Bab 57

73 2 0
                                        

Di sebuah syarikat....

Di sebuah bilik pejabat yang sunyi, hanya kedengaran bunyi penghawa dingin yang dipasang dalam bilik tersebut bersama dengan ketukan bunyi keyboard komputer yang ditekankan dengan jari-jari. Dengan cahaya matahari menembusi ruang dalam bilik melalui tingkap besar, membuat suasana ruang pejabat menjadi terang.

Di tengah ruang, seorang lelaki berkemeja putih dengan lengan baju di sinsing, duduk di meja kayu yang berselerak dengan dokumen kerja bersama pelan. Firdaus duduk di atas kerusi kulit hitam itu sedang melakukan tugasan di dalam komputer di atas meja sambil semak fail dokumen di tangannya itu. Dan di atas mejanya terdapat beberapa helaian kertas pelan seni bina

Dengan di tepi komputernya, terdapat beberapa batang pensel mekanikal di dalam cawan putih bersama pembantu skala. Dan di tepinya terdapat sebuah kalkulator bersama buku nota kecil.

Matanya yang memakai cermin mata hanya tumpu pada skrin komputer yang memaparkan lakaran bangunan tiga dimensi dengan keadaan atas meja yang berselerak sedikit sampai tiada masa untuk kemas.

Sedang dia menumpukan perhatian pada tugasannya, Firdaus dikejutkan oleh pintu diketuk oleh seseorang yang berdiri di hadapan pintu. Firdaus mengangkat wajahnya, nampak kelibat bayangan seorang wanita berbaju kurung putih bercorak bunga kecil merah jambu berdiri depan pintu dan bertudung shawl warna ungu muda, terpapar pada cermin pintu kaca yang kabur itu.

"Masuk" Arah Firdaus sambil meletakkan fail yang dia pegang tadi letak ke tepi meja.

Pintu kaca itu dibuka dan muncul kelibat Ina yang berdiri di depan ketika pintu buka. Terukir senyuman di bibir Firdaus apabila melihat wajah adik perempuannya yang berdiri di situ.

"Assalamualaikum, Along" Ina memberi salam sebelum dia melangkah masuk ke dalam pejabat Firdaus dengan membawa beg kertas berwarna putih.

"Waalaikumussalam. Adik datang tak cakap dekat Along pun" Firdaus bangun dari kerusi sambil menghulurkan tangan keluar untuk Ina bersalam dengannya.

Ina sambut tangan Firdaus dan mencium tangan abangnya itu kemudian melepaskannya.

"Sahaja nak suprise kan along" Kata Ina. Kerusi di depan dalam meja itu ditarik keluar dan Ina melabuh duduk di atas kerusi.

Firdaus pun turut duduk di atas kerusinya selepas Ina duduk atas kerusi di hadapannya. Ina yang sudah duduk itu, membaiki tali beg tote yang digalas pada bahunya untuk duduk dengan selesa dengan beg pada bahunya sebelum dia mendongak pandang Firdaus yang berada di hadapannya.

"Ni .. Adik ada bawa sesuatu untuk Along" Ina mengangkat beg kertas yang dibawa tadi dan letak pada atas meja lalu ditolak beg itu ke depan arah Firdaus.

"Apa ni, dik?" Tanya Firdaus sambil mengambil dengan menarik beg kertas yang masih panas lagi apabila disentuh seperti baru masak, kepada dia dan aroma bau yang menyengat masuk ke dalam rongga hidungnya. Dia sangat kenal yang datang dari beg kertas itu. Bau yang dia amat rindui yang dibuat penuh kasih sayang oleh seorang ibu.

Beg itu dibuka oleh Firdaus dan aroma yang harum dan sedap keluar dari dalam beg itu. Firdaus hidu bau aroma yang keluar itu. Bila bau sahaja, membuat dia tersenyum lebar. Bau macam sambal petai iaitu makanan kegemaran yang ibunya selalu masak untuk dia.

"Macam kenal je bau ni" Kata Firdaus dengan senyuman lebar di bibirnya itu sambil mengeluarkan sebuah tupperware yang berwarna hijau dengan penutup warna putih yang terasa masih hangat itu.

Ina yang duduk di hadapan Firdaus hanya diam dan senyum sambil pandang Firdaus yang membuka penutup tupperware warna putih itu. Sekali dibuka, bau aroma serta asap keluar dengan banyak dari tupperware itu.

Bidadari Mr.AldoCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang