"Kenapa hidup aku macam ni?...."-Ina
Hanya kerana dia mempunyai wajah seperti orang barat semua orang menjauh darinya. Itulah kehidupan seorang gadis yang bernama Siti Aminah sangat penuhi dengan cabaran dan ujian yang berat baginya.
Dibesarkan oleh...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"BELLE!"
"Please Daniel....... Jangan apa-apakan anak saya......."
"Pergi Belle!"
"I love you and take care our daughter......."
"LUTFAN JANGAN!"
BANG!
TING TING TING!
Ina membuka mata secara mengejut dan bangun dari baring sambil tercungap-cungap bernafas akibat mimpi yang baru dia alami tadi. Ina menarik nafas dan hembus keluar dengan laju. Dengan peluh yang begitu banyak banjir di dahinya. Ina masih baring pandang siling atap biliknya
Mimpi itu kerap kali muncul ketika dia tidur. Dia tidak tahu sejak beberapa minggu ni dia selalu bermimpi benda yang sama, dalam mimpinya seorang wanita bersama lelaki yang dia tidak kenali. Dan juga seorang lelaki yang cuba melakukan sesuatu yang tidak elok seperti mengacukan pistol ke arah lelaki itu. Dia tidak tahu kenapa dia selalu mendapat mimpi seperti itu. Dia tahu yang mimpi itu hanya mainan syaitan tapi kenapa mimpi itu terasa macam real? Seperti dia pernah berjumpa dengan wanita itu bersama lelaki itu?. Adakah itu perasaan dia atau hasutan syaitan? Nauzubillah.
Ina menyentuh dada dan mengambil nafas panjang untuk hilang rasa berdebarannya itu. Dia memejam matanya sambil menarik nafas lalu di hembus keluar.
TOK TOK TOK!
"Adik! Bangun solat subuh......."
Ina pandang pintu biliknya dan berlalu pandang ke jam yang berada di nightstand. Patutlah dah pukul 6:30 pagi. Nasib baik dia bangun kalau tak terlepas solat subuh tadi. Terima kasih kepada mimpi itu kerana mengejutkannya.
"Ok ibu!" Balas Ina.
Ina mengalihkan selimut yang menutupi kakinya ke tepi dan menjejak kaki ke atas lantai yang sejuk. Ina berjalan masuk ke bilik air mengambil air wudhu untuk menunaikan solat subuh.
Di sebuah taman...
"Bubu!....."
Ina berjalan di taman berdekatan rumah sambil membawa bekas makanan kucing. Ina menunduk badannya melihat bawah bangku kerusi taman. Kemudian dia bangkit bangun.
"Bubu!" Jerit Ina sambil mengocak bekas yang berisi makanan kucing itu.
Masa pagi tadi dia pergi belakang halaman rumahnya kerana ingin memberi kucing kesayangan iaitu bubu. Seekor kucing kelabu dengan bercorak putih di halaman belakang rumahnya. Tapi entah kenapa bila dia sampai di halaman belakang rumahnya.
Melihat sangkar kucing kosong, tiada sosok bubu pun di situ. Dia sudah tahu yang kucingnya sekali keluar dari sangkar walaupun sangkar telahpun kucing. Ina bukan sengaja letakkan kucingnya ke dalam sangkar tapi sejak dua hari ini, bubu suka menghilang. Pergi mana pun tak tahu lah. Kadang-kadang ada dekat rumah jiran dating dengan kucing putih betina jiran tu.