Ina.
"Sebab aku pasti yang dia akan datang untuk kau..."kata Haziq sambil tersengih jahat.
"Aku rasa... Kau patut tahu... Siapa sebenarnya Aldo, Ina. Lelaki yang kau anggap sebaik-baik manusia tapi sebenarnya.... Dia bukan manusia"
Ina pandang dia dengan terkejut. Aldo bukan manusia? Apa maksud dia? Apakah Aldo mempunyai sisi lain yang dia tidak pernah tahu?.Tapi mustahil, bukan?.
Tapi kenapa, kenapa Haziq buat semua ni? Hingga dia mahu Aldo masuk dalam kandangnya. Ada apa antara mereka berdua sebenarnya? Apa yang Aldo buat dekat Haziq sampai Haziq buat macam ni?.
ANDA SEDANG MEMBACA
Bidadari Mr.Aldo
Romance"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya. Dibesarkan oleh...
